22.12.13

Cerpen : Winter ( Part 4 )


Teruja.
Memandang jamiah yang dah lama tak dikunjungi.
Putih putih baki salji Jiji pandang sepi.
Jalan dengan kaki, yang bagai bertatih hendak berdiri.

Jadi,
Teruskan membaca.

***


Sunyi. Eh? Aku menekan ikon Gom Player. Lah, dah habis semua lagu dimainkan rupanya. Lantas, aku mencari folder jiwang. Butang play all aku tekan. 

Exist-Diammu Gunung Berapi bermain ditelinga. Menghanyutkan aku dalam dunia Zulaikha sekali lagi.
Fokus kembali tiba.

*** 

Foto itu dia tatap berulang kali. Dia dalam jubah biru gelap bercorak biru cair, sewaktu konvo di universiti semasa dia menuntut Diploma Bahasa Arab di Malaysia dahulu. Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyum. Dia melihat susuk tubuh di sisinya dalam gambar, Asna. Di sebelah Asna, ada Adam, lelaki yang paling dia benci dahulu. Lalu, kenangan lama bertamu.

“ Aih, Zu. Berangan ke tu? Tadi kata baru nak stadi bagai?” Asna menegur Zulaikha yang sedari tadi hanyut memandang gambar lama. Buku dihadapannya terbuka tak terbaca. Zulaikha tersengih. Dia menoleh memandang aku yang hadir mengambil tempat disebelahnya.

“ Teringat zaman muda dululah. “ Senyum lagi.

“ Apa? Pasal Zuzu tu?” Asna menyengih. Tak habis-habis. Hailah.

 “ Kau angau kan? Itulah, aku suruh kau duduk sekali dengan dia, tak mahu. Nak fokus studylah, tak nak terganggulah. Dah kau, baca satu perkataan dalam nota Sir  tu dah teringat kat dia tu, tak terganggu ke, cik kak? Boleh fokus ke gitu?” Zulaikha mencebik. Wajahnya terus dipalingkan dariku. 

“ Kau ni, bebellah Asna. Macam makcik makcik,” Giliran Asna menarik muka. Sebelum meninggalkan dia bersendirian, Asna meletakkan telefon bimbit Zulaikha disisinya.

“ Nah, call cik abang kau tu sekejap. Lima minit!” Lantas, Asna meninggalkan Zulaikha yang kegirangan mendapat telefon bimbitnya. Dia yang melantik aku menjadi penasihat cintanya, tup tup, aku jugalah yang mendpat gelaran membebel macam makcik makcik, sentap wei. Asna bicara dalam hati.

Tak lama, kemudiannya Asna dengar Zulaikha terkekek-kekek ketawa dengan telefon yang menghubungkan dia dengan Mr Hubby dia tu. Asna jadi tertunduk. Dia senyum memujuk hati.

“ Pegang hati aku, Rabb.” Doa ringkas meluncur dari bibir Asna tanpa sedar. Tangannya mengurut dada berulang kali. Masa kau akan tiba, Asna. Dia memujuk dirinya lagi.

*** 

Tangan aku semakin kebas. Pantas aku menyimpan tanganku didalam poket sweater. Teddy bear yang ku beri nama Dahlia kupandang dengan ekor mata. Geram dengan kecomelannya aku menumbuk kasar. Lalu aku menyengih sendiri melihatkan kegilaan diri sendiri.

Aku memandang jam di komputer riba. 4.33 AM. Masha allah! Dah pagi. Aku meraba bawah bantal, mencari telefon bimbit yang selalu aku letak disitu. Aku melihat jam di telefon bimbit. Ceh! 

Baru pukul 11.34 PM. Aku terlupa yang aku tidak menukar jam komputer ribaku kepada waktu tempatan negara ini. Aku senyum. Dahlia aku picit hidungnya. Lalu, aku meneruskan penulisanku.

*** 

“ Jom main salji! “ Zulaikha mengejutkan Asna dengan teriakan lantang yang menggegarkan satu bandar kecil ini. Asna menarik selimut menutup muka.

“ Asna, bangunlah. Jom main salji. Kat rooftop pun boleh. Jomlah, jomlah!” Asna mendengus. Menyampah betul aku bila dia sudah mula memujuk-mujuk ni. Sebab dia akan pastikan dia dapat apa yang dia nak walau apapun dugaan yang harus dihadapi. Haish!

“ Kau siapkan sarapan apa?” 

“ Ada cekodok pisang aku buatkan, semalam Abang bagi. Air pun masih panas lagi, kau nak susu ke milo?”  Mendengarkan perkataan abang, Asna jadi geram.

“ Heh kau ni! Dah abang kau tu datang semalam, kenapa tak main dengan dia? Geramnya!!! Aku stay up lama tau malam tadi. Aku baru nak tidur. Kau ni!” Asna meluahkan rasa hati. Zulaikha ni pun, ada suami macam tak ada suami. Aku lihat Zulaikha tertunduk.

“ Aku nak main dengan kau. Kalau aku nak main dengan Abang, aku ajak dia. Tapi...” bicaranya dibiar tergantung. Ah, sudah.

“ Ok ok, aku siap sekarang.” Asna menolak selimut perlahan. Stoking yang tersarung dua helai dikaki dia cabut satu per satu sebelum memasuki tandas untuk membersihkan diri.

Usai itu, dia duduk di meja. Menyantap, menambah tenaga yang banyak dia habiskan dengan stay up malam tadi. Kemudian, dia menyarung kembali stoking tadi. Kali ini, dia tambah dengan stoking tebal bulu-bulu berwarna biru. 

Sweater putih yang mama bekalkan dari Malaysia dia sarung. Kemudian, dia menambah pakai sweater biru gedabak sebelum menyarung bubble coat.  Snow cap cermat dia sarung di kepala sebelum menutup lagi dengan hoodie sweater. Leher, dia cover dengan mafla. Kan senang musim sejuk ni! Sengih.
Sebelum Asna menyarung but panjang, dia menyarung kaki dengan plastik. Supaya tak sejuk kaki kalau-kalau ada kebocoran pada but.  Siap!


“ Aku cantik tak?” Asna tanya mengada-ngada pada Zulaikha. Ada senyum terukir dibibir Zulaikha. Pipinya naik sedikit. Manis. Sebab tu cik Abang dia jatuh hati kot ye?

“ Hari-hari kau cantik, Asna.” Asna tersengih sinis.

“ Perli,” Lalu, dia mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Rooftop.

“ Pulak?” Kedengaran Zulaikha bertapak mengejar dia yang sudah mendahului. Pintu rooftop Asna tolak kasar. Pintu itu tertahan dengan salji tebal diluar. Salji sudah tidak turun. Cuaca saja yang makin menurun, mengcengkam hingga ke tulang!

Angin  kuat menerpa sebaik saja Asna berjaya menolak salji-salji tebal yang menahan pintu. Zulaikha jadi teruja.

“ Salji!!!”

*** 


Aku menekan butang save. Komputer riba aku tidak tutup. Aku cuma menidurkan dia sebagaimana aku yang hendak melelapkan mata. Letih. Selimut Spongebob Squarepants aku tarik hingga melepasi kepala. Aku tersenyum. Tak sabar nak habiskan penutup cerita ini esok. Ayat Kursi, tiga Qul terkumat-kamit dibibirku sebelum mataku layu memasuki alam mimpi.

 “ Min, bangunlah! “ Kakiku terasa disentuh dengan tangan sesejuk ais. Mata aku paksa terbuka, menahan sinaran matahari yang masuk melalui celah langsir yang terbuka.

“ Kak Syu, pukul berapa sekarang?” Aku masih berlingkar di bawah selimut, masih belum mampu menolak selimut yang membungkus diri.

“ Lagi sepuluh minit pukul 11. Apa ni anak dara macam ni? Mentang-mentanglah hang period. Lewat macam ni hang bangkit? Ya Rabbi..” Ahh, mim.mim.ba.ya.ba.ya.lam.

“ Orang bangun ni.” Aku duduk. Kakiku separas peha masih berada dalam selimut. Aku menggeliat, melonggarkan urat-urat yang berehat sekali semasa aku tidur. Botol air disisi katil aku teguk airnya, melegakan tekak yang kekeringan. Sesekali aku berkumur, sebelum menelan air yang bercampur tahi-tahi gigi yang berkumpul dalam mulut.

Aku menggosok-gosok mata, menjelaskan pandangan yang menjadi kabur dek tahi mata yang bertepek di mata. Rambut yang serabai tak terurus, aku  sisir menggunakan jari jemari. Rejoice, guna jari pun boleh. Eceh!

Komputer riba yang aku letak dibawah katil, aku capai. 

“ Selamat pagi, Opi.” Ya. Aku mengucapkan selamat pagi pada komputer riba yang kuberi nama Opi itu. Sementara dia loading untuk bangkit dengan segarnya, aku memandang Dahlia. Budak itu selalu tersenyum. Meskipun, aku sering menjadikan dia tempat melepaskan kegeraman dalam hati ini, tak pernah padam senyum dibibirnya itu.
Kalau dia member respon kala aku melepaskan perasaan padanya,  mungkin akulah orang pertama akan jatuh pengsan. 

Aku terus menekan file Winter. Yeah! Semangat pagi!!
Pagilah sangat~

*** 

Nurul mencuit bahu Zulaikha.

“ Zu, Adam tu.” Zulaikha menoleh. Dia jadi tersengih-sengih. Dia memandang ke arah Asna, meminta izin untuk bertemu dengan lelaki itu. Nurul membuat isyarat bagus sebelum meninggalkan mereka.

“ Lima minit.” Asna berkata sambil membuat isyarat lima pada tangan kanannya. Tersipu-sipu Zulaikha menghampiri lelaki itu. Lelaki itu juga nampak bahagia mendekati isterinya.

“ Wei, jom. Kelas ni.” Aku memanggil Zulaikha yang masih berbicara dengan suaminya.

“ Kau ni, lambat lagilah kelas. Aku baru cakap dengan Abang sekejap.” Asna tak membalas bicara Zulaikha. Dia yang mengarahkan aku untuk mengingatkan dia supaya tidak terleka dengan lelaki itu. Penasihat cinta bagai. Aku melepaskan nafas perlahan.

“ Kau jealous kan sebenarnya dengan aku?” Zulaikha menjentik ruang hati Asna tiba-tiba.

“ Tak payah cakap pun aku tahu kau jealous. Dah, aku tarik lantikan kau dari jaga aku. Kau tak tahu kan rasanya jauh dengan suami. Sebab kau sendiri tak ada suami. Silap aku lantik kau, Asna.” Zulaikha bicara berjela.

Asna senyap. Langkahnya diteruskan menuju ke bangunan Adab Dua. Lima minit lagi, mereka ada kelas Sorof dengan Sir Ahmed. Dia meninggalkan Zulaikha yang tiba-tiba emosi. Dia bukan tak mahu membalas kata-kata Zulaikha. Dia cuma tak mahu syaitan menambah api lagi dalam keadaan ini lalu menyebabkan sesuatu yang buruk dalam ukhuwah mereka.

“ Asna!” Kedengaran Zulaikha menjerit memanggil namanya. Langkahnya mati. Dia menoleh. Tak sampai hati pula nak tinggal saja gadis itu. Tak bersuara, dia hanya menolak rahang dagu ke atas, ganti tanya kenapa menggunakan isyarat badan.

“ Tak apa kau,” Dia menyoroti Zulaikha yang terus berpaling. Alahai. Asna cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit dari poket kotnya. Adam. Butang call dia tekan.

“ Bini kau merajuk. Aku ada kelas.” Mati. Tak menyempat salam dijawab, Asna bicara tanpa belok ke simpang mana-mana. Lalu, dia berjalan menuju ke tujuannya tadi. 

*** 

Bersambung...
Ok, panjang sikit kan? :P
Nanti, post akan datang ni, pengakhirannya!

No comments: