5.5.14

Mur O Keeb



Dari awal sebelum datang bumi bertuah Jordan ini lagi Jiji dah berangan nak tulis tentang murokib. Jadi, ini kesempatannya.

Murokib adalah اسم فاعل  bagi فعل الرباعي, راقب  .
Dan menjadi undang-undang persatuan zon daerah Mu’tah untuk menggunakan khidmat murokib sejurus selepas berkumandang azan maghrib. Zaman innocent awal-awal datang dulu, Jiji sangat punctual. Sebelum Maghrib dah ada kat rumah.

 Tapi, makin besar, makin perasan diri tu macam dah lama sangat duduk sini, dah pandai balik masa azan Maghrib. Azan sudah tapi masih berada di area Masjid Syuhada’. Dengan alasan, rumah dekat je.

Masalah murokib

Kami hendaklah menghubungi murokib paling kurang 10 minit sebelum masa murokib.

Peraturan yang ini sepatutnya dipatuhi oleh setiap daripada kami. Kerana murokib itu juga manusia, yang ada urusan sendiri. Tapi, bagi Jiji, untuk kes urgent yang tiba-tiba berlaku, bagaimana mungkin hendak mengatur jadual murokib?

Jadi, murokib on the spot terpaksa digunakan.

Jiji pernah je, nak pergi kelas malam-malam, tunggu murokib taak datang-datang. Marilah bersangka baik, sang murokib sedang melaksana solat sunat selepas isyak di rumah. Oh tapi, kelihatannya terlebih lama pula maa dia bertafakkur.

Maka, melihatkan seorang syabab melalui hadapan rumah Jiji, Jiji pun datang melamar.

“ Ustaz boleh tolong murokib pergi PUSKMA? Dah call murokib tadi, tp dia tak datang lagi. Kami dah lewat ni,”

Jiji nampak muka keterpaksaan disitu. Ya. Tapi, apakan daya. Maka, sepanjang perjalanan, Jiji menyalahkan diri sendiri kerana tidak menunggu murokib yang dah di call tadi. Sementara kawan Jiji call murokib tadi untuk cancel perkhidmatan.

Sesampainya di destinasi, Jiji menyeluk beg, lalu muncul cekelat sebatang. Jiji menebalkan muka menghulur cekelat itu walau hakikatnya suuuukaaa sangat kat cekelat tu.

“ Terima kasih, ustaz, minta maaf susahkan,” sang murokib ya awalnya menolak. Tapi, Jiji kata, “ ambik jelah.”

Ok, dengan nada sopan. Maka, murokib pun pulang kembali ke rumahnya.

***

Pernah juga di suatu ketika, Jiji mahu menggunakan murokib tapi bersendirian. Masa tu, mulalah mati kutu. Tak tahu siapa yang harus dihubungi. Mungkin masalah Jiji jugak, yang lebih suka menggunakan murokib yang dikenali daripada menggunakan murokib tetap.

Ada ja murokib yang dah ditetapkan bagi setiap rumah tapi... sejak ditolak awal-awal dulu. Jiji putus harapan untuk meminta lagi bantuan mereka. Eceh!

Jiji pun mula telefon sini sana, minta tolong murokib. Hinggalah Jiji terjumpa nama murokib yang dilabel baik. Ya, baik.

“ Salam ustaz, boleh mintak tolong murokib ka? Saya nak pegi PUSKMA.”

“ Wassalam. Ha, in sha allah boleh je. Ana pun dari PUSKMA.”

Aih, sang murokib buat orang bersalah.

“ Takpe ke ustaz? Ustaz patah balik patah balik?”

“ Takpe je,”

Sekali lagi, Jiji diselubungi rasa bersalah. Maka, Jiji bersiap semua, Jiji masukkan cekelat lagi dalam sampul untuk dibagi pada sang murokib yang dilabel baik itu.

Lari

Berlarian ke destinasi tanpa murokib adalah jenayah yang paling mendebarkan yang pernah Jiji buat. Yalah, melanggar undang-undang. Ke Jiji yang macam baik sangat? Haha.

Sekalinya, masa lepas bertemu dengan kawan-kawan dari Mafraq yang bermalam di PUSKMA. Haih, asyik pi PUSKMA je Jiji ni. Haha. Keesokan hari itu, Jiji ada exam. Menantikan murokib yang tak kunjung tiba, Jiji jadi resah. Lalu, Jiji mngambil keputusan gila. Untuk berlari.

Jiji pun berjalan dengan debaran hebat dalam hati. Sampai je depan pintu rumah, Jiji call murokib yang tak datang-datang tadi, mengatakan sudah tiba di rumah.

“ Tu, macam mana balik tu? Tumpang murokib orang eh?”

“ Haa, lebih kuranglah.” Jiji sengih sarkastik walaupun tak dilihat sang murokib tu.

Masuk bilik, Jiji terus melepaskan segala debar yang ada. Huh.

***

Dua kalinya, Jiji dan Neyli sama-sama lari. Berdua tak takut sangat macam sendiri kot? Hm.
Tapi, timing salah, itu yang buat debar extra. Kami keluar dari rumah masa tepat-tepat syabab semua keluar dari masjid. Konon-kononnya, nak ikut jalan lain supaya tak terserampak dengan syabab. Tapi, dengan jalan itulah, bukan calang-calang orang yang kami terserempak! Presiden!
Sigh.

Masuk musim panas ni, macam-macam kes pergaduhan berlaku. Dan Jiji akui perlunya menggunakan murokib. Sebab Jiji adalah orang yang paling dekat dengan murokib bila berjalan. Takut sangat ada musuh dari belakang.

“ Meh, yang belakang tu jalan dekat sikit dengan murokib,” eh, Jiji! Mujur tak langgar sang murokib tu. Tapi, itu hakikat. Jiji pengecut. Kalau sorang-sorang tu, rasa nak suruh murokib tengok Jiji sampai Jiji masuk rumah. *tunjukgigi*

Hakikat

Ada baiknya bermurokib ni, jadi kenapa hendak dilanggar peraturan yang dah termaktub?
Cuma, lebih baiknya begini.

Murokib sepatutnya menawarkan diri. Bagi program-program persatuan yang sudah akid. Contohnya, bila ada diskusi ke, wacana ke, forum ke, buat jadual siap-siap. Area x, Ustaz y, masa z. Maka, tak payahlah kami bersusah-payah menelefon untuk menggunakan murokib.

Murokib sepatutnya juga caring macam ni. J



Sweet gila. Ehem, ha. Sepatutnya murokib caring macam ni. Macam ada certain murokib, bila nampak kami sedang menunggu, dia menegur, “ ustazah ada murokib tak tu?”
Sweet.

Bagi pihak kami pula, ya, kami sepatutnya menyediakan baaaanyak cekelat dalam poket supaya boleh diberi kepada murokib setelah khidmat murokib digunakan.

Ya, kami sepatutnya lebih rajin meringankan mulut mengucap terima kasih pada khidmat yang telah digunakan.

Ya, kami seharusnya bersiap dengan lebih pantas agar murokib tak tunggu terlalu lama. (sampai jerit nama Jiji dari bawah)

Maka, bersamalah kita saling menjaga. Jiji tak ada ayah, Ibal, Faqih ke sesiapa anggota keluarga yang lelaki kat sini. Dan, eheh, saya belum ada murokib tetap. Yang ada, hanya ahli PERMATA yang cakna dengan kami. Jaga Jiji, Jiji pengecut. Haha. Apa mention kelemahan diri kat sini ni?