28.5.13

Hari Aku Comel


Ok, tajuk tak boleh blah! ^^

H.A.C
aka Hari Anugerah Cemerlang @ SAMBest
kalau kat KISAS; M.A.K- Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Ahah~


 
  



Nothing much pun. Cuma, Jiji rasa berbesar hati nak kongsikan bersama pembaca sekalian.
Pada hari tersebut, ayah ada kursus kat pejabat sebenarnya. 
Jadi, Jiji datang berdua dengan mama jelah.
Tapi, tiba-tiba, Jiji dapat mesej daripada mama.

" Keluar jap jom, ayah datang,"

Jiji dengan selamba balas,
" Kate kursus~"

So, Jiji pun dok diam je, tak kuar pon.
Ok, jangan tiru perangai saya yang tak sopan sungguh.

Bila ayah dah nak balik, *lepas Jiji turun pentas, barulah kami bertemu dan mengambil gambar bersama. :)
Dan, kemudian, sampailah ke majlis penutupan.
Dan, kemudian, mama menunggu sebab Jiji nak berlama-lamaan dgn sahabat-sahabat jap.
Dan, kemudian, mama menanti sebab Jiji macam artis hari tu. *perasan!

dan, balik.
Dalam perjalanan itu, mama suruh mesej ayah yang kami dalam perjalanan pulang.
Jiji pon menurut.

*shock*

Jiji terbaca mesej sebelum sebelum tu. Kan macam conversation, jadi kelur semua~
TERbaca keyh~ TER!

" Keluarlah kejap, nanti masuk balik, Kesian Ji*** tu, siap jubah lagi, " kata mama.

Dan, ya! Ayah datang, kerana Jiji. Ya.
Dan, Jiji, buat tak tahu, tak rasa apa.
Tak menghargai.
Ya.

Manusia sememangnya sukar menghargai orang tatkala di depan mata.
Akan datang, Jiji bakal menyambung pelajaran.
Dan, bagaimanakah agaknya perasaan berjauhan itu?
 *macam tak pernah duduk asrama~

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia


Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan 


Tiada guna belajar tinggi-tinggi tapi membiarkan ibu bapa kesunyian di rumah.
-iklan radio-

Jiji sayang mama ayah <3 b="">

Last word, appreciate.




 


1 comment:

Unknown said...

Tahniahh..semoge kejayaan terus menjulang diri enti..