24.11.11

Zinirah

Attention to Zinirah!
Where are you?
Malam tadi Jiji mimpikan awak.
Kita jalan2 sama2. Kita borak2.
Kecewa.
Bila Jiji peluk awak. Dan bila bukak mata,,
BANTAL!!

Kenapa Jiji mimpi awak?

RINDU.

Zinirah...

21.11.11

Kisah Cinta

Ini entri lepas exam dan setat cui sekolah.
Gembira!
Cuti kali ni, Jiji menjadi anak sulung. Kenapa? Sebab along sedang menyambung ijazah di UITM Shah Alam. (dekat je)
Ira pulak sedang sambung sem 2 ek kat KUIS. So, tinggallah Jiji di rumah saat mama dan ayah mencari rezeki bersama Ibal, Jika, dan Faqih.

Jadi kisahnya mengenai mama dan ayah.
Tajuk entri macam gempaq~ Jiji cuma mahu berkongsi tentang perbualan Jiji dengan mama dan ayah tempoh hari.
First, tolong buang prasangka yang menganggap Jiji dah gatal nak kawen. Tak, ok!!

Jiji : Macam mana mama bolah kawen dengan ayah?
Mama: Sebab ayah dah memnuhi ciri-ciri lelaki yang pertama. Pandai solat, ngaji. Setiap kali mama nak ke surau je, nampak ayah tengah ambik wuduk.
Jiji : Eh, tu macam saje je ayah.. Hm,, mama, susah tak kawen?
Mama : Susahlah. Banyak tanggungjawab. Nak memahami hati mak mertua dengan adik-beradik ipar tu.. lama tau. Barulah boleh masuk. Yela, diorang bukan adik beradik kita.[dulu mama pernah cerita yang mama asyik dikritik bab memasak dengan nenek. biaselah,,adat family ayah dengan family mama berbeza. walaupun due2 keturunan jawa]
Jiji : Tadi mama cakap pasal nak sesuaikan diri dengan mak mertua. Dengan suami, ma? Mesti rase pelik en. Janggal. Yela, kita kan tak biasa dengan orang asing. Tba2 je nak duduk satu umah, satu bilik.
Mama : Memanglah. Kenal pun janggal, tak kenal lagilah..
Lepas tu jiji nak tanya lagi, tapi..
Mama : Dah, ko jangan tanya2, nanti dah tak best nak kawen.


Alah, susahnyer.. Rumitnyer...Tak nak kawenlah. Jangan,,nanti tak dapat rasa kemanisan hidup yang sebenar. Nanti, rasulullah tak mengaku umat kat akhirat. Hmm..



Tapi,, jeles tau tengok mama bercerita, mengadu kat ayah sebab tension pasal kerja.
Jeles jugak bila tengok mama peluk ayah sedap macam bantal peluk. Takpe, ma..
Jiji ade bear yang besar punya!
Jiji pon ade tukang pendengar cerita sementara belum ada hubby ni..haha.


P/s:Zinirah, really want you next to me right now. Kalau kao bace post ni, kol aku cepat2.
Buat along, aku tak pernah lupe doakan kao cepat kawen. Aku nak 'Qistina' cepat. Kah3..

Orait..see next entry.

5.11.11

Mixed Feeling

Firstly, Jiji minta sangat maaf pada semua yang mencari dan ternanti post baru dari Jiji. Jiji cuma fokus untuk exam akhir tahun dan SMA. Jiji bukan MIA~
Alhamdulillah, gembira, suka, dan lega rasanya bila dah habis paper selama sebulan! Lama sungguh exam.
Syukur juga dapat dipertemkan dengan aidiladha lagi untuk tahun 1432H.
Semoga dapat merasa menyambut aidiladha di tanah haram.

Sekarang ni, Jiji betul-betul rasa macam tanak dah balik sekolah. Kenapa?
Sendiri. Rasa sendiri.
Dalam buku tulisan Pahrol Mohd Juoi, Di Mana Dia Dihatiku tertulis sebuah puisi yang bertajuk Bila Bersendiri.
Bila Jiji baca, Jiji rasa tenang sangat.
Ya! Jiji tahu, sebenarnya Jiji tak pernah keseorangan.
Jiji ada Dia. Walaupun Jiji tengah sorang-sorang.

Cumanya, tentu kekadang hati ini mahu seorang teman yang setia. Setia mendengar, membantu, memberi semangat.
Jiji tahu, telinga Jiji yang paling dekat dengan mulut Jiji tatkala tazkirah bertepuk sebelah tangan dalam persahabatan yang Jiji sampaikan kat musolla baru-baru ni.

"Jadilah sahabat kepada orang lain. Jangan pernah menuntut orang menjadi sahabat kita"


Tapi, Jiji cemburu. Jiji jealous sangat dengan mereka yang punya seseorang untuk menemani mereka ke mana pun mereka pergi. Sekurang-kurangnya, taklah jalan keseorangan. Jiji? Kalau ada yang sudi, adalah.

Hari tu, Jiji saja duduk lama-lama kat musolla waktu rehat. Sampai pukul 12, Jiji naik kelas untuk pepar terakhir, BAT1. Sesampainya Jiji kat kelas, tiada sorang pun yang menegur atau bertanya "Dari mana?"
Mungkin mereka sudah boleh agak kat mana Jiji duduk. Entahlah.

Cemburu waktu tengok orang tu sentiasa dengan orang ni. Yang sana pula, dengan orang sini. Tapi Jiji tetap sendiri.
Berkata sebegini bukanlah bermakna tiada siapa yang mengambil berat tentang Jiji. Ada. Malah Jiji sangat menghargai mereka.Thanks a lot to WKNS Co. Mereka yang jadikan hidup Jiji berwarna-warni kat asrama yang satu kaler je tu.

Jiji nak dia selalu kat sisi. Boleh ke?
W=Jauhtakmampudekatselalu.
K=Bezawatakkehidupanpelajar.
N=SeolahtaksukeJijije.
S=Adacumakadangterasadijadikantemanseparuhmasa.
C=Adakalanyabaikkadangkalaentah.

Pertama kali Jiji berahsia mengenai sahabat. Selalunya Jiji open je. Entahlah.
Jiji dah cakap dengan mama,
" Kat asrama ni, kalau kita takde kawan, memang sangat terasa" Yelah, macam melukut kat tepi gantang. Orang tak amek kisah pun kat kita.
"Tapi kalau kat rumah tak pernah rasa camtu" Jiji cakap lagi.

Mama pun membalas.
"Adik beradik kita. Keluarga kita. Memanglah. Kalau kita gaduh pun, muka jugak yang kita pandang hari-hari. Kalau kita bertekak pun, orang tu jugak yang kita cari." Betullah, airyang dicincang takkan putus. Dan Jiji memang takkan boleh samakan KELUARGA dengan KAWAN.

FAMILY ends with ILY which mean I LOVE YOU

Biar bersendiri berserta Ilahi dalam hati, jangan sunyi sendiri kosong sepi dalam diri