9.5.13

Nabat


Post ini bebas dari selingan iklan keju nabati~ =P
Ahah, masa rajin ni, sila sila baca post yang bertubi-tubi dari Jiji ya? Sengih.

Kalian mesti tau makna nabat kan? Iya, one of the question in the interview. Sengih lagi.
Tumbuhan.

" Cuti kau buat apa?"
" Macam biasalah~ Tanam anggur,"

Ohoi, daripada kita cakap kosong, marilah menanam anggur bersama!
Nanti dah berbuah, boleh saling memberi rasa.
Kan, من زرع حصد
Jadi, siapa tanam anggur dialah yang dapat makan.

Tahapehape, okok~ Let get start!


 
baby~

Sengih. Jiji sudah berminat main tanam-tanam pokok sejak tahun lepas sebenarnya.
Jiji ada tanam pokok tembikai susu.
Wangi tau daun dia, bau tembikai susu! Haha,

Jiji ada tanam pokok kacang tanah.
Berbuah okey~ tepuk tangan! Mama rebus dan kitorang makan.
Nyum! Nyum!

Jiji ada tanam pokok labu jugak!
Like I said before this, Jiji suka labu~
Labu juga kesukaan nabi, masya allah!

Walaupun begitu, ( ayat karangan ) disebabkan Jiji menetap kat asrama, pokok-pokok kesayangan tu hanya mendapat kasih sayang Jiji dua minggu sekali je. So, mereka tak kuat nak hidup. Kekurangan kasih sayang. So sad mehh~

1. Pokok tembikai susu mati - kucing korek-korek die. Jeles, takut Jiji tak sayang dia kot.
2. Pokok kacang tak tumbuh balik - lepas rebus, dah tak tanam baru, haha.
3. Pokok labu mati jugak - ayah terpotong sekali masa potong rumput. Nanges~

Jadi, di masa lapang inilah masanya!
Terung, sawi, bawang merah, tomato dan labu-percubaan kali kedua.
Tapi, untuk mengelakkan alasan nombor satu berulang kembali, Jiji tanam mereka nih kat luar bilik Jiji. Untunglah saya, ada beranda kat luar bilik. Yeah! :)




Ada lagi pokok sawi Jiji yang tak besar-besar, so, tak nak ambik gamba. Hee~
Maka, di pengakhirannya, di waktu kita akan menuai hasilnya nanti, alangkah bahagianya rasa, kan?
Manisnya menikmati usaha sendiri.
Dan, seronoknya berbudi kepada tanah, marilah, kita sama-sama.

 Dari sahabat Anas bin Malik r.hu berkata telah bersabda Rasulullah saw,
“Jika Hari Kiamat telah datang. Sedang di tangan salah seorang di antara kalian terdapat bibit pohon kurma [tanaman]. Maka, jika dia mampu untuk tidak berdiri seraya menanamnya. Maka, lakukanlah.”


Wah, untunglah mereka yang melaksana saranan nabi. Jomlah,,!!

Eh eh, zaman sekarang dah takde org nak kotor kotor bercucuk tanam bagai~
--> rujuk movie The Lorax

Hoihoi, zaman ini zaman hebat, barang mahal, kadar pengeluaran makanan menurun, so??
Back to basic, bercucuk tanamlah!!

Thanks untuk dia yang sangat sangat menginspirasikan Jiji untuk menceburi bidang ini.
Well, Jiji pun geli dgn kotor kotor sebenarnya.
Jiji tak reti menebas, Jiji tak reti mencangkul, Jiji tak retilah bab bab ni, kuikui~
But, dia yang inspired tu buat Jiji mencuba and, of course dengan izinNya juga.
Moga bermanfaat. :)


4 comments:

A servant of HIM. said...

aku ske tgk bunge2, sprt name aku...lol puji diri sndri. tap aku x minat gardening. hmm, mgkin sbb aku blum try kot, so x tau la lg tgn ni sjuk ke x

menah said...

wah3 .
untunglah tangan kamu disukai tanah .
pokok2 kamu sumenye menjadi ;)

akujie said...

hah, bunge mmg cantik, zahra, :)
aku akn tanam jugak, meriahkan suasana, hihi,

oh, amnah, b4 this tanam bunge tak menjadi, haha :P

Unknown said...

bumi menghijau ~