25.2.10

PIBG~BIRTHDAY

Pada hari Ahad yang lepas, tanggal 21 Februari 2010 merupakan ulangtahun Jiji yang ke-15. Hari tu merupakan Hari Mesyuarat Agung PIBG. Kami, pelajar tingkatan tiga telah mengadakan jualan. Alhamdulillah untung...

Yang paling Jiji terkejut ialah kehadiran mama, ayah dan adik-beradik yang lain. Sebetulnya, hari Sabtu mereka sudah hadir dan kami keluar bandar bersama. Jiji tak sangka Mereka datang lagi. Dan...mereka membawa kek harijadi!! sungguh, Jiji sangat-sangat gembira menyambut Hari Lahir bersama dua orang kembar Jiji yang lain iaitu Aminah dan Ain. Bersyukur sangat rasanya apabila ada yang menghargai kita.

Malam 21 Februari tu, Jiji tidur awal. Lagipun, malas nak stay up sebab aras 1 dan 4 black out. Dan Jiji tidur dalam kepanasan selama 3 hari 2 malam. Tak tahan.. Ingat bila da tidur tu tader orang akan mengganggu. Sangat-sangat tak sangka, adik-adik dorm berkomplot dengan KD dan PKD untuk mengejutkan Jiji dan menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' Dalam keadaan mamai, Jiji tersenyum. Rasa sangat-sangat terharu dengan pemberian mereka.

Lepas tu, Jiji sambung tidur. Tak lama.. kawan-kawan Jiji pulak datang wish. Terharu. Kemudian, sambung tidur. Tak lama.. ex kakak dorm pulak. Lepas tu, barulah Jiji dapat tidur dengan tenang sampai Subuh. haha..

Mahu juga diceritakan, dalam majoriti ucapan yang dilafazkan.. pasti ada ucapan "semoga dapat suami yang soleh" Sudah sampai masanya Jiji untuk berfikir tentang itu?? Hurm...

Sebagai intihanya, Jiji sangat bersyukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang sangat caring. Sahabat-sahabat yang sangat mengerti hati dan perasaan Jiji. Semoga Allah memberkati hubungan kita semua.


hadiah hari lahir