26.12.10

Apakah??

Maaf~
Mood untuk kali ini adalah EMO~
Kenapa?
Adakah tentang result PMR?

Bukan. Jiji bukan nak bercerita tentang result.
Jiji mahu berkongsi rasa.
Yang selama ni Jiji pendam.

Baru sekejap tadi, Jiji menelefon Ustaz Zaidi.
Bertanyakan tentang surat perletakan jawatan.
Ya! Letak jawatan.
Jiji tekad. Insya allah ini keputusan terbaik Jiji.

Entahlah. Rasa hati Jiji membisikkan untuk melepaskan dulu amanah Allah yang berat tu.
Jiji terbaca dalam blog Rasyiqah,
SIFAT2 PEMIMPIN

Sungguh, Jiji belum cukup bersedia. Untuk ditarbiyah.
Untuk abang2 dan kakak2 kem Nurturing The Little Caliph,,
Jiji bukan tak mahu ditarbiyah.
Jiji cuma belum bersedia ditarbiyah.

Maaf..
Kawan2.. Jiji terpaksa meninggalkan kepimpinan pengawas dulu.
untuk kemaslahatan diri sendiri.
Dan orang lain.

Walaupun Jiji akan mengurangkan lagi jumlah kepimpinan tingkatan 4,
Jiji tahu. Tapi, Jiji terpaksa.

Sebenarnya, Jiji masih lagi terasa dengan tindakan yang cikgu ambil.
Pengawas tingkatan 4 hanya 17 orang??
Jiji bukan membantah. Tapi, tidakkah jumlah itu terlalu sikit daripada yang sebelum ini?
Pengawas tingkatan 5 pula 40 orang lelaki campur perempuan?
Bukankah itu terlampau?
Akhir tahun nanti, kepimpinan akan diserahkan kepada tingkatan 4 kan?
Macam mana kalau ada yang nak pindah?
Belum ditolak yang terpaksa keluar, kan?
Maaf, Jiji bukan gila kuasa. Bukan gila pangkat.
Jiji cuma terasa.


Adik2 tingkatan 2 dan tiga pula.
Cuma 16 pengawas tingkatan 2 dan tiga untuk menjaga pelajar menengah rendah?
Cukupkah?
Kuatkah mereka yang masih terlalu mentah itu?

Maaf Jiji pertikai.
Jiji tak tahu.
Cikgu2 memang tak suka form kami, ya?
Cikgu, jangan pernah membenci kami.
Kami pelajar yang mahu menuntut ilmu dari cikgu.
Kalau cikgu membenci, sampaikah ilmu itu kepada kami?

Macam tader kena-mengena,kan?
Biarlah. Walaupun mungkin Jiji sorang yang rasa.
Jiji tetap terasa.

Jiji tahu mesti ada senior yang membaca blog ini.(ade kot)
Pasti mereka akan menyangka yang bukan2 tentang Jiji.
Maaf sekali lagi, Jiji cuma meluahkan apa yang Jiji rasa.
Daripada Jiji terus berdendam, baik Jiji luahkan.

Jiji bukan terbaik untuk berkata tentang orang lain.
Jiji cuma mengharapkan yang terbaik dari orang lain.
Jiji belum bersedia.

Rasyiqah, Najihah, Alya, Kamili, Azimah, Khaulah, Azlin, Nabihah, Zahra.
Kamu semua janganlah pindah walaupun keputusan kamu bagus2.
Berbaktilah untuk sambest.
Bantulah kepimpinan tingkatan 5 tahun hadapan.
Cuma Jiji mahu undur diri.
Jiji belum bersedia.

Untuk Naji, yang bersungguh2 menghaap Jiji terus berjuang, maafkan Jiji.
Naji, aku masih terasa. Aku takut kalau aku masih menjadi pemimpin, aku akan menjadi pemberontak yang utama~ aku harap ko faham.

16.12.10

Ini Bukan Jiji

Mama..
jiji takut..23hb tarikhnya. Termaktub sudah.

Apa makna mimpi tu? Wahai hati, tenanglah..
Apa maksudnya bila dua kali sudah mimpi buruk itu terjadi?
Ah...fikiran sekarang kacau!

Hati, tenanglah..
Ini bukan Jiji yang dulu..yang kuat..salu wat lawak..bodoh2..kan?
Bukan...sape ni senanye..?? Hati yang sangat risau, pergilah dari aku.

Ayah kata, " Doa je banyak2. Insya Allah.."
Mama pula, " Insya allah, yakin je.."
Dia(1) kata, " Mimpi bukan realiti. Kalaupun tak bjye skrg, insya allah bjye mse akn dtg. kalau tak bjye pun tu sume ujian dr allah"
Dia(2) bicara, " Boleh, kite sume dah buat yang terbaik kan?"

Hati bicara, " Kalau Jiji tak dapat 9A, Jiji tak nak jadi Kp lagi!

Trimas kpd sahabat yg mendengar gusarnya hati masa sblum kita pergi Kem Nurturing The Little Caliph tu.. Rasyiqah, Najiha, Zahra.. Tenx a lot!

Tapi, hati ni tetap gusar. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Apa yang terbaik untukku.

Boleh ke kita jadikan alasan tak dapat 9A dengan tak nak jadi KP?
Jujur-sejujur-jujurnya,,,,
Jiji belum bersedia~

Maaf akak-akak yang bakal memimpin kalau-kalau Jiji terpaksa meninggalkan dunia kepimpinan. Maaf juga kepada teman-teman kalau-kalau Jiji terpaksa tidak menjadi sebahagian drpd kamu semua.

Semoga kamu semua tabah dan kuat menghadapi dugaanNya. Jiji..Nak undur diri, boleh?
Doakan yang terbaik untuk Jiji, eh?

4.12.10

Program Young Khalifah

Alhamdulillah~
29 Nov-3 Dis 2010..
Jiji selesai menghadiri program tersebut dengan jayanya!
Banyak yang Jiji dapat. Ilmu baru! Kawan baru~ Kenalan baru~
Semua baru!

Jiji ahli kumpulan satu. Ada 22 ahli termasuk Jiji. Ramai kan??
Peserta-peserta semuanya dalam lingkungan 9-16tahun.
Jurangnya terlampau kan? Jadi, pada asalnya jiji agak boring ar. Tapi, Jiji kan kanak-kanak ribena. so, tak kesah~ Haha..

Apa je yang dipelajari??
Kami ada belajar tentang solat. Kemudian ada juga sistem pembelajaran Imam As-Syafie. Lagi? Ada teknik-tenkik baca cepat. Apa lagi ya? erm, ada juga slide tentang kedatangan islam ke nusantara. Terkejut jugak bila tahu islam datang ke nagri2 nusantara pada ketika nabi masih hidup lagi! Maklumat lanjut akan disampaikan pada ceramah tahun baru Ustaz Muhammad di De Palma Inn Hotel, Shah Alam.

Game!
Antara game yang kami main..
Boom. Aiman kata. Nombor. Dan macam-macam lagi~ Seronok!

Lagu..
Lagu tema program kami ada tiga! Yang pertama..tajuknya Anakku. Yang kedua tajuknya Imam Syafie. Yang last~ Asmaul Husna versi Ustaz Muhammad. Kami ada jugak belajar lagu perut! Haha..



Kesimpulannya, Jiji seronok. Dan apa? Jiji gembira sebab Jiji dah habiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaaedah! Yeah~ Dan..minggu depan, Jiji kena usaha lebih! Ada banyak lagi hari kosong menanti untuk diisikan. Sejarah, Add Math, Physics, Chemist..menanti untuk di baca..

Teruskan untuk cemerlang!!
Doakan Jiji ek?







13.11.10

Jamuan Pengawas yang da lepas

11 NOVEMBER 2010

Itulah tarikh berlangsungnya jamuan pengawas.
ceh~ Bukan apa sangat pun..cume Jiji nak share pengalaman.
Ya! Pengalaman menguruskan majlis yang agak besar~
Huhu...Sungguh..mengajar kami. Pengawas tingkatan tiga.

Carta Organisasi

PENGARAH:IZZAT IZZUDIN
PEN. PENGARAH:FATIN KAMILI
S/U:NORAZLIN
BENDAHARI:AZIMAH
AJK BAWAHAN:JIJI~HANIS NABIHAH~KHAULAH~NAZMY~AMAR~AIMAN~NAJI

Ahaha.. ape ye..
Oh..tentang pengalaman. Sebenarnya, kami sudah mula menguruskan majlis ini sebelum trip ke melaka lagi.
Tapi, apakan daya,, banyak lagi yang harus diuruskan.
1MINGGU!! hampirlah~ Dari Isnin sampai Khamis..Jiji terpaksa skip program sekolah semata-mata menguruskan majlis ini. Jiji juga mengorbankan masa bermesra dengan kawan-kawan.
Tak apalah. mesti ada hikmahnya. Kan?

Apa yang perlu diurus?
Mula-mulanya, majlis kami dirancang diadakan di dewan bestari.
sayangnya..dewan ade pembaikpulihan.
Dan kami terpaksa mengubah venue tu kepada dewan makan aspuri.
Bengangnya~ saat akhir dikatakan dewan boleh digunakan!

Kemudian, masalah PA sistem.
Kata Naji, Pa sistem sudah selesai diuruskan bersama cikgu PA sitemlah.
Tapi, saat akhir dikatakan TIADA!!
Betapa cuaknya bila malam tu majlis berlangsung tapi tader PA sistem!
Akhir sekali, kami meminjam speaker abang DM..
Dan..tiada mike~Huhu..

Apa lagi??
projektor~
Kata Naji lagi,(sebab dy yg urus PA)
Projektor da selesai urus.
Tapi, kami lambat bertindak..
Sepatutnya, projektor tu kena ambik kat pejabat sebelum jam 5.30.
Tapi, masing2 terlupa sampai dekat pukul 6 bru nak ambik..
Mesti ar pejabat dah tutup kan?
Mujur Tc. Sharifah bermulia hati mengizinkan kami meminjamkan projektor makmal fizik..

Akhirnya~ Alhamdulillah..majlis itu berjalan lancar..
Dengan ini, Jiji melampirkan gambar2 pengurusan kami selama 4 hari~
Hehe..huhu..haha..hihi..hoho











tu jela gambar yang jiji dapat masukkan~
hehe..

5.11.10

enjoy n fun~

kepada peminat-peminat blog jiji..(adeker??)
maaf sebab dah lama tak update blog kesayangan ney~

yeah!!kali ni, jiji nak cerita tentang kisah kami pelajar tingkatan tiga..
jalan-jalan di melaka..

TARIKH: 1,2 dan 3 Nov 2010
TEMPAT PENGINAPAN: Hotel Mahkota, Banda Hilir
STATUS: Hepi sampai ta sedar diri


1 Nov
Perjalanan pukul 11(lebey kurang) dari sekolah dengan gembiranya! Pukul 1 dah,,tapi tak sampai-sampai lagi. Dan, kami penumpang bas A tiba-tiba bas stop kat tepi jalan. Kenapa? Alamak...bas rosak.
Dan kami semua menunggu di bawah cahaya mentari terik hampir satu jam.
Mujur kami terstop kat sebelah taman. TAMAN SERIBU BUNGA. Ada seribuke bunge kat situ? Entah..tak kira lak~



Dah sampai leepas, alhamdulillah..
hari first,, tak wat pape..Jiji just jalan2 kat Mahkota Parade. Cuci mata. Haha..

2 Nov
Jiji bangun awal sebab dengar alarm bunyi ayam dari phone KayJ. Huhh!!
Perjalanan bermula jam 11 pagi.
Kami semua berjalan ke Muzium Memorial Kemerdekaan. Kemudian, Kota A Famosa jadi pilihan.
Lepas tu, kami pergi menaiki MENARA TAMING SARI..best3..

Petang..aktiviti bebas. Tapi, Jiji dan Azimah temankan Ulya carik CC.
Kat mana jumpe? Kat THE JETTY. Petang tu, kami makan KFC satu bilik. Hehe...
Malam? Bebas. Jiji gi jalan-jalan kat MP,Megamall, Dataran Pahlawa.. Semua arh Jiji pusing. Best. Yang tak bestnyer..no enough money to buy all.. Haha..

Lepas cuci mata.. Jiji dok kat lobi. Nan Ulya, Najihah, Azimah..Wat pe? Adalaa...pengalaman yang Jiji dapat kumpul. Kan Najihah??
Dan malam tu berakhir jam 1.30 pagi.







3 Nov
Dah nak balik...
Jam 1 petang, check out.
Meninggalkan Hotel Mahkota yang meninggalkan seribu kenangan dan pengalaman. Erti kehidupan yang sebenar.. ya!
Perjalanan terbahagi kepada dua trip.
Satu bas ke TAMAN BOTANI. Dan dua lagi ke WONDERLAND MELAKA. Wonderlang Melaka tu tempat baru taw!
Kirenye Jiji bertuah dapat jadi yang pertama. Haha..(gelak riak)

Siyesly, hepi giler kat wonderlang tu.. Lagi-lagi bila naik gelongsor yang paling tinggi. Tercabut jantung~
Bila dah pukul 6..balik~hurm..





rase macam sekejap je 3 hari berlalu..tapi, kenangan kami antara pelajar tingkatan tiga dapat dicipta bersama. walaupun dalam masa yang singkat.
kawan-kawan, kalau lepas ni, korang semua tak stay lagi kat sambest,, jiji harap kita tetap boleh jadi kawan. sebab kita semua nak kawan sampai ke syurga kan?

30.10.10

Ini Tentang Adekku~

Jiji sangat bersyukur dikurniakan 6 adik-beradik. Ramai ke? Taklah..
Sekurang-kurangnya, ada teman bergaduh, bercanda, bermesra..Hahaha..

Yang satu ni, namanya Muhammad Iqbal. Tingkatan satu.. Sudah pandai berjiwang-karat-tahap-buat-aku-muntah.


Malam semalam, Jiji dan famili keluar makan kat Shah Alam. Dalam perjalanan, Jiji berceritalah tentang perkara yang berlaku kat asrama. Salah satunya, Jiji bercakap tentang roti. Jiji tiba-tiba diserang rasa ketagih makan roti. Ahaha.. dan berikut dialog adik Jiji..

"Bahaya! Tu tandanya ko dah kena virus KOROTIDOGOL. Virus tu buat ko rase nak makan roti setiap tiga saat. Tapi, kalau ko makan roti secara berlebihan, ia boleh membawa maut!"

Banyaklah ko punye virus korotidogol, Bal~ Ahahaha..

Next, tadi..
Mama suruh masak nasi goreng. Tapi, Jiji diserang kemalasan yang tahap giga!
Tapi, Jiji terpaksa buat.
(Eleh, nasi goreng je pun..apelah jiji ni en...)
Berikut adalah dialog adek Jiji.. Ketika dia turut membantu.

" Ni pun latihan untuk ko jugak. Nanti besar ko kena jugak buat untuk suami ko.."

Ok. Kate-kata dia sangat matang. Haha.. aku rasa macam adik dia lak~
Untuk menghilangkan bosan, Jiji nyanyi-nyanyi..Dan dia pun berkata~

" Jangan nyanyi kat dapur. Nanti, suami ko kena panggil ayah~"

Nak tunjukkan nanti Jiji dapat suami tualah tu.. Adek...Hahaha...
Ape kesimpulannya?
Rasa-rasanya, dia tu ok ke tak??
Ape jenis soalan ni?Haha.. Jiji dah tak tahu nak cakap apa.
Adios~

6.9.10

terayel

ha!
"dapat bape?9?"
aperla...orang tanye camtu..hakikatnyer?

jiji tak dapat banyak pon. targetnye nak dapat 7A untuk trial. tapi, tak tercapai juga targetku.
mungkin belum masanya.
mungkin juga allah belum mengizinkannya.

frust menonggeng?
agak laa..
bila target tak tercapai. tapi takpe..i still can achieve, ryte?
ryto!! jgn putus harapan, jiji!

berkobar-kobar kembali bile kak yon cakap muke jiji muke 9A!!
terujer!
mean that..i can grab 9A!!

buat kawan2 jiji yang berjaya memiliki 9A utk trial ney, yg 6 org tuh..
TAHNIAH jiji ucapkan.
semoga kalian lebih berjaya untuk PMR ti..

buat sahabat2 jiji yang masih belum diizinkan untuk memiliki 9A,
teruskan usaha. jangan putus asa.
yang paling penting..jangan putus harapan untuk terus berharap kepada allah~
semoga maju jaya.

"insya-allah..dengan izinNya..121 calon PMR, SAMBEST 2010 bakal mencapai 9A BERSAMA"

28.8.10

kue rayer!!

hari ni..pagi-pagi lagi mama da panggil jiji..
nape mother?? haha..dah mengeluh dulu. rupenye..mama nak wat kuih!!
ya!seronok..

untuk tahun ni,, mama langsung tak order kuih raye kecuali tart nenas kegemaran semua family jiji. hehe.. sebab mama kate tahun ni kitorang adik beradik cuti awal..ley tolong mama.

kuih yang kitorang wat..kuih tepung beras. warne pink! whoa~





lom rase agi tuh..hehe..

pastu, lepas abis wat kuih pink tu..kitorang tolong mama kopek kulit kacang. takde karen mase tu. panas giller~haha..

/s320/DSC00878.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5510380540848936002" />


nakalnye kami! ape yang kitorang wat nan kulit kacang tu?? tengoklah hasilnya~



petang pule menjelang..
kitorang wat biskut nestum!
simple..tapi menarik! tak sabar nak makan. haha..

No comments:

27.8.10

masjid kampung

MASJID JAMIUL HASANIAH
itulah nama masjid kampung jiji. masjid yang jiji jejak setahun sekali. waktu bulan ramadhan.hurm~
kalau tak pon..bile ade event besar.



uniknye...tahun ni, imam solat terawih diimport! haha.. dari terengganu. nama beliau ustaz fakhrul nor.(menurut ayah)
ayah kate beliau baru habis belajar kat mesir. ya! beliau juga seorang tahfiz! jiji salut habis ar~

adik jiji kate..hampir setiap malam imam ni menangis. bestnyer kalau kite dapat faham bahasa arab sefaham-fahamnye kan?? jiji rase seronok sangat terawih di masjid tahun ni. tak macam tahun-tahun dulu. bukan jiji nak kate terawih sebelum ni tak best. tak.. best juge cume tahun ni rse lebih meriah.

kenapa?


ntah..tataw lerr...terawih kat sekolah...??camne lak cternye? best jugak! sukelah terawih! suke sangat tapi.. terawih ade kat bulan ramadhan je..
sebab tu kita dituntut solat terawih kan??

apa faedah solat terawih??

1. dapat pahala!
2. dapat eratkan ukhuwah antara penduduk kampung
3. dapat menyihatkan badan!!

solat ni macam senaman tawu~hehe..turun 2kg..haha..keh,, sampai cni je jiji melalut..daa~

21.8.10

okey, sangat ngeri!

rase macam nak mangis.
T_T

jiji tak nak cerita ape yang dah berlaku. tapi, bagi jiji.. pengalaman yang jiji dapat waktu jam 1 pagi lebih tadi, membuatkan jiji berfikir di luar kotak. jiji ade buat perkara yang tak sepatutnya jiji buat ke? hurm..mengeluh lagi. jiji rasa..mesti ade hikmah ynag tersembunyi.

kalau baru ujian macam tu jiji tak dapat tahan,, macam mana nak hadapi dunia luar nanti. yang lagi penuh dengan pancaroba. kita tak tahu..

semalam, jiji tnaya mama.
"ma, kalau jiji tak dapat 9a macam mana?"
"balik klang."


balik klang, ma?? macam mana jiji nak sesuaikan diri dalam suasana baru? jiji takut sangat menghadapi ujian pagi tadi uh..

rupanya, macam tu erk dunia luar? ramainya kawan2 yang jiji patut bantu. tapi, macam mana nak bantu orang kalau diri sendiri pun tak terbantu??

mendengar kisah tentang pengalaman belajar di jordan dari kakak sepupu semalam dah cukup buat jiji membayangkan dunia kat luar tu macam mana..

kesimpulannya, mungkin ujian yang allah bagi tu mengajar jiji untuk bersyukur sebab dapat menjadi sebahagian drpd warga sambest. walaupun sambest taklah sehebat kisas.. jiji tetap bersyukur sebab jiji masih berda dalam lingkungan tarbiyah, pagar dakwah..

harapnya, jiji dapat rasakan dinding tarbiyah dan dakwah tu kat mana2 je..biar jiji tak buat bende pelik2,en??

p/s: nak post gambar bilik baru kemas. insya allah kalau ada kesempatan waktu,,

20.8.10

infiniti syukur

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran jiji panjatkan. Kerana dengan izin-nya dapat Jiji mengupdate blog kesayangan ni.

yang paling penting, syukur kerana masih dipertemukan dengan ramadan al-mubarak! rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadan al-mubarak. semoga ramadan tahun ni akan jadi ramadan yang lebih baik dari yang sebelum ni. insya-allah..



dan....ya! sudah tentu pasal TRIAL PMR yang baru saja berakhir tadi, jam 12.36. insya-allah dengan izin-Nya 9a dalam tangan kami semua 121 orang calon pelajar tingkatan tiga.(ameen..) tapi, berdasarkan apa yang jiji dah muntahkan kat kertas soalan tu, jiji target 7a je kot.. ape2 pun, kite kene terus yakin dengan rahmat allah kan? manalah tahu Allah nak uji kita dengan bagi 9a tu kan3?? hihi..



so, mood sekarang=hepi!

cadang esok nak kemas bilik yang macam tongkang pecah tu. esok jugak, jiji nak balik kampung! nak buka puasa dengan atuk n nenek tersayang~ miss u all lah!

keyhlah~till then..maaf jika post yang singkat dan ringkas. mungkin jiji akan lebih aktif lepas PMR nanti...

terus menerus doakan kejayaan jiji. semoga kejayaan turut mengiringi kalian!

16.6.10

it's time for PUISI

i dunno why...but i want to say that i really^100 love PUISI..never ask why because i dunno..huhu..

tadi, jiji pergi pusat sumber negeri (PPAS)..wat kgt.. tapi, bila dah boring, jiji cariklah buku2 best buat tatapan mata supaya tak tidur.haha.. akhirnya jiji jumpa buku ney~'MELIRIK MAWAR'

dalam buku menarik nih, jiji jumpe satu puisi yang best!! here it is:

BICARA HATI HARI INI
by:Azlinda Abdullah

hari ini
ada suara memanggil
ada lagu yang menggemersik
jauh..jauh sekali
bahasaku jadi batu
suaraku tiada berlagu
ungkapan hati menjadi debu
pepasir putih kini kelabu
puisiku menjadi santapan mendung
pelangi ilhamku jadi kepudaran
titis hujan terhenti dijalanan
akulah...penentunya
kuukur kembali perjuangan
mencari-cari segala kurniaan
namun kutemui dosa-dosa
dan tergelincir di sempadan amaran
telah kulewati pagar yang mengurungku
itulah duri yang maha tajam
akulah..penderhaka perjalanan
dan sekian siang-siang malam
cemuhan alam menakutkan
oh tuhan..
maafkanlah..abdul-Mu ini


menarik bukan?ade kaitan dengan nama blog ini sendiri..sebab tu jiji ambik.hehe...lagi...cuba baca karya MAHARAM MAMAT. dari sini, kita jelas puisi memang luahan hati..haha..

NYAMUK 1

tiap malam
rumahku dihurung nyamuk
yang digigit adalah harapan
yang sakit hanya impian

NYAMUK 2

tiap malam
adik bertemuk tampar
dengan dinding
yang bernyawa


kelakar kan??nyamuk pun boleh dijadikan puisi..huhu..
dan yang paling best! puisi LIM SWEE TIN dari buku beliau MEMETIK MAWAR.

kalau benar katamu
hidup ini
seindah pelangi
akan kulakar hari depanku
saujana gemilang.

kalau benar katamu hidup ini
seindah pelangi
tak akan kubiarkan ia tercarik
walau hanya secalit cuma.

fuhhhh!!! tamat cerita puisi~

13.6.10

gather out~

lululu...ari tu...9 JUN 2010 jiji dan rakan-rakan sekolah rendah jiji berjalan-jalan..haha..warawiri..tak tentu hala kat klang~

KLANG PARADE(KP)
jadi destinasi pertama untuk main bowling...huhu~ kemudian , kami naik bas ke CENTREPOINT(CP). di sana kami menonton wayang~ LAGENDA BUDAK SETAN..



citer yg tacing uh.. jiji takkan lupa..pengalaman pertama naik bas dengan diorang..tengok wayang dengan diorang.. semua tu pengalaman pertama ah~ gembiranya..rindu ketemu rakan dahulu..muahaha~





7.6.10

meow...meow...

muahaha...alhamdulillah..perjalanan selamat pergi dan balik
untuk cuti kali ni, jiji travel ke kuching, sarawak. 7.45pg, 5 jun kitorang satu family bertolak dari rumah ke LCCT dengan menaiki teksi yang telah diuruskan oleh ayah. jiji sangat excited sebab ni first tyme jiji naik plane!!pernah jugak naik dulu sebenarnya, tapi waktu tu jiji sangat kecik dan jiji tak ingat apa-apa pun kenangan dulu.hehe..

dah sampai kat sana, kitorang makan kat marrybrown..mengisi perut kosong. huhu..

pastu, kitorang menunggu kapal terbang. 2 jam sebelum..buat apa ek??boring giler kot..

bila dah atas plane uh, jiji sangat gementar tapi excited masih tinggi.haha.. jiji sangat kagum tengok awan yang terapung-apung. tiba-tiba teringat lagu open your eyes-maher zain.

"lihat sekeliling
tak nampakkah kebesaran itu
tersebar depan kamu
awan terapung
langit cerah biru
planet dalam orbit
bulan matahari
harmoni yang sempurna"


haha..dalam plane kitorang makan nasi beriyani. yah dah urus semuanya dengan baik sekali. hehe.. lepas 1 jam 45 minit, kitorang sampai. pendaratan yang dilakukan oleh kapten azril berjaya!! alhamdulillah.. sampai je kat lapangan terbang Kuching, kitorang bertemu dengan Mr. Lee, pemandu pelancong yang bakal membawa kitorang menjelajah Sarawak.

untuk first day ni, kitorang banyak jalan sendiri.. petang tu, kitorang jalan-jalan kat waterfront. kejutan tak terduga! ayah dengan mama bawak kitorang naik bot, menjelajah sepanjang sungai sarawak! pengalaman yang takkan dilupakan. ehehe..

kemudian, kitorang naik sampan menuju ke kampung boyan, kampung melayu di kuching. kat situ, kitorang menikmati makan malam dulu(tapi, belum malam lagi). jiji telah menempah mee kolok. hmm..sedap-sedap..huhu.. lepas makan, kitorang pergi ke kilang membuat kek lapis. lepas dah tengok2, makan2 kek lapis, ape lagi...borong ar.. sedap giler kot~ lapis hati pari, lapis cadbury, lapis cindai..macam-macam ar ada! kek lapis dayang salhah..huhu..

malam tu, kitorang semua tidur awal sebab esok kena bangun awal untuk penjelajahan yang lebih menarik!

6 jun dimulakan dengan sarapan pagi di hotel. ramai sangat orang.. susah sikit ar nak makan. tapi, perut dapat jugak diisi. jam 8pagi, mr.lee datang dengan anak dia, alex. first travel, kitorang pergi ke hutan simpan orang utan semenggoh. best!! real view tengok orang utan. mereka sangat comel. haha.. kat sana, kena senyap je..kalau tak, nanti orang utan serang..bahaya..huhu..

lepas tu, kitorang pergi shopping kat sempadan. jiji tak beli nbanyak barang pun.. cukuplah sekadar dua helai blouse. hehehe.. lepas tu, kitorang makan tengahari kat bau. kat sini pun, jiji makan mee kolok. tak athu nak makan ape..huhu..lepas tu, kitorang teruskan perjalanan ke kilang membuat pasu lepas dah menjamakkan solat. kat situ, kami kagum dengan kecekapan tangan2 pembuat pasu keran kekreatifan mereka. tangan mereka dah pandai. hehe..

lepas tu, mr lee bawak kitorang pergi ke muzium..muzium etnologi, muzium kuching. banyak jugak ar yang jiji dapat dari muzium tu. sekurang-kurangnya sambil melancong sambil ulangkaji pelajaran..haha..lepas tu, kitorang pergi ke waterfront, ambil gambar. selain ke waterfront, kitorang jugak bergambar depan kuching besar!!hehe..

kemudian, kami pulang..malam itu, kitorang pergi ke kiosk kat waterfront untuk makan malam. seronok tengok sampan2 yang menghubungkan penduduk untuk ke kampung boyan. malam2 pun masih beroperasi!! lepas tu, kami warawiri di parkson. lepas tu??balik hotel dan tido~

7 jun merangkap birthday azimah!
hepi bday, zimah~ kitorang pergi kampung budaya. waa~ best.. kat situ selian dapat tengok jenis2 rumah kaum2 di sarawak. jiji jugak dapat tengok tarian tradisional mereka. jiji jugak dapat merasa menyumpit! macam main dart tapi guna mulut. haha..dapat 20 mata. haha..

lepas dah pusing2 tengok rumah, kitorang tegok tarian kat teater.. sejuk siket lepas dah jalan2 dalam panas.. huhu..dah abis pusing2 tu, kami pun bertolak ke airport.. jam 1530, kitorang bertolak pulang~ kengantukan dan kepenatan tak tahu nak cakap macam mana. sampai umah, tido tak ingat dunia. haha..

kesimpulannya......SERONOK!!!release segala tension PPT.haha... okies...see ya~
(akan datang jiji post gambar)

4.6.10

Cerpen: Diari Seorang Aku

just for my fans..wahaha...(pasan tahap gaban)
enjoy~tp, xbest nih..ilham waktu exam.haha..

4 Jan 20xx, 2310
Hari ni hari kedua aku duduk kat asrama. Tiba-tiba rindu kat rumah. Huhu... Hah! Aku dorm aras 3, blok C. KD aku namanya, Kak Yana. Kawan sebelah katil aku, Shima. Dia baik sangat. Dia satu kelas dengan aku, kelas 1 Anggerik. Best sangat kawan dengan Shima. Dia rock giler!! Hehe.. Sampai sini dulu. Mata dah berat macam ada beban 25kg. Haha.. See~

12 Feb 20xx, 2104
Yeeha.. best sangat!! Tadi kumpulan aku buat pembentangan dengan Shima masa subjek PAI. Gempak!! Huhu.. Aku tak tahulah.. Aku suka sangat Shima. Dia baik sangat-sangat-sangat-sangat. Hahah.. Aku ni, layakkah kawan dengan dia?? Ah, sudah.. Touching lak malam-malam buta ni. Okaylah.. see~

23 Mac 20xx, 2346

Hehe.. aku baru berkenalan dengan kawan kelas sebelah. Aqilah dengan Laila. Tapi, panggil diorang Kay dan Lela. Best ar kawan dengan diorang~ Huhu.. Shima macam tak suka pulak aku kawan dengan diorang. Biar ar.. Berkawan biar beribu,kan??

15 Apr 20xx, 2216
Aku dah giler!! Aku ponteng kelas prep tadi! Dengan Kay dan Lela. Seronoklah pulak. Ahakz.. Tapi, Shima tak tahu. Aku tak bagitahu dia. Dia kan budak baik. Mesti dia marah nanti. Biarlah.. hidup aku.. Aku pun nak enjoy gak. Yeah!!

30 Okt 20xx, 0012
Bapak susah paper last tadi. Tak apalah. Asalkan aku dah buat yang terbaik,kan? Wawawa.. Malam ni kitorang nak gi CC. Dengan siapa? Kay dengan Lela ar.. siapa lagi? Takkan dengan Shima kot? Haha.. Aku nak release tension kejap je.. Sorrylah ye Shima.

31 Dis 20xx, 2336
Boringlah duduk rumah. Jadi, tadi aku keluar dengan Kay and Lela. Kitorang jalan-jalan kat Mid Valley. Best giler kot. Huhu... tapi, tengahari ayah dah tepon suro balik. Adoyai.. Pastu, petang tadi, aku online kejap. Aduss, Shima on lak. Dia tanya aku apa khabar? Berlakon alimla aku. Hahah.. “Alhamdulillah, aku baik je.” Geli giler kot bila teringat balik. Haha.. pastu, dia suruh aku belajar. Belajar?? Aku dah penat belajarlah. Result teruk aku masa exam last year tu masih boleh buat aku masuk u. Tak payah susah-susah study cam ko, Shima! Okeyh, banyak pulak aku menceceh..

15 Mac 20xy, 2258
Mencabar giler kot jadik dak form 2. Senior semua tak suka aku, weh. Ah, lantak ar. Tak effect aku pon. Aku ada Kay dengan Lela. Sekarang, kitorang ada ahli group baru, Min. Shima jadi pengawas. Alah, biasalah tu. Dia budak baik. Semua senior suka dia. Lantak kaulah. Hidup kau, kau, hidup aku, aku! Yang pasti aku dah tak satu dorm dengan dia so aku tak perlu dengar ceramah dia hari-hari.

23 Mei 20xy, 2300
Aku kat rumah ni. Aku kena tangkap dengan Cikgu Mahadi, cikgu disiplin giler tuh. Kerja Shima ar tuh. Si kaki report. Adoyai.. Orang tak pergi prep pun nak marah. Suka hati ar orang nak pegi ke tak. Belajar kan tak boleh paksa. Pastu, cikgu tepon abah. Tak cukup kena bebel kat sekolah. Kat rumah tambah-tambah ceramah mak. Aduih.. panas telinga aku.

30 Mei 20xy, 2345
Siapa sangka bebelan panjang mak tu sebenarnya yang terakhir? Aku sendiri tak pernah sangka. Mak, maafkan kakak. Kakak salah.. Kakak janji tak nak jadi jahat lagi. Kakaklah penyebab mak pergi dulu. Kakaklah jugak yang buat darah mak naik mendadak. Kan, mak? Ya Allah, hukumlah aku atas kesalahan aku ni. Aku bodoh! Aku pembunuh! Ampunkan aku! Jahatnya aku~ aku tahu semuanya dah terlambat. Abah pun pandang serong kat aku. Kay, Lela, Min pun dah jauhkan diri dari aku. Bukankah sepatutnya diorang yang kena naikkan semangat aku? Kenapa aku dibuang waktu aku kecewa teramat sangat ni? Berdosanya aku, Ya Allah.

15 Ogos 20xy, 2125
Aku bersyukur abah masih terima aku. Aku tak dapat bayangkan betapa peritnya hati ayah kehilangan orang tersayang disebabkan orang yang dia sayang. Semalam, waktu abah hantar aku balik asrama, abah cakap “ kakak, belajar betul-betul kat sekolah. Abah nak kakak berjaya. Abah tahu kakak anak yang baik. Jangan terpengaruh dengan kawan-kawan yang tak baik,ya? Kakak kena jadi contoh kat adik.” aku tak tahan dah. Aku nangis kat situ jugak. Aku teringat mana kawan-kawan yang r apat dengan aku? Kay, Lela, Min.. Aku salah pilih kawan kot. Sekarang seriously, aku rindu kat mak. Mak..ampunkan kakak. Aku janji aku akan bagi abah kejayaan!

10 Okt 20xy, 2315
Esok mula exam last year. Kali ni, aku yakin aku akan buat yang terbaik! Aku akan bagi abah result yang terbaik. Kay, Lela dengan Min dah lama tak 'bergerak' dengan aku. Biarlah. Aku dah tak nak terpengaruh dengan benda-benda tak baik lagi. Abah, tunggu result terbaik dari kakak tau! Doakan kakak banyak-banyak!!

20 Okt 20xy, 2145
Tadi, aku tepon abah. Abah tanya macam mana exam. Ehehe.. aku cakap oke je. Aku rasa, kali ni aku akan dapat result yang lebih baik daripada sebelum ni. Insya allah.. Huhu... Abah kata..kalau aku dapat result cemerlang, abah nak bagi hadiah. Aku tanya ape tapi abah tak jawab. Abah kata nanti, lepas dapat result. Tapi, kalau aku tak dapat result baik macam mana? Takpe.. yakinlah boleh!!

27 Okt 20xy, 2257
Huargh...nantok. Tapi, aku nak tulis jugak. Nak cerita...aku dapat nombor 3 dalam kelas!! Dalam form, aku dapat nombor 6. Peratusnya 84.6%. aku dah tepon abah tadi. Tapi, aku tak bagitahu lagi. Aku cakap abah tengoklah waktu hari abah datang nak ambik result. Tak sabar nak tengok muka hepi abah sebab result aku! Eheheh...ok2..nantok dah ni...


***

' Mana abah ni?' Aku tak sabar menanti abah. Abah kata nak datang pukul 10. Tapi, sekarang dah pukul 12. 'Kalau abah tak datang, macam mana aku nak balik akhir tahun?',hatiku bertanya lagi. Namun, ku tenangkan hati. Novel karya Aisya Sofea ku keluarkan dari beg. Tiba-tiba, pintu kelas diketuk. 'Cik Adah?' Aku melihat makcik aku, adik abah.

“ Cik Adah, kenapa datang ni?”
“ Acik wakil abah kamu. Macam mana keputusan kamu?”
“ Kat cikgu.” jawabku. Aku masih mamai.
“ Acik, mana abah?” Tapi, Cik Adah tak menjawab. Dia terus menuju ke meja cikgu untuk mengambil keputusanku. Kemudian, dia suruh aku mengambil barang-barang selepas mengucapkan tahniah. Aku hanya tersenyum dan terus bergerak pantas tanpa berkata apa-apa.

' Mungkin abah nak buat surprise kat aku, kot.. Abah..Abah...' bisikku. Aku hanya tersenyum panjang menantikan surprise dari abah. Tak sabar sungguh rasanya. Ku lihat Cik Adah tenang memandu. Tiba-tiba dia menyimpang ke simpang yang menuju ke hospital.

“ Kenapa lalu sini, Cik Adah?” Dia hanya diam membisu. ' Cik Adah ni, tak nak jawab pulak'
Aku hanya diam memikirkan kenapa..kenapa..dan kenapa dia menuju ke hospital.

Kami bergerak menuju ke tingkat 7. Aku nampak Hairil, adikku.
“ Eh, Aril. Kenapa ada kat sini?” Matanya nampak bengkak. Mungkin dia menangis. Dia menuding jari ke arah katil nombor 15.
“ ABAH!!!!” aku meluru ke katil tersebut.

“ Kenapa dengan abah, Cik Adah?”
“ Abah kamu kemalangan pagi tadi,”balas Cik Adah.
“ Kenapa Cik Adah tak ambil Rin awal-awal?!'
“ Abah kamu tak bagi. Dia cuma pesan suruh ambil kamu lepas pukul 11,”
“ Abah, bangunlah. Kakak nak tunjuk result kakak ni,” aku hanya menggenggam erat tangan abah. Tangan Hairi turut ku pegang sama. Erat..

Tiba-tiba, kulihat tangan abah bergerak.
“Abah! Cik adah, abah bergerak!” Cik Adah menuju ke katil abah. Dia terus menekan butang untuk memanggil doktor.
“ Kakak..”ujar abah lemah. Aku hanya tersenyum. Tanganku masih belum melepaskan tangan abah.cuma tangan Hairil ynag sudah ku lepaskan.
“ Ya, abah. Kakak ni,”
“ Macam mana keputusan? Cemerlang tak?” Aku hanya mengangguk. Slip keputusan aku keluarkan dari poket baju sekolah. Lantas, ku tunjukkan pada abah. Abah tersenyum.
“ Sori, bah. Dah keronyok-keronyok. Hehe..” Sesungguhnya aku terlalu gembira melihat senyuman abah.
“ Abah tahu kakak sebenarnya pandai, kakak je yang...” tiba-tiba nafas abah ditarik panjang. Aku cemas. Mujur waktu itu, doktor tiba. Aku cuba memberi ruang kepada doktor untuk memeriksa keadaan abah. Tapi, semakin erat pula tangan abah memegang tanganku. Aku menurut. Aku berdiri disebelah katil abah.

Aku berdoa panjang sambil memejamkan mata. Tak sanggup ku pandang keadaan abah sebegini. Sayup-sayup kudengar kalimah 'Allah'. Tiba-tiba, tanganku dilepaskan.
“Abah!!!” berjuraian air mataku jatuh. Hairil juga sama.

***

Aku mengemas bilik tidur abah dan mak. Tiba-tiba mataku terpandang akan sekeping kertas. Aku mengambil dan membacanya.
' PAKEJ PERCUTIAN KE LANGKAWI UNTUK 3 ORANG
30 OKTOBER 20XY'
Mutiara jernih mengalir lagi. Mujur aku sempat menunjukkan keputusanku kepada abah sebelum abah pergi. Terima kasih, abah..Maafkan kakak..

2 November 20xy, 2156

Aku tahu mungkin semua yang berlaku ni ujian dari Allah. Dari mula pemilihan kawan yang salah sehingga begini akhirnya. Aku tak salahkan kawan-kawan aku. Sebab, aku sedar aku yang salah. Tulah kau, Rin. Degil! Keras kepala! Susah sangat nak dengar benda baik. Shima.. mak dah cakap dari awal lagi kau kawan yang baik. Tapi, itulah yang aku lepaskan. Hurm.. nasi sudah jadi bubur, Rin. Sekarang aku tinggal dengan Cik Adah. Apa yang aku ada sekarang hanya Aril. Satu-satunya adik aku. Aku tekad akan berubah. Bantulah aku, Ya Allah...

29.5.10

hold my hand

I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you


harap kamu akan tetap di sisi jiji, sahabat...
jiji tak kisah kalau sahabat benci jiji..
tpi, JANGAN BENCI UKHUWAH KITA TAU~

27.5.10

oh sahabat~

teringat lagi zaman form 1 dulu..
segala kegembiraan, kegelisahan..dikongsi bersama..
tapi tidak sekarang..

adakah aku penyebabnya? akukah yang berubah?? akukah jiji yang terkena tempias kemuncak kehidupan remaja?? akukah??
sehingga kau menjauhkan diri dariku, sahabat??

maafkan aku..

AKU SALAH

mungkin memang jiji yang salah. maafkan jiji, sahabat. jiji mengaku jiji salah. tapi, tolonglah..jangan buat jiji macam ni. kadang-kadang jiji terasa tengok sahabat dengan dia. sentiasa bersama kemana-mana. tapi, jiji faham. sahabat bukan milik jiji. jiji yang terlalu cemburu.

sahabat pun ada hak nak berkawan dengan orang lain, kan? tapi kan sahabat, jiji terasa sangat bila sahabat pandang jiji macam tu. dari situ, jiji dapat tafsirkan sebenarnya sahabat tak suka jiji. maafkan jiji buat sahabat merana selama berkawan dengan jiji. dan maafkan jiji kerana perilaku jiji yang membosankan sahabat. banyak sangat cerita-cerita lagha yang jiji dah cerita kat sahabat.

kesian sahabat terpaksa dengar..jiji janji tak kacau sahabat lepas ni. tapi, satu yang jiji harap.. sahabat tak benci ukhuwwah kita. biarlah sahabat benci jiji tapi jangan sekali-kali bencikan ukhuwwah yang terjalin. jiji harap macam tulah, dan harap juga agar sahabat tak menyesal kenal jiji.

AKU REDHA

bila jiji pandang snowiz, jiji mesti rasa nak menangis. terkenangkan sahabat. mesti sahabat marah sangat kan kat jiji sampai pandang jiji macam tu. takpelah, jiji faham.. jiji redha. tu semua salah jiji. tapi, sahabat tolong jangan marah jiji lagi tau sebab redha sahabat sangat penting dalam hidup jiji. jiji mohon sangat redha sahabat.



terima kasih atas segalanya...

"YA ALLAH, jika kehidupanku membuatkan dia merana, matikanlah aku. Matikanlah aku. Mungkin itu akan memberi ketenangan buatnya. Matikanlah aku kerana aku tak sanggup membuat dia menderita keranaku. Aku tak sanggup melukai hatinya lagi. Matikanlah aku, Ya Allah."

18.5.10

bercerita tentang maher zain

maher zain...nama tu sangat selalu disebut di aspuri. sejak tayangan di musolla putera hari itu, semua warga bestari asyik menyebut tentangnya. jujur, jiji turut histeria bila mana lagu beliau diperdengarkan. lagu-lagu beliau sangat best!!

jiji paling suka, OPEN YOUR EYES. pertama kali jiji dapat lagu ni dari blog seorang senior jiji yang sedang menyambung belajar di jordan. jiji sangat tertarik mendengar bait-bait lirik lagunya. sanagt menyentuh..

let's start question in ourselves
isn't this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside??
no..


beliau yang merupakan seorang muallaf boleh mengagumi kekuasaan Allah sebegitu sekali. tapi, kenapa jiji tak boleh? mesti adalah masalah kat hati.
semalam, jiji terbaca perkongsian dalam blog hilal asyraf tentang menghidupkan jiwa. tersentuh rasanya. hurm..

sekali lagi, jiji membicarakan tentang maher zain. lagu pertama beliau yang bermain di fikiran ialah THANK YOU ALLAH.. lagu ini disyorkan oleh seoang sahabat kepada jiji. jadi, setiap kali lagu maher zain dipasang, jiji pasti teringat dia. payah sunguh. dari blog hilal asyraf juga PERKONGSIAN:MENJAGA BUKAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN. dari situ jiji sedar.. allah memang suruh kita menjaga batasan antara lelaki dan perempuan tetapi dalam masa yang sama, Dia menyuruh kita menjaga ukhuwah.

suka untuk jiji kongsikan "hablum minallah wahablum minannas"

sini je dulu...(online kat sekolah..hehe..waktu KHB)

16.4.10

ADUHAI ASPURIKU SAYANG

ASPURI

bermula 2008, aspuri menjadi rumah ketigaku. suka duka dikongsi bersama teman-teman di situ. pengalaman pahit manis...semua ade. hurm.. aspuri oh aspuri.. tempat aku tido, tempat aku makan, tempat aku study, tempat untuk macam-macamlah. majoriti masaku dihabiskan kat aspuri. sebab tu aku sayang aspuri.(tapi, aku sayang rumah lebih ar)

KENAPA BUAT POST NIH


saje..nak luahkan apa yang dirasai. ape yang dirasai? BENGANG!! yang teramat sangat!!hesh~budak aspuri(maaf terkasar)! ape lagi yang korang nak?! tak habis2 cabar pengawas! ingat kitorg kuli ke nak menyelongkar barang korang tiap kali ade --------?? korang pon tak suke kena berkumpul dalam musolla yang panas, padat, sendat macam tin sardin uh.. so knape mesti ade perkare tahun lepas tu? kenapa???? aduhai warga aspuri..

SABAR...IKHLASKAN HATI

tadi buat checking pun nak tak nak je. aku try n try tuk ikhlas buat keje tu tapi, tak boleh.. terpakselah buat senyuman palsu. buat jugak checking walau hati tak mahu.
Ya Allah... bukakanlah pintu hati warga aspuri kesayanganku..agar mudah kami menerima nasihat. jadikanlah kami wanita solehah yang hidup dalam biah solehah agar kami dapat menjadi bunga yang akan menyebarkan benih-benih islam. hiasilah kami dengan peribadi muslimah sejati..

SWIPER OH SWIPER


tadi, jiji tgk dora the explorer.. tgk swiper uh.. hurm.. kalaulah semua pencurik kat dunia ni boleh dihalang macam tu. bukanke aman dunia? hurm.. harap-harap aspuri akan menjadi lebih gemilang sahsiahnye..

3.4.10

senyuman hati

mampukah hati ini tersenyum???
setelah dilukai..dikhianati..


*jiji tak dapat senyum camni*

~senyuman itu tidak menyakitkan, ia penawar bagi hati yang sakit~
~mulakan harimu dengan senyuman yang manis agar orang di sekelilingmu juga akan tersenyum manis dan di situ kenangan manis akan tercipta~

tapi kan, bolehke kite maafkan orang yang buat hati kita menangis..pastu hati tu tak nak senyum da??

25.2.10

PIBG~BIRTHDAY

Pada hari Ahad yang lepas, tanggal 21 Februari 2010 merupakan ulangtahun Jiji yang ke-15. Hari tu merupakan Hari Mesyuarat Agung PIBG. Kami, pelajar tingkatan tiga telah mengadakan jualan. Alhamdulillah untung...

Yang paling Jiji terkejut ialah kehadiran mama, ayah dan adik-beradik yang lain. Sebetulnya, hari Sabtu mereka sudah hadir dan kami keluar bandar bersama. Jiji tak sangka Mereka datang lagi. Dan...mereka membawa kek harijadi!! sungguh, Jiji sangat-sangat gembira menyambut Hari Lahir bersama dua orang kembar Jiji yang lain iaitu Aminah dan Ain. Bersyukur sangat rasanya apabila ada yang menghargai kita.

Malam 21 Februari tu, Jiji tidur awal. Lagipun, malas nak stay up sebab aras 1 dan 4 black out. Dan Jiji tidur dalam kepanasan selama 3 hari 2 malam. Tak tahan.. Ingat bila da tidur tu tader orang akan mengganggu. Sangat-sangat tak sangka, adik-adik dorm berkomplot dengan KD dan PKD untuk mengejutkan Jiji dan menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' Dalam keadaan mamai, Jiji tersenyum. Rasa sangat-sangat terharu dengan pemberian mereka.

Lepas tu, Jiji sambung tidur. Tak lama.. kawan-kawan Jiji pulak datang wish. Terharu. Kemudian, sambung tidur. Tak lama.. ex kakak dorm pulak. Lepas tu, barulah Jiji dapat tidur dengan tenang sampai Subuh. haha..

Mahu juga diceritakan, dalam majoriti ucapan yang dilafazkan.. pasti ada ucapan "semoga dapat suami yang soleh" Sudah sampai masanya Jiji untuk berfikir tentang itu?? Hurm...

Sebagai intihanya, Jiji sangat bersyukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang sangat caring. Sahabat-sahabat yang sangat mengerti hati dan perasaan Jiji. Semoga Allah memberkati hubungan kita semua.


hadiah hari lahir