28.1.13

Jatuh


Hidup tak pernah selalu tegak dan teguh. Ya. Tak percaya? Cuba berdiri sebelah kaki, kejap lagi jatuhlah tu...hihihi..

Jadi, jatuh apa ni? Macam-macam jatuh boleh dijelaskan dalam post kali ini. Ehem, tapi, kali ni Jiji berkenan untuk cerita tentang jatuh cinta. Ya, cinta.

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Disitu rindu bermula


Rindu? Rindu tu apa pulak?

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu


Lumrahlah semua tu. Cinta. Fitrah yang memang wujud dalam diri setiap individu. cumanya yang membezakannya mungkin apa yang dicintai itu. Sungguh, cinta bukan terbatas pada manusia je! Banyak yang boleh dicintai..

Pada budak sekitar 5-6 tahun, yang dicintainya lazimnya bermain bersama teman-teman.
Bagi pelajar sekolah atau universiti, yang dicintainya selalunya buku-buku dan ilmu. bagi yang dewasa mungkin sudah bercambah cabang cinta dan rindunya itu. Mungkin pada kerjaya, atau pasangan, mungkin juga waris?

Tapi, suka untuk Jiji ingatkan, kita perlu+harus+wajib mungkin, untuk menjadi seorang pencinta dan perindu yang tamak. Tamak? Yelah, tamak.

Tamak sekali sekala tak apa. (=
Tamaklah dalam mencintai dan merindui. Ok, buka minda dulu!
Mejadi kelaziman manusia meletakkan spesifikasi dalam sesuatu benda. Lebih teratur, ya. Dalam skop ini, tak apa kita ambil semuanya.

Jadilah pencinta ilmu selamanya.
Jadilah pencinta permainan selamanya.
Jadilah pencinta pasangan selamanya.
Jadilah pencinta kerjaya selamanya.
Jadilah pencinta Tuhan selamanya.
Jadilah pencinta tegar selamanya.
Cinta ilmu biar sampai ke liang lahad. Itu yang terbaik buat diri dan umat.
Cinta pasangan biar dari sekarang, agar kita tahu wasilah untuk menjaga si dia dari ditarik oleh kita ke lembah hina.
Cinta kerjaya biar dari kecil kerana semua perbuatan adalah kerja dan itu ialah kerjaya kita pada masa tersebut.
Cinta Tuhan jangan hanya terbatas ketika dalam lingkungan masjid atau surau semata. Kerana nikmat yang Dia beri bukan dalam binaan itu sahaja.

Bercintalah, berkasihlah, Allah suka. Jiji pun suka. Jomlah, bercinta. Supaya dapat saling mengingati. Supaya dapat sama-sama share manisnya syurga nanti. Supaya dapat menemui Rasul yang terlalu cinta kita umatnya. Supaya dapat menemui Ilahi, Yang Maha Esa.

p/s : Jiji <3 Kalian!

11.1.13

Penat


Berada di rumah, menjadi suri rumah tangga, ya! Sangat memenatkan. Kepenatan ini buat Jiji berfikir bagaimana mama mengurus rumah tangga dengan cemerlang. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan pegawai penilaian yang berjaya di pejabat! Jiji salut mama!

Baru-baru ni, Jiji menelefon sahabat yang kini merupakan pelajar SAMTAR. Terharu apabila dia bicara, " Macam mana kau tahu aku tengah ingat kau?" Allah yang mengatur perbualan kita tu, sahabat. Semoga berjaya. Aku rindu, sayang kamu! Dia tanya apa yang Jiji lakana sepanjang cuti ini.

Nah! senaraipendek jadual Jiji setiap hari

1. Bangun= mandi

2. Tengok dapur. Kemas apa yang patut. Basuh baju. Zaman sekarang kehidupan dah berapa mencabar pun. Kalau dulu, basuh bajuvsemua guna tangan. Sekarang, picit picit..eh, dah siap dah?

3. Sapu rumah. Dependsla..mama suruh hari-hari sebab rumah dekat dengan kilang. Tapi, malas! Smingu sekali pun, ok kot?

4. Lipat kain sambil tengok tv. Tengok tv sambil lipat kain. Tengok pun cerita yang dah rekod, terlepas tengok semalam. Dulu, kalau dah lepas, dahlah, nak buat macam mana,kan? Zaman sekarang...

5. Masak. Cet, pandai ke Jiji? Bolehla, sikit-sikit. Tadi, menu lunch ikan merah masak lemak cili api. sayur tumis, mama yang masak.

6. Menulis. Penat jugaklah nak perah otak. Semua pun asyik mengharap. " Nak baca cerpen ko," Ya. Jiji mohon doa. Januari ni mungkin Jiji terbeban sikit dengan Pertandingan Menulis anjuran ITBM. Due date dah dekat sangat. Sape boleh tolong macam mana nak menulis tak syok sendiri? Biar pembaca pun seronok membaca. Bukan penulis menulis membabi buta.

7. Tido. saya suka!

Jadi, rutin harian Jiji sepatutnya tak layak dikatakan memenatkan, kan? Jiji, malulah pada anbiya dan sahabat. Heihei,,tutup muka!

Rehat mukmin itu hanya di syurga
Wah, Jiji nak masuk syurga! JOm, sahabat pembaca. Masuk syurga togedegede. Syoknya,, jadi, ingatkanlah Jiji yang leka dan alpa ni. Ingatkan Jiji supaya sentiasa menjaga mutabaah ibadah. ketukkan hati ini supaya takutlah Ilahi di mana saja.

Lastly, tak payah nak kecoh penat sangatlah kan...

8.1.13

Belajarlah


Minggu lalu, 1 Januari 2013, Jiji ikut mama dan ayah menghantar adik yang bakal meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di SAMTH Kampung Jawa. Tahniah, adik! Menjadi nostalgia kerana itu merupakan sekolah along lebih lima tahun dulu.

Malulah Jiji menjadi hamba yang tak reti bersyukur. Ya, mungkin banyak perbezaan antara SAMTH Kg Jawa dengan SAM Bestari. Tapi, hailah...ji..

" Mana aci, sekolah aku iron ada hari tertentu...korang harihari boleh iron??"
" Tak adillah..sekolah aku satu dorm 20 lebih tau..ni korang 16 je??"
" Selambanya korang, jumpa parents boleh pakai tshirt..kitorang dulu wajib baju kurung kot.."
" Untungla rumah dekat, mama jenguk harihari.."


Dan macammacam lagilah bicara yang tak memuaskan hati kononnya. Tak disedari, Jiji sedang meluahkan ketidaksyukuran pada yang Allah beri.

" Ha, tengok tu, tak reda!" kata adik bongsu yang bakal keboringan ditinggalkan sendiri di rumah. Teguran dari Allah secara tak langsung.


Sebenarnya, Allah dah bagi macam macam sepanjang Jiji berada di SAM Bestari. Cuma, bila dah tidak berada di sekolah, Jiji baru mahu menyedarkan semua itu. Ratarata pun kurang nilai syukurnya. Bersepah post kat fb, merindui saat berada di sekolah, kan? Dalam masa kita seolah tak percaya umur yang meningkat, masa yang berlalu menyebabkan kita tak teikat dengan peraturan sekolah lagi, rupanya kita sedang tidak bersyukur dengan pemberian Dia. Sedang, apabila kaki sudah melangkah ke luar sekolah, mata sudah menjengah keserlahan warna sebenar dunia, masyarakat meronta-ronta meminta bantuan kita.

Baru tadi, ada mesej dari sahabat yang menyatakan dia bakal mendaftar ke Darul Quran esok. Esok juga, ada sesetengah sahabat bakal meneruskan pelajaran dalam STAM. Mungkin ada sahabat yang sedang bekerja, menimba pengalaman mencari rezeki. Atau mungkin ada yang sudah melangkah ke tahap seterusnya, menyediakan diri untuk membina baitul muslim, haha..

Apa pun yang kita lakukan, sentiasalah bersyukur,, kerana Dia masih izinkan kita untuk berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Bersyukurlah dengan tarbiyah yang dimiliki sejak sekolah lagi. Lalu, buktikan kesyukuran itu dengan istiqamah dalam tarbiyah. Bicara ini sungguh, ujian untuk Jiji juga.

Jiji pun, sedang bertungkus lumus menyudahkan sepuluh cerpen untuk dihantar ke Institut Terjemahan Buku Malaysia. Ada juga mengintai blog Hilal Asyraf, disitu pun ada peluang menghantar karya. Lagi, Jiji masih dalam proses melakar anganangan untuk cerpen bagi Asuh dan Anis.

Sesungguhnya kita merancang, Allah pun merancang. Dalam ketepatan dan ketelitian kita merancang kehidupan, Allah lebih tahu apa yang trbaik buat kita. :-)
Jangan berhenti bersyukur kerana nikmatNya pada kitabtak pernah berhenti walau sedetik pun,

ps:jgn nak buat tak tahu, jantung yg berdegup itu pun nikmat tau!!