18.11.13

ما معنى حازية 2



Ecehh, tajuk tak tahan. Amik kau, volume two.
Kerana Jiji budak adab. Hewhew~

Sesampainya Jiji di bumi barokah ini, ada satu perasaan membuak-buak iaitu untuk bercakap dalam bahasa arab itu sendiri. Kisah ini bermula ketika kami menginap di rumah transit, Bayt Ihya’.
Pada suatu petang yang indah. 

“ Nak buat ape ni? Boringlah~” Tanya Neyli, berbasa-basi.
“ Neyli, jom jumpa baba! “ *baba ialah panggilan pada pemilik rumah.
“ Serious?” Jiji sudah menyarung kain.
“ Nampak macam main-main kan? Cepatlah~” Neyli pun menurut. 

Buku rujukan cepat ammiy Jordan Jiji bawa sebagai bekalan. Cermin Jiji pandang sekilas untuk memastikan letak tudung sesuai dengan muka bulat Jiji. Huahua~
Kasut sudah disarung. Dua pasang kaki menapak mendaki tangga untuk ke rumah baba di tingkat atas Bayt Ihya’. 

Tok tok tok.
Senyap. 

“ Assalamualaikum.” Kami berpandangan sesama sendiri.
Sunyi. Tiada balasan.
“ Neyli, takutlah,”
“ Jomlah balik.” Jiji mengajak. Kami bersama-sama melangkah pergi. Meninggalkan pintu yang telah diketuk tadi.
“ Tapi nanti diorang tanya?” Kami melangkah menuju ke Bayt Infiru yang terletak tidak jauh dari Bayt Ihya’. Tapi, langkah kami terhenti di pertengahan. Kejap.
“ Jomlah pergi balik. Kan kita nak belajar~”

Kami pun menapak kembali. Ya. Kali ini anak baba menerima kedatangan kami dengan muka bahagia. Kau tak tahu dalam hati. Dia tengah tengok Dream High dengan suara Arabic. Heh~
Kami pun memulakan bicara. Sampailah kat part nama...
شو اسمك؟
"أنا حازيه"
" أسمك غريب. ليس اسم عربي. "

Pandang baba dengan muka blur. Aneh sangat ke nama Jiji?
Ada makna ok~
Merujuk dalam buku nama-nama untuk bayi tu, makna nama Jiji adalah yang dihormati. Ok fine. Sila hormat Jiji. :P

Merujuk kalimah asal حازية  itu sendiri merujuk kepada perkataan حاز  yang bermaksud mencapai dan memiliki.
So, ok what? Tak adalah aneh sangat kan?

Tapi, hawiyah *kad matrix Jiji dieja dengan هازية. Jiji pun carilah makna dalam kamus E-miftah. Hoyeah. Tak ada makna. Itu yang pelik. Hee~



Ada jugak ejaan haziyah yang macam ni > حظية. Yang ini membawa maksud yang beruntung dan bertuah.
Tapi, salah sebut sikit je, jadilah maknanya gundik. Hamek kaw perempuan simpanan!

Ada jugak ejaan macam ni > هز. Yang ini lagilah. Makna tak boleh belah. Menggerak-gerakkan. Atau, sesuai diguna untuk menggoyangkan ekor. Aihh?
Hakikatnya, nama Jiji tetap yang membawa makna yang dihormati atau yang memiliki itu, ok?حازيه  . Jadi, kenapa Jiji?
Erh, فقد لأنني ???

Jiji kadang-kadang sangat seronok mencari makna nama orang-orang yang unik-unik tu. 
Contohnya, Neyli Zulaikha = pencapaianku, zulaikha-nama isteri abd aziz. 
Falihah = kejayaan. 
Atau, Nuraini Huda = cahaya mataku petunjuk.

Dan, nak diceritakan sweetnya ayah Jiji, Mohd Hata = sehingga dengan mama, Faizah = berjaya.
Kata ayah, “ kan ada dalam quran yang selalu tu حتى اذا – sehingga berjaya. Baru lengkap nama tu.” Walaupun tak kena iza di situ dengan faizah yang menbawa makna kejayaan itu, tak apalah. Sweet kan? :P

Jadi, kesimpulan yang Jiji yang simpulkan disini ialah bahasa arab itu sangat unik. Ada sebab kenapa Allah turunkan Al Quran dalam bahasa arab. Nanti letak nama anak-anak   فعل الثلاثي je eh~ hihi..
Beruntunglah kamu yang mempelajari bahasa itu, semoga kamu terlatih menjadi ahli syurga.

p/s : Jiji pun nak memiliki sumting, you~ memiliki kelembutan ke, kekayaan ke, kecantikan ke? :P
                       

4 comments:

Aini Mataku said...

ohoh . my name :o
Bahasa Arab , Bahasa Al-Quran .
Doakan saya jadi hafizah berjaya :*

g-jie said...

in sha allah huda, :)
bittaufeeq~

katatelus. said...

eh ziyah. neyli zulaikha macam familiar. srai 19 dulu?

g-jie said...

ohoi, katatelus. yep, srai 19.
dia roomate saye disini :)