Lama Jiji menyepi. Membeku dengan suasana disini.
"Nak tanye sekarang masih ada buat cerpen lagi x?"
Soalan itu datang dari seseorang, yang menyuntik kembali semangat menulis. Jiji semacam tak percaya ada yang menanti penulisan ini. Sengih lebar.
Bajetlah kau, Jiji.
Ok, hentikan bicara sendiri. Dan selamat membaca. Moga bermanfaat. <3 nbsp="" span="">
***
Suhu pagi tadi aku semak. -4 darjah celcius. Ya. Tak sejuk
pun. Cuma membeku saja. Aku mengeluarkan komputer riba dari beg galas yang
selalu ku bawa ke universiti. Tiba-tiba tanganku yang memegang komputer itu
terlanggar kunci beg.
“ Ouch!” Aku meletakkan komputer itu di atas katil disisi. Kulit
jariku terkoyak sedikit. Darah mulai memenuhi bekas tempat kulit yang terkoyak
itu. Aku lantas membuka drawer kedua dari atas lalu mengambil minyak geliga,
bekalan dari negara tercinta, Malaysia.
Bersungguh aku menonggengkan botol kecil berwarna kuning
itu. Beku! Aku melepaskan nafas panjang. Bau minyak geliga itu aku sedut
kemudiannya. Boleh juga melegakan kelukaan ini. Walaupun luka itu kecil, di
musim sejuk ini, platlet-platlet semuanya berhibernasi, lalu melambatkan proses
penyembuhan.
Aku duduk disisi katil. Komputer riba tadi dibuka. Gambar mama
dan ayah terpapar sebagai profile picture. Aku jadi senyum. Rindu. Semalam, aku sudah menghubungi mereka, melepas rindu dendam
pada keluarga, rumah dan kucing semua. Tapi kini, aku merindu lagi. Sengih.
Ikon dokumen aku tekan dua kali. Window Microsoft Word
terbuka. Aku menyambung tulis cerpen yang aku ingin letak di blog nanti. Sejak
ditegur bekas ketua kelasku, aku disimbahi idea yang melimpah setelah ideaku
beku seperti bekunya suasana ini. Sekilas, aku
membaca hasil tulisanku agar aku tidak tersasar dari plot yang telah
kukarang.
***
Adam mengukir senyum. Wajah gadis dihadapannya dia curi
pandang. Gadis itu lebih menarik perhatian daripada apa yang dia katakan.
“ Faham tak? Ke ada
idea lain yang better?” Zulaikha bertanya pada semua kawan-kawan
kumpulannya. Ustazah Khadijah menugaskan
membuat satu lakon layar berlatarbelakangkan
keluarga sebagai tugasan akhir semester ini.
Mereka sebenarnya lebih memilih untuk menukar lirik lagu dan
menyanyikannya daripada berlakon bersama-sama. Tetapi, kata Ustazah Khadijah,
diskriminasi akan berlaku. Tugasan menukar lirik ke dalam bahasa arab akan
membebani pelajar perempuan manakala tugasan menyanyi akan diserahlaku kepada
pelajar lelaki. Seterusnya, objektif untuk mengaplikasikan bahasa arab dalam
kehidupan harian akan tidak tercapai.
Lalu, ustazah telah mengusulkan idea baru untuk melaksana
lakonlayar dalam bahasa arab. Katanya, tambahan lagi dengan tema keluarga, ia
lebih dekat dengan kehidupan pelajar. Dan mangsanya, kami!
“ Aku rasa ok je kot. Aku pun tak ada idea, “ ujar Azman.
Dialah tukang angguk setia. Mujur ada dia dalam kumpulan. Dia pasti akan
menurut apa saja yang kami bincangkan. Dan, sudah tentu! Dialah yang bakal
menjadi pelakon utama kumpulan kami. Sengih.
“ Tapi, Zu. Kita berlima. Dalam cerita kau tu ada watak
ayah, adik, abang dengan kawan abang je. Kita berlima. Lagi seorang nak pegang
watak apa?” Terus berkerut wajah Zulaikha mendengar pertanyaan Asna.
“ Aku tak payah terlibatlah. Aku dah lontar idea. Susah kot
nak korek idea.” Zulaikha cuba berdalih. Dia sememangnya tidak suka terlibat
dalam aktiviti yang perlu dipersembahkan kepada umum seperti ini.
“ Eh eh, senang kau bercakap. Kan ustazah pesan semua kena
terlibat. Kau tak nak markah final ke kak oi?” Khalif membidas dalih Zulaikha.
Zulaikha lantas mencebik. Tudungnya terus dia kelepek dari atas, tanda protes.
“ Tambahlah watak mak. Pastu buat mak dia mati kat tengah
cerita, barulah dia insaf. Ok what?” Asna melontar idea. Zulaikha tunduk
memerhati buku nota yang dia lakar segala turutan cerita.
“ Siapa nak jadi mak?” Zulaikha tanya berbasa basi.
“ Kaulah!” Mereka bicara serentak, merujuk kepada Zulaikha
yang masih belum memegang apa-apa watak. Kecuali Adam.
“ Oi Adam, kau tak setuju ke Zu jadi mak?” tanya Azman. Adam
menyengih. Dia kemudian mengangguk berulang kali.
“ Aku nak jadi ayah!” Adam senyum lalu menampakkan barisan
giginya yang putih. Nganga. Cuma seorang yang memandang sinis.
***
Bersambung.
Sila komen respon anda dan sambungan yang anda mahukan.
Jangan lupa like page Jiji di Facebook.
2 comments:
ade kena mengena dgn yg hidup atau yg mati x...nape pendek sgt jiji...saspen je...nah..terserlah kebekuannya di situ...apa pon...aq tunggu sambungannya deh...
eheh, ade dah siap semua senanye, saje post sikit2, :)
thanks zinnirah <3
Post a Comment