Kadang, jarak itu perlu.
Untuk menambah rindu.
Ya, gaduh perlu juga.
Sebagai penambah perasa.
Dan penyedar, nikmat bercinta.
Eceh, karat.
Okok, sila sila. Terus membaca.
***
“ Min, makan!” Laungan Kak Anis membuatkan aku tersentak.
“ Yup! Coming!” Aku membiarkan komputer riba terbuka tak
ditutup. Selepas makan nanti, aku mahu menghabiskan tulisan kali ini. Tak
sabar-sabar aku hendak mengepos di blog untuk dibaca oleh sahabat-sahabat yang
menanti lagi. Walaupun aku tahu, tiada siapa membaca blog itu sebenarnya.
Aku melihat dulang yang dilapik plastik itu sudah
berasap-asap dengan nasi panas yang terhidang. Zulaikha dan Kak Syu sudah duduk
mengambil tempat di keliling dulang.
“ Masak apa hari ni, kak?” Aku bertanya lalu duduk menyertai
mereka. Makan bersama-sama sering menjadi kebiasaan kami serumah. Ya, selain
mengeratkan ukhuwah, ia juga menjimatkan tenaga untuk mengemas pinggan mangkuk
selepas makan nanti. Jimat air juga! Ini satu bonus yang membanggakan!
“ Akak masak Min goreng tepung bercili.” Kak Anis jawab
dengan muka tak beriak. Aku pandang pelik tanpa bersuara.
“ Macam sedap je. Uuu,,” Kak Syu merespon. Giliran dia
mendapat pandangan pelik dari aku.
“ Dah sudah, makan aje deh. Tak payah pandang pelik
sangatlah. Aku lapar ni. Boleh makan Min dengan Kak Syu sekali.” Zulaikha
bersuara lalu mengundang pandang pelik dari aku dan Kak Syu serentak.
“ Dah, semua pelik. Makan, makan! Makan, anak-anak.” Kak
Anis bertindak menyamankan suasana yang hangat walaupun suhu tak mencapai 2
darjah celcius di luar.
“ Bismillahirrahmanirrahim..” Kami membaca doa makan
bersama-sama. Bagai kanak-kanak di tadika PASTI lagaknya. Ya. Kadang-kadang,
makan adalah satu medan yang menyatukan kita. Mulut-mulut yang bising berkata
sia-sia pun boleh jadi senyap apabila disumbat makanan ke dalam mulutnya.
Heheh.
Usai makan bersama, aku kembali memasuki bilik yang sudah
kuhangatkan dengan pemanas. Tangan aku lap pada tuala. Tak sanggup rasanya
kubiar dia mengering dengan bantuan udara-udara yang ada di sekeliling. Sejuk!
Duduk. Tumpuanku kembali hadir.
***
“ Tahniah, Asna.
Penerima dekan kita hari ini.” Zulaikha tersenyum memandang Asna. Asna tampak
comel dalam baju kurung merah jambu dan selendang hitam. Padan dengan jubah
biru gelap bercorak merah jambu sebagai tanda dia penerima dekan.
“ Syukran jazilan, kau juga yang banyak tolong aku, Zu.
Tahniah untuk kau jugak.” Mereka berbalas senyum.
Ini harinya. Senyum. Zulaikha sudah bercantik-cantik sejak
dari pagi. Majlis istiadat konvokesyen akan bermula sebentar lagi. Dia
memandang cermin buat kali terakhir, untuk memastikan awning tudungnya sentiasa
kemas. Cermin itu dilipat lalu disimpan dalam tas tangan. Dia melangkah kedalam
dewan Anjung Setia bersama Asna dan rakan-rakannya yang lain.
Semua nampak cantik hari ini. Lelaki-lelaki juga tampak
kemas dan bergaya. Hatinya begitu berbunga hari ini. Mak dan abah sudah dia
ketemu sebelum masuk ke dalam dewan. Ada titisan air mata kegembiraan pada mata
abah. Cuma mak nampak tenang tak beriak. Hanya senyum kebanggaan terukir
dibibirnya.
Majlis raptai penuh yang diadakan semalam masih belum cukup
menghilangkan gemuruh yang berdetak dalam hati. Ambil anugerah saja, bukan apa
pun. Naik pentas, ambil sijil, ucap terima kasih, jeda pandang kamera dan
turun. Step mudah yang sudah mereka latih dalam majlis raptai beberapa hari ini
pun belum lekat dalam ingatannya.
Dia mengambil tempat yang telah ditentukan oleh pihak
pengurusan. Ucapan dekan sedang berlangsung tatkala telefon bimbitnya bergetar.
Dan seperti biasa.
+ Tahniah, Zu. Lepas ni aku akan merindu.
Gila. Zulaikha buat tak endah pada mesej yang datang dari
lelaki gila itu. Jangan ditanya siapa. Jangan hilangkan mood baik aku hari ini.
Zulaikha menyalami mak dan abah usai majlis itu tamat. Sesi
bergambar!
Telefon bimbit dia hulur pada Asna untuk membantu mengambil
gambar kenang-kenangan bersama mak dan abah. Abah memegang jambak bunga ,
sedangkan mak memegang jambangan coklat yang adiknya berikan sebagai tanda
tahniah. Zulaikha berdiri di posisi tengah sambil memegang sijil yang baru diterima.
Senyum!
Seterusnya, kami ahli kelas bergambar bersama-sama. Tak
lupa, ahli kumpulan lakon layar. Ehm, ya. Lakon layar. Asna, Khalif, Azman dan
Adam. Cuma sekeping gambar. Lalu dia terus mahu cepat-cepat meninggalkan
mereka.
Zulaikha dan adiknya sudah mendahului ke hadapan. Dia
menoleh. Dah kenapa mak dengan abah tak follow tu?
“ Terima kasih, makcik.” Dia lihat Adam menyalami tangan
abah cermat. Aduhai.
“ Zuzu tak kenalkan Adam kat mak pun? Baik si Adam ni, “ Zulaikha mati
bicara.
“ Oh, err.. mak dah kenal tu, kan? Dahlah mak, abah, jom
kita balik, nak?” Zulaikha menarik tangan mak pantas. Adam memerhati hingga
hilang mereka dari pandangannya.
“ Susah tackle kau, Zuzu.” Sengih.
***
Bersambung.
Jiji baca balik semula, ini dah macam kisah cinta, apa kena mengena dengan Winter?
Ya, nantikan episod seterusnya! :)
2 comments:
tahniahh..dan best sgt2..semakin berganda-ganda penulisannya :)
thanks lutfy~
nntikan smbungannya..
Post a Comment