24.9.13

Jiji @ Jordan!



Tarikh 5 September 2013, saya berpijak di bumi Jordan. Eheh. Saya? Jiji okeh, hee~

 
muke bru bgun tido :3

Perjalanan ini tak seindah yang disangka. Ya. Indah khabar daripada rupa?
Hati Jiji terkjut melihatkan plastik plastik sampat bertebaran disana sini. Warna bangunan disini pun sama tiada berbeza. Coklat, krim, putih? Tu jelah kot.
Pemandangan? Pasir, debu dan batu. Ya. Dan pokok pokok hijau yg berdebu.



Tak seperti di Eropah. *kut. Jiji tak penah pon pegi Eropah. Tapi tgk gambar macam sangat cntik dan lawa kan? Di sana bersih dan kemas. Binaan teratur dan moden. Tiada bunyian hon merata-rata. Suasana juga berwarna warni di sana.

Namun, ada satu hakikat yg mampu mengkis semua keindahan dunia ini.
Di mana pun kita berada, semua yg kita pandang, ada hikmahnya. Di Malaysia ke, Jordan ke, Eropah ke, semuanya ciptaan Allah.
Pandanglah dengan mata hati. Nescaya kita dapat merasakan perasaan hebat.

Satu ekstra Jiji di Jordan. Lebih spesifik, Mu'tah, selain kos sara hidup rendah.
Ada roh para sahabat disini. Semangat para sahabat bertebaran di daerah ini. Tapak peperangan Mutah betul-betul berhampiran dengan Universiti Mu'tah. Bila Jiji jalan kaki je, naik coaster pergi uni, Jiji suka pandang tapak yg luas itu.



Masih teringat-ingat rasanya berjalan tadi dengan Ukhti Sarah, Ukhti Khaulah dan Neyli tersayang, berjalan sambil memikir keadaan peperangan itu berlaku. Jauh perjalanan antara uni dengan rumah pun tak terasa.
Masih teringat-ingat rasanya menghidu haruman dari makan antara tiga sahabat yg syahid dalam peperangan Mutah. Disitu, Jiji sebak.
Masih teringat-ingat rasanya kali perama melihat batu-batuan tebing antara rumah-rumah disini. Tiba-tiba terbayang gambar-gambar yg selalu tersiar di berita, batu-batu itu dilumuri darah-darah saudara kita. Sebak lagi.

Kadang, Jiji takut. Takut rasa tu sampai ketika awal-awal permusafiran ini semata.
Namun ada sahabat-sahabat hebat merangkap kekasih-kekasih hati disini. Yang selalu mengingatkan tatkala lupa. Yang sering mengetuk minda saat terleka. Ya. Itu juga ekstra Jiji di sini. :)

"Kita kena sentiasa tajdid niat. Ingat, tanah yg kita pijak ni, boleh jadi je tempat yg sahabat pijak suatu ketika dulu." -kak senja

"Kalau kita melihat dengan hati, kita pandang air yg berkocak pun mengingatkan kita pada hati kita yg tak pernah tetap." -kak tasya
Pandangan mata hati itu sentiasa merasakan segala ciptaan Tuhan itu menarik cantik, dan ada pengajarannya.
Di mana pun kita berada, kita dibawah langit yg sama sebenarnya. :)
Kita satu deen. Kita satu akidah.
Moga kita juga diberada di bawah lindunganNya bersama.


p/s: rasa nak nangis tulis blog ni. sumpah, ukhuwah ini manis terlalu! <3 br="">






10.9.13

Lamaran dan pilihan


Bismillah.
Summa alhamduillah.

Seolah baru kelmarin mendapat dua lamaran itu. Ya, lamaran.
Dan, hari ini Jiji telah menerima salah satu daripada dua lamaran itu.

Antara Aussie dan Urdun.

Jiji tahu ramai yang kesal mendengar penolakan Jiji pada tawaran sesebuah institusi tersebut.
Jiji tahu ramai yang bertanya kenapa Jiji menolak bidang yang Jiji minat itu.
Jiji tahu ramai yang lebih teruja mendengar Jiji mendapat tawaran ke negara orang putih berbanding negara arab.
Jiji pun teruja dengan sahabat yang ke eropah.

Jadi kenapa Jiji pilih jalan ini?

Kadang-kadang, apa yang kita mahu bukan apa yang kita perlu.
Dan Jiji percaya, Allah jualah yang meletakkan Jiji dibumi ini.
Bumi anbiya. Urdun.
Yang dahulunya salah satu daripada Tanah Syam.

Turun saja tapak kaki ini di Queen Alia International airport, Jiji rasa berdebar. Tepuk pipi masih rasa tak percaya.
Menjengah mantiqah Muktah, Jiji makin tertanya-tanya. Inikah daerah yang bakal aku duduki selama empat tahun?

Walaupun jauh dari famili. Jiji ada kekasih hati di sini.
Ramai! ^^
Yang tolong kejutkan Jiji dari mimpi yang panjang. Untuk terus bangkit berjuang.
Jadi, Jiji mohon doa dari semua.
Tembaklah Jiji dengan doa doa kalian.
Semoga doa tersebut dapat menjadikan Jiji lebih tabah di negara orang ni.

Serap semangat sahabat-sahabat.
Mari, singgah ke Mu'tah!!! :)

p/s: gambar boleh tengok fb la ye~ Jiji on guna lp kekasih hati ni, ;P