28.2.13

Diam



Diam
Hatimu bukan hatiku
Hatiku bukan hatimu

Saat kau merasa kau mengerti
Ternyata kau tidak

Tika aku berlagak aku memahami
Sungguh aku tidak

Kerana hati kita tidak sehaluan
Aku tak rasa apa yang kau rasa
Kau tak rasa apa yang aku rasa

Maka jangan bermain hati
Gusar kau hanya berfantasi
Bimbang aku cuma bermimpi
Ya

Lupakan ketika ini
Agar tidak lagi berprasangka sendiri
Diam

Diamlah bila hati ini mahu bicara

15.2.13

Buntu


Titt,,,jangan ditambah lagi satu T pada tajuk itu.
Hmm,, (tarik nafas dalamdalam)


Pegang title muslim tu. Sebab ianya akan menjadikan kita istiqamah dalam melaksanakan sesuatu. Jangan pegang title budak sekolah agama. Sebab nanti, dah keluar sekolah, kita akan stay ke buat benda yang biasa kita buat?
Entah. Kadang, nak salahkan suasana rumah yang tak sama dengan sekolah, asrama.
Kat asrama ada kawan-kawan mengingatkan. Walaupun menjengkelkan...
Ada program yang mengingatkan. Walaupun kadang terpaksa...
Tapi tak bolehlah. Allah bukan ada kat asrama je. Dan Jiji maklum, CCTV Nya itu 24 jam.

Tapi yang memaksa itulah yang Jiji rindu. Yang menjengkelkan itulah yang Jiji mahu.
Supaya Jiji menjadi muslim yang tahu statusnya sebagai hamba.
 Mohon, doa dari kalian. Jiji tak mahu menjadi seseorang yang terkena virus wahn.

Ya Allah, bantulah aku untuk memperbaharui hati yang kian alpa ini. Tukarkan hatiku menjadi hati yang lebih mengingatiMu.Hati yang selalu mendekatiMu. Hati yang selalu mendamba redaMu.


Jie, jangan omong kosonglahh..