19.12.13

Cerpen : Winter (Part 1)


Lama Jiji menyepi. Membeku dengan suasana disini.

"Nak tanye sekarang masih ada buat cerpen lagi x?"

Soalan itu datang dari seseorang, yang menyuntik kembali semangat menulis. Jiji semacam tak percaya ada yang menanti penulisan ini. Sengih lebar.

Bajetlah kau, Jiji.

Ok, hentikan bicara sendiri. Dan selamat membaca. Moga bermanfaat. <3 nbsp="" span="">

*** 


Suhu pagi tadi aku semak. -4 darjah celcius. Ya. Tak sejuk pun. Cuma membeku saja. Aku mengeluarkan komputer riba dari beg galas yang selalu ku bawa ke universiti. Tiba-tiba tanganku yang memegang komputer itu terlanggar kunci beg. 

“ Ouch!” Aku meletakkan komputer itu di atas katil disisi. Kulit jariku terkoyak sedikit. Darah mulai memenuhi bekas tempat kulit yang terkoyak itu. Aku lantas membuka drawer kedua dari atas lalu mengambil minyak geliga, bekalan dari negara tercinta, Malaysia.

Bersungguh aku menonggengkan botol kecil berwarna kuning itu. Beku! Aku melepaskan nafas panjang. Bau minyak geliga itu aku sedut kemudiannya. Boleh juga melegakan kelukaan ini. Walaupun luka itu kecil, di musim sejuk ini, platlet-platlet semuanya berhibernasi, lalu melambatkan proses penyembuhan.

Aku duduk disisi katil. Komputer riba tadi dibuka. Gambar mama dan ayah terpapar sebagai profile picture. Aku jadi  senyum. Rindu. Semalam, aku  sudah menghubungi mereka, melepas rindu dendam pada keluarga, rumah dan kucing semua. Tapi kini, aku merindu lagi. Sengih. 

Ikon dokumen aku tekan dua kali. Window Microsoft Word terbuka. Aku menyambung tulis cerpen yang aku ingin letak di blog nanti. Sejak ditegur bekas ketua kelasku, aku disimbahi idea yang melimpah setelah ideaku beku seperti bekunya suasana ini. Sekilas, aku  membaca hasil tulisanku agar aku tidak tersasar dari plot yang telah kukarang.

*** 

Adam mengukir senyum. Wajah gadis dihadapannya dia curi pandang. Gadis itu lebih menarik perhatian daripada apa yang dia katakan.

 “ Faham tak? Ke ada idea lain yang better?” Zulaikha bertanya pada semua kawan-kawan kumpulannya.  Ustazah Khadijah menugaskan membuat satu  lakon layar berlatarbelakangkan keluarga sebagai tugasan akhir semester ini. 

Mereka sebenarnya lebih memilih untuk menukar lirik lagu dan menyanyikannya daripada berlakon bersama-sama. Tetapi, kata Ustazah Khadijah, diskriminasi akan berlaku. Tugasan menukar lirik ke dalam bahasa arab akan membebani pelajar perempuan manakala tugasan menyanyi akan diserahlaku kepada pelajar lelaki. Seterusnya, objektif untuk mengaplikasikan bahasa arab dalam kehidupan harian akan tidak tercapai.

Lalu, ustazah telah mengusulkan idea baru untuk melaksana lakonlayar dalam bahasa arab. Katanya, tambahan lagi dengan tema keluarga, ia lebih dekat dengan kehidupan pelajar. Dan mangsanya, kami!

“ Aku rasa ok je kot. Aku pun tak ada idea, “ ujar Azman. Dialah tukang angguk setia. Mujur ada dia dalam kumpulan. Dia pasti akan menurut apa saja yang kami bincangkan. Dan, sudah tentu! Dialah yang bakal menjadi pelakon utama kumpulan kami. Sengih.

“ Tapi, Zu. Kita berlima. Dalam cerita kau tu ada watak ayah, adik, abang dengan kawan abang je. Kita berlima. Lagi seorang nak pegang watak apa?” Terus berkerut wajah Zulaikha mendengar pertanyaan Asna.

“ Aku tak payah terlibatlah. Aku dah lontar idea. Susah kot nak korek idea.” Zulaikha cuba berdalih. Dia sememangnya tidak suka terlibat dalam aktiviti yang perlu dipersembahkan kepada umum seperti ini.

“ Eh eh, senang kau bercakap. Kan ustazah pesan semua kena terlibat. Kau tak nak markah final ke kak oi?” Khalif membidas dalih Zulaikha. Zulaikha lantas mencebik. Tudungnya terus dia kelepek dari atas, tanda protes. 

“ Tambahlah watak mak. Pastu buat mak dia mati kat tengah cerita, barulah dia insaf. Ok what?” Asna melontar idea. Zulaikha tunduk memerhati buku nota yang dia lakar segala turutan cerita.

“ Siapa nak jadi mak?” Zulaikha tanya berbasa basi.

“ Kaulah!” Mereka bicara serentak, merujuk kepada Zulaikha yang masih belum memegang apa-apa watak. Kecuali Adam.

“ Oi Adam, kau tak setuju ke Zu jadi mak?” tanya Azman. Adam menyengih. Dia kemudian mengangguk berulang kali.

“ Aku nak jadi ayah!” Adam senyum lalu menampakkan barisan giginya yang putih. Nganga. Cuma seorang yang memandang sinis.

*** 

Bersambung.

Sila komen respon anda dan sambungan yang anda mahukan. 
Jangan lupa like page Jiji di Facebook. 
Ok, stop bajeting.

2 comments:

zinnirah said...

ade kena mengena dgn yg hidup atau yg mati x...nape pendek sgt jiji...saspen je...nah..terserlah kebekuannya di situ...apa pon...aq tunggu sambungannya deh...

g-jie said...

eheh, ade dah siap semua senanye, saje post sikit2, :)
thanks zinnirah <3