26.12.10

Apakah??

Maaf~
Mood untuk kali ini adalah EMO~
Kenapa?
Adakah tentang result PMR?

Bukan. Jiji bukan nak bercerita tentang result.
Jiji mahu berkongsi rasa.
Yang selama ni Jiji pendam.

Baru sekejap tadi, Jiji menelefon Ustaz Zaidi.
Bertanyakan tentang surat perletakan jawatan.
Ya! Letak jawatan.
Jiji tekad. Insya allah ini keputusan terbaik Jiji.

Entahlah. Rasa hati Jiji membisikkan untuk melepaskan dulu amanah Allah yang berat tu.
Jiji terbaca dalam blog Rasyiqah,
SIFAT2 PEMIMPIN

Sungguh, Jiji belum cukup bersedia. Untuk ditarbiyah.
Untuk abang2 dan kakak2 kem Nurturing The Little Caliph,,
Jiji bukan tak mahu ditarbiyah.
Jiji cuma belum bersedia ditarbiyah.

Maaf..
Kawan2.. Jiji terpaksa meninggalkan kepimpinan pengawas dulu.
untuk kemaslahatan diri sendiri.
Dan orang lain.

Walaupun Jiji akan mengurangkan lagi jumlah kepimpinan tingkatan 4,
Jiji tahu. Tapi, Jiji terpaksa.

Sebenarnya, Jiji masih lagi terasa dengan tindakan yang cikgu ambil.
Pengawas tingkatan 4 hanya 17 orang??
Jiji bukan membantah. Tapi, tidakkah jumlah itu terlalu sikit daripada yang sebelum ini?
Pengawas tingkatan 5 pula 40 orang lelaki campur perempuan?
Bukankah itu terlampau?
Akhir tahun nanti, kepimpinan akan diserahkan kepada tingkatan 4 kan?
Macam mana kalau ada yang nak pindah?
Belum ditolak yang terpaksa keluar, kan?
Maaf, Jiji bukan gila kuasa. Bukan gila pangkat.
Jiji cuma terasa.


Adik2 tingkatan 2 dan tiga pula.
Cuma 16 pengawas tingkatan 2 dan tiga untuk menjaga pelajar menengah rendah?
Cukupkah?
Kuatkah mereka yang masih terlalu mentah itu?

Maaf Jiji pertikai.
Jiji tak tahu.
Cikgu2 memang tak suka form kami, ya?
Cikgu, jangan pernah membenci kami.
Kami pelajar yang mahu menuntut ilmu dari cikgu.
Kalau cikgu membenci, sampaikah ilmu itu kepada kami?

Macam tader kena-mengena,kan?
Biarlah. Walaupun mungkin Jiji sorang yang rasa.
Jiji tetap terasa.

Jiji tahu mesti ada senior yang membaca blog ini.(ade kot)
Pasti mereka akan menyangka yang bukan2 tentang Jiji.
Maaf sekali lagi, Jiji cuma meluahkan apa yang Jiji rasa.
Daripada Jiji terus berdendam, baik Jiji luahkan.

Jiji bukan terbaik untuk berkata tentang orang lain.
Jiji cuma mengharapkan yang terbaik dari orang lain.
Jiji belum bersedia.

Rasyiqah, Najihah, Alya, Kamili, Azimah, Khaulah, Azlin, Nabihah, Zahra.
Kamu semua janganlah pindah walaupun keputusan kamu bagus2.
Berbaktilah untuk sambest.
Bantulah kepimpinan tingkatan 5 tahun hadapan.
Cuma Jiji mahu undur diri.
Jiji belum bersedia.

Untuk Naji, yang bersungguh2 menghaap Jiji terus berjuang, maafkan Jiji.
Naji, aku masih terasa. Aku takut kalau aku masih menjadi pemimpin, aku akan menjadi pemberontak yang utama~ aku harap ko faham.

16.12.10

Ini Bukan Jiji

Mama..
jiji takut..23hb tarikhnya. Termaktub sudah.

Apa makna mimpi tu? Wahai hati, tenanglah..
Apa maksudnya bila dua kali sudah mimpi buruk itu terjadi?
Ah...fikiran sekarang kacau!

Hati, tenanglah..
Ini bukan Jiji yang dulu..yang kuat..salu wat lawak..bodoh2..kan?
Bukan...sape ni senanye..?? Hati yang sangat risau, pergilah dari aku.

Ayah kata, " Doa je banyak2. Insya Allah.."
Mama pula, " Insya allah, yakin je.."
Dia(1) kata, " Mimpi bukan realiti. Kalaupun tak bjye skrg, insya allah bjye mse akn dtg. kalau tak bjye pun tu sume ujian dr allah"
Dia(2) bicara, " Boleh, kite sume dah buat yang terbaik kan?"

Hati bicara, " Kalau Jiji tak dapat 9A, Jiji tak nak jadi Kp lagi!

Trimas kpd sahabat yg mendengar gusarnya hati masa sblum kita pergi Kem Nurturing The Little Caliph tu.. Rasyiqah, Najiha, Zahra.. Tenx a lot!

Tapi, hati ni tetap gusar. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Apa yang terbaik untukku.

Boleh ke kita jadikan alasan tak dapat 9A dengan tak nak jadi KP?
Jujur-sejujur-jujurnya,,,,
Jiji belum bersedia~

Maaf akak-akak yang bakal memimpin kalau-kalau Jiji terpaksa meninggalkan dunia kepimpinan. Maaf juga kepada teman-teman kalau-kalau Jiji terpaksa tidak menjadi sebahagian drpd kamu semua.

Semoga kamu semua tabah dan kuat menghadapi dugaanNya. Jiji..Nak undur diri, boleh?
Doakan yang terbaik untuk Jiji, eh?

4.12.10

Program Young Khalifah

Alhamdulillah~
29 Nov-3 Dis 2010..
Jiji selesai menghadiri program tersebut dengan jayanya!
Banyak yang Jiji dapat. Ilmu baru! Kawan baru~ Kenalan baru~
Semua baru!

Jiji ahli kumpulan satu. Ada 22 ahli termasuk Jiji. Ramai kan??
Peserta-peserta semuanya dalam lingkungan 9-16tahun.
Jurangnya terlampau kan? Jadi, pada asalnya jiji agak boring ar. Tapi, Jiji kan kanak-kanak ribena. so, tak kesah~ Haha..

Apa je yang dipelajari??
Kami ada belajar tentang solat. Kemudian ada juga sistem pembelajaran Imam As-Syafie. Lagi? Ada teknik-tenkik baca cepat. Apa lagi ya? erm, ada juga slide tentang kedatangan islam ke nusantara. Terkejut jugak bila tahu islam datang ke nagri2 nusantara pada ketika nabi masih hidup lagi! Maklumat lanjut akan disampaikan pada ceramah tahun baru Ustaz Muhammad di De Palma Inn Hotel, Shah Alam.

Game!
Antara game yang kami main..
Boom. Aiman kata. Nombor. Dan macam-macam lagi~ Seronok!

Lagu..
Lagu tema program kami ada tiga! Yang pertama..tajuknya Anakku. Yang kedua tajuknya Imam Syafie. Yang last~ Asmaul Husna versi Ustaz Muhammad. Kami ada jugak belajar lagu perut! Haha..



Kesimpulannya, Jiji seronok. Dan apa? Jiji gembira sebab Jiji dah habiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaaedah! Yeah~ Dan..minggu depan, Jiji kena usaha lebih! Ada banyak lagi hari kosong menanti untuk diisikan. Sejarah, Add Math, Physics, Chemist..menanti untuk di baca..

Teruskan untuk cemerlang!!
Doakan Jiji ek?