31.8.11

Harga

Sebelum mula berbicara, Jiji mahu mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI JADI RAYA kepada 3 sahabat kita; Husna Najihah, Hanani dan Izzudin yang mana menyambut ulangtahun kelahiran dan syawal pertama serentak pada 30 Ogos yang lepas.
Moga kalian diberkati Allah~

Harga.
Menghargai. Bukanlah Jiji mahu bongkak bicara yang Jiji sangat menghargai kawan-kawan Jiji.
Kalau ya Jiji sangat menghargai, masakan ada yang terasa hati dengan Jiji, ya tak?
Cumanya, Jiji mahu berkongsi rasa.

Dihargai. Mengapa kadang hati ini terasa seperti tak dihargai?
Sebelum puasa baru ni, Jiji ada menulis sebuah lagu ciptaan Nur Nilam Bayu yang bertajuk KUKU DAN ISI dalam buku nota Kamili.
Asalnya lagu ini dicipta khas untuk seseorang. Tapi, sekarang Jiji dengan seseorang tu pun dah tak berapa rapat.

Izinkan Jiji menulis lagu tersebut di sini.

KUKU DAN ISI
By:nurnilambayu

Hembusan dingin bayu menerpa
Menerjah pemikiran sehela
Memori kita singgah menyapa
Oh teman mengapa ku diluka

Dimana janji yang kita bina
Ukhuwah sejati selamanya
Mungkinkah engkau sudah melupa
Ataupun engakau berpura-pura?

Wahai sahabatku
Aku merindukan dirimu
Pimpinlah kembali tanganku
berikan sinar baru

Merintih di sukma
Saat engkau pergi jauh sana
Kerna ku perlukan Dirimu
Oh sahabatku

Mari kita ukirkan kembali
Sebuah ikatan janji abadi
Semoga kita akan kembali
Bersatu seperti kuku dan isi


Hah. Itulah dia lagunya. Kamili respon.
"Lagu ni untuk **** eh?" (nama dirahsiakan) Jiji boleh dikatakan rapatlah dengan orang tu dulu. Tapi, entah dimana silapnya, dia seolah-olah melupakan Jiji dan sepertinya dia tak pernah mengenali Jiji. Mungkinkah sebab Jiji dah tak setaraf dengan dia?

Haha. Bersahabat kalau kerana Allah, mana pandang taraf, pangkat dan sebagainya..kan?
Mahu jadi pelindung Jiji konon. Huh!
Dan sekarang muka orang tu lah yang paling Jiji menyampah untuk dipandang.
Tiap kali dia muncul depan mata,
"Berapa kali aku nak cakap, jangan munculkan diri depan aku!" Jiji mengomel sendiri. Padahal bukan dia dengar pun.

Sudahlah, di hari mulia ni, kita harus bermaaf-maafan. Harap-harap orang tu terbaca post ni supaya dia tahu rasa hati Jiji.
Maaflah kalau Jiji tersalah sangka kepada orang tu.
Tapi, Jiji dah maafkan orang tu sebenarnya. Cuma luka, masih kekal parutnya. Haha.

Akhirnya, kepada KAK WADIHAH, KAMILI, CACA, SHAFIQAH ATIQAH, CACA, NABILAH, AZIMAH, HIKMAH, SHAFIKA..
Kalian sangat-sangatlah Jiji berterima kasih atas bantuan kalian selama ini.
Terima kasih yang sangat tak terhingga Jiji ucapkan.