20.12.13

Cerpen : Winter (Part 2)


Ya. Bergurau jangan sampai menipu.
Ehem, tumbuk diri sendiri. Tampar berulang kali.

Allah sudah balas in advance juga.
Saat Jiji memalukan diri sendiri menelefon murokib untuk keluar malam.
Haih. tutup muka. Baling selipar.

Maaf, semua. Jiji cuma nak merasa hari lahir banyak kali. Hikhik.
Jadi, ni sambungannya.
Moga terus bermanfaat.

***



Ah, lenguh badan aku. Jari jemariku terasa kebas, menaip sambil ditiup angin musim sejuk, walaupun tingkap tak terbuka. Aku meletakkan kedua-dua tanganku dihadapan pemanas. Mengelakkan tanganku membengkak kerana terlalu sejuk. Sesekali aku menggenggam dan membukanya berulang kali. Senaman ringkas untuk mengalirkan darah.

“ Min, buat apa tu? “ Aku menyengih. 

“ Adalah. Surprise ni. Nanti kau tengok kat blog, ok?” Dia menjuihkan bibir sambil memandangku dengan pandangan sinis.  Buku nota kesayangannya dia bawa sekali sebelum keluar dari bilik.

“ Eh eh, kau nak belajar ke? Janganlah belajar, aku pun tak belajar hari ni,” Aku memprovok. Tiada semangat setiakawan yang membangkitkan semangat langsung! 

“ Ha, kau buatlah surprise tu. Aku nak belajar. Aku baru nak start belajar hari ni. “ 

“ Ok mam!” Aku sengih. Giliran kaki, aku letak dihadapan pemanas. Ah, lega. Mataku kembali tertumpu pada skrin komputer riba. Penulisanku disambung semula.

*** 

Mukanya terasa panas. Seluruh darah menyimbah ke muka. Tangan kaki semuanya sejuk pucat kerana gemuruh berada di atas pentas tadi. Giginya menggigit bibir. Geram betul!

“ Apa Adam buat tu?!” Hatinya memberontak. Mujurlah itu babak terakhir dia bawa. Kalau tidak, pasti saja dia sudah tiada mood untuk meneruskan wataknya. Asna mengusap belakangnya perlahan-lahan.

“ Sabar, Zu. Dia saja nak tarik perhatian audiens kot tu.” Asna bertindak meredakan keadaan.

“ Nak tarik perhatian ke, peduli apa aku. Masa latihan dia ok je. Ish, geram betul!”  Zulaikha menghamburkan seluruh kemarahannya pada Asna yang tidak bersalah.

“ Sabar, Zu.”  Asna  mati akal untuk meredakan kemarahan Zulaikha. Yalah, kalau aku yang berada di tempat dia pun aku akan marah gila-gila punya. Siapa suka bila orang buat benda yang kita tak suka? Dan kita sudah bagi amaran bahawa kita tidak menyukai benda tersebut awal-awal lagi. Adam pun satu hal, bertindak tak ikut otak. Asna bebel panjang dalam hati.

زوزو, حبيبتي. لا تتركنيBicara Adam terngiang-ngiang ditelinga Zulaikha. Dia kesal sungguh dengan tindakan Adam. Dia sendiri tak pasti dari mana Adam tahu nama manja yang selalu dia guna di rumah. Tiada siapa yang menggunakan gelaran itu selain ahli keluarga terdekatnya. Siapa dia?! Sekarang, seluruh pelajar kuliah Adab tahu nama rahsia dia. Zulaikha menggenggam buku lima. Zuzu. Marahnya memuncak lagi.

Tepat jam 10 malam, lakonlayar itu tamat. Zulaikha terus pulang ke bilik. Dia tidak mahu mengikuti sesi muhasabah bersama ahli kelasnya yang lain. Mana dia hendak letak muka ini? Tawa satu dewan masih terngiang-ngiang ditelinganya.

Pintu bilik dia katup rapat. Pin yang dia semat dibahu dia buka lalu diletak dalam bekas keronsang di atas meja. Selendang yang menutupi auratnya dia buka perlahan lalu menyangkut pada penyangkt di belakang pintu bilik. Tas tangan dia letak di atas kerusi. Lalu, dia menghempaskan badannya di atas katil. Keluhan berat terbit dari ujung nafasnya.

Tiba tiba dia merasakan getaran dari poket seluarnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang tadi dia tukar ke mode getar, untuk tidak mengganggu lakon layar.

+ Zu, kau tak datang post mortem ke? 

Asna. Zulaikha mendengus keras. 

+ Tak. Malaslah aku. Nanti kau inform jelah kat aku. Sorry weh.

Sent. Dia terus mencampak telefon bimbit di sebelah bantal. Bintang glow in the dark yang dia tampal pada dinding sebagai hiasan dia tatap lama-lama. Matanya baru saja hendak tertutup sebelum tersedar kerana telefonnya bergetar lagi.

“ Apa lagi kau nak, Asna?” Dia merungut. Dia kemudiannya membuka pesanan ringkas yang tiba itu.

+ Zu, aku mintak maaf. Aku cuma nak suatu kelainan. –Adam

Rahangnya terbuka sedikit. Lagi satu hal. Apa ni? Kelainan sangatlah kan? Marahnya kian membuak-buak.

+ Aku tak tahu dari mana kau dengar nama aku yang itu, yg kau dah sebar kat semua kawan-kawan kita. Dan aku tak tahu mana kau dapat nombor aku. Dan aku tak pasti sama ada aku boleh maafkan kau ke tak ke? Dan aku cuma nak kau jangan kacau aku.

Sent. Telefon itu terus dia offkan. Malas melayan Adam. Lelaki itu gila. Sungguh, meroyan gamaknya!

*** 

Yayy! Bersambung lagi. Nantikan apa kesudahan cerita ini.
Follow me on Facebook. 
Ok, malunya~!

No comments: