25.10.13

Tong sampah


Tong sampah dari segi istilah adalah tepat untuk membuang sampah. Ye tak?
Lazimnya, orang geli dengan tong sampah kerana ia kotor dan menggelikan.
Tapi, Jiji suka tong sampah yang satu ini.

Tak semua tong sampah itu menggelikan dan menyesakkan hidung.
Tong sampah yang ini menyenangkan.
Tong sampah yang ini menenangkan.

Saat Jiji terluka, dia mengubatkan.
Tika Jiji terbeban, dia meringankan.
Kala Jiji buntu, dia menunjukkan.

Terima kasih Allah. Menjadikan dia tong sampah Jiji.
Ahah, dia pernah cakap, " Kau umpamakan aku dengan tong sampah?!"
:)

Teman, sungguh kau tong sampah aku.
Tempat aku membuang semua rasa yang menyesakkan.
Tempat aku membuang semua rasa yang membebankan.
Malah, kau tong sampah bernyawa.
Membalas Jiji sebaiknya.
Jiji beri kau sampah, kau balas dengan hadiah.

Terima kasih Allah.




Jiji cuma nak share kebaikan dia. Ya. Jiji sedang canang kebaikan dia.
Terima kasih, tong sampah.



Sahabat, kau sesungguhnya
Temanku, dikala suka dan lara
Tika kubuntu diselebungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman :)

Jadikan perkenalan aku dengannya kebih mendekatkan aku denganMu, Rabb

Lastly, YOU!
A friend is a garbage to his friend.
Kbye.

15.10.13

Perantauan


Salam Aidiladha.
Ok, cliche.
Ahah!


Perantauan itu jauh dari keluarga. Jauh dari sanak saudara. Jauh dari kucing peliharaan juga? :)
Ada satu yang mendekatkan kita. Weinak! Ahah~

Berikut merupakan gambar suasana sebelum dan semasa Aidiladha di perkampungan Mu'tah, Jordan.

Ini, kedai Sheikh Towil yang mendapat keuntungan berganda. Haih, Malizi berderet hah disini. Jiji? Tukang amik gambo je, hehe~
Muallim yang bertugas pun busy. Jiji dah tiga empat kali mintak order baru dapat. :P

ahli bayt infiru, eheh~   




kambing yg menghitung masa
 
 Itu kambing yang Jiji terserempak masa nak pergi pasar. Ia hanya diikat pada belakang kereta itu. Oh yeah~! Tiba-tiba Jiji teringat cerita tentang gajah.

Seorang pemuda bertanya kepada penjaga zoo, mengapa gajah yang besar, hanya diikat dengan tali yang nipis, yang pastinya dengan sekali hentakan, tali itu akan putus. Mengapa bukan dengan tali yang besar dan kukuh?

Penjaga zoo pun menjawab, kerana ia sudah serik dimana masa kecilnya dia terluka berdarah kerana cuba hendak melepaskan diri.

Kita gajah ke? Ahah, sarkastik disitu.
Kesimpulan kecilnya, sebab kita bukan gajah, dan bukan juga kambing, walaupun mandi kat sini se ka li se ka la, kita jangan pernah berputus asa.
Ujian hari ini tak sama dengan hari esok. 

Ini gambar rumah arab yang sangat bersemangat menyambut aidiladha. Oh yeah~  Jemur karpet. Macam best kalau dapat raya rumah arab.
Setakat ni, Jiji dan Neyli baru dapat satu jemputan dari seorang rakan arab di jamiah. Tapi, entah macam mana yang Allah atur, kita tengok nanti ya? :)

arab jemur karpet

 Sesudah Asar, kami, ahli Bayt Layyin bersiap untuk memulakan aktiviti masak masak! :)
Cantik kan tapak rewang kami? Ahah, kami berempat je, padan benarlah dengan dapur molek tu.

kami ready ber rewang

 In progress buat masak lodeh. Jiji, macam biasalah, tugas Jiji hanyalah sous chef. Menyedia bahan masakan dan membasuh pinggan mangkuk. :D
Nanti kut ya, Jiji naik pangkat.

in progress

Tepat jam berapa entah ya, siaplah semua juadah untuk raya! Alhamdulillah~ :)
Tapi, yang pasti, malam tu pukul 12 lebih jugak kami tidur, huhu.

done!

Dan, berikut adalah rentetan yang berlaku pagi tadi. Arab solat hari raya awal-awal pagi. Kami je Malizi yang berkumpul di Masjid Bin Bass, sama sama menunaikan solat hari raya, dan mendengar khutbah. Ok, bahasa melayu tau. Kemudian, perjalanan hari raya pun bermula. :)

perjalanan ke masjid bin bass


masjid bin bass


takbir raya togede


ucapan presiden PERMATA


akowatys~ ^^


jamuan di infiru


chumel lembu tu, :P
Kesimpulannya, Jiji tak boleh tidur malam ni sebab perut sangat senak. Triple chin kot duduk sini. Haihla~ Bagaimanalah menghadapi syita' nanti? Doakan Jiji sihat selalu. :)

Akhir kata, salam aidiladha, kullu am wa ntum bikheir.
Dari perantauan.

p/s: sekarang dgn viber skype whatsapp bagai takyah perantauan bagai kot ye? :P