1.1.12

Cuti Sekolah

Ya! Ini dia permulaan tahun baru.
Lama menanti masa untuk menulis di blog kesayangan, cuma baru kini masanya.
2012. Bakal menjadi sejarah penting dalam hidup Jiji. Tahun terakhir memakai seragam sekolah.
Semoga Jiji dan sahabat-sahabat sekalian akan terus mencuba untuk memajukan diri lantas terus cemerlang dalam kehidupan yang kian mencabar ini~

Oh ya, cerita cuti sekolah. Jiji menjadi suri rumah tangga sepenuh masa~
Awalmya sedih dan kecewa. Sebab tak dapat melibatkan diri dalam tuisyen cuti sekolah. Lebih-lebih lagi untuk subjek-subjek gemilang~ Waktu tu, Jiji sibuk membandingkan diri dengan orang lain. Orang lain pergi tuisyen. orang lain dah belajar subjek f5. Orang lain da revise subjek f4. Jiji je yang kena duduk rumah. Bangunpagi-masaksarapan-kemasrumah-sapusampah-masak-jagaadik.

"Ni pun latihan untuk kau jugak bila dah besar nanti. Takdelah terkial-kial baru nak belajar masak"


Jiji pegang kata-kata mama. Belajar nak jadi suri rumah mithali~ Haha,
Tapi, Jiji takdelah sepanjang masa berada dirumah. Awal cuti, parents bawak gi CH.



Tak cukup bersukaria di sana. Parents mengajak ke PD.



Aktiviti kat rumah pun takdelah sama-berulang tiap-tiap hari. Kadang-kadang, mama ajar buat kuih ni, kuih tu. Yang terbest, belajar bikin roti ma~



Ada jugak keluar pergi jumpa sahabat-sahabat, Madi, Kekna, Nadz, Farah, di PPAS.



Juga, manambah pengalaman menghantar saudara kahwin. masya allah..



Tak lupa, pengalaman menjaga nenek yang sakit di hospital. Berbunga hati tengok keliling ada doktor. Sangat segak dan bergaya doktor memakai jubah putih. Rasa macam nak pakai jugak. Tapi, Jiji takut darah!



Ada lagi! Maaflah, panjang sikit. Cuti ini juga, Jiji ada cuba membela ikan. Jiji dan adik tangkap sama-sama kat parit depan rumah~



Mungkin tak nampak sebab belum tukar air dan ikan-ikan tu masih kecik. Tapi sayang, ajal ikan-ikan tu tak lama. Jijilah yang tak reti tukar air. Rasa bersalah sangat kat ikan-ikan kcik tu~ Huhu,,

Dan begitulah. Tapi Jiji tak lupa wat homework taw. Dalam proses..hehe,,
Tak sedar, masa tu kejap je berlalu kan? Tadi baca blog Husna, rasa betul-betul mengubat resah, gelisah, duka, pilu untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar di sekolah.
Semoga Jiji akan terus mendapat dos dan sokongan dari sahabat-sahabat sekalian.
Jiji juga takkan lupa mendoakan semua sahabat Jiji!

p/s: result adik-adik f3 buat jiji resah utk menerima result sma.wish us luck!!