8.5.13

ما معنى حازية؟؟؟


Temuduga Dermasiswa Zakat
7 Mei 2013
Masjid Negeri, Shah Alam

Pagi itu masih terlalu awal untuk dia bangkit mematikan mimpi. Uhuk. Dia harus bersegera, gusar melambatkan ayah ke tempat kerja pula.
Usai menunaikan tanggungjawab sebagai muslim, dia bersiap kemas untuk menghadiri temuduga. Baju kurung kelabu, kain songket dia kenakan cermat. Tudung kelabu sepadan dengan warna baju dia sarung kemas.

Pagi masih terlalu awal tatkala dia tiba di masjid itu. Mujur dia bersama sahabat yang bermalam di rumahnya untuk bergerak ke tempat temuduga bersama, maka taklah dia keseorangan. Mereka pun berjalan masuk ke dalam masjid yang tersergam indah di hadapan mereka.

Pendekkan cerita, mereka bertemu dengan sahabat-sahabat lain di sana. Sementara menunggu kaunter pendaftaran dibuka, mereka duduk membaca buku nota ajaib Fuyoo! di tempat solat wanita.
Sempat jugak tu~


tu, awek cun 'LIKE'

Kira-kira jam 8.30 pagi, kami pun berjalan keluar ke ruang legar masjid. Hamboih, ramai dah orang. Tak guna datang awal, daftar yang akhir-akhir jugak~
Dia pun berbaris dalam barisan pemohon ke Jordan. Tiga helai tau pemohon ke Jordan. Lebih kurang 120 lebih orang pemohon.

Jam 9.30 pagi, ujian bertulis bermula. Konon taraf SPM, ahah!  
Ujian ini dimulakan dengan bahagian 1: kemahiran mendengar (istima'). Dia agak kalut dan gelabah untuk bahagian ni. Telinga jawa~
Bahagian 2: al-qawaid (nahu)
Bahagian 3: muthalaah wal balagh
Bahagian 4: as-sarf
Bahagian 5: insyak

Tepat 11.30 pagi, tamat. Bermulalah perlawanan debaran yang hebat! Temuduga. Oh yeah~
Kami semua dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut negara mohon. Dia mendapat bilik keempat. Alangkah leganya hati dia bila melihat namanya terletak di giliran yang ke sembilan.
Maka, giliran dia ditakdirkan pada sesi kedua selepas zohor.

Ini, sahabat yang sangat gembira, namanya tertulis di angka pertama bilik ke 6.

miss A


Namanya disebut selepas dua nama sebelumnya dipanggil berulang kali pun tak muncul. Aduhai. Dia pun melangkah masuk ke dalam bilik kecil yang sangat mantap sejuknya!

" Tayyib Haziyah, ma ma'na Haziyah?"

Aduh, macam mana nak jawab ni?

Short story, ni soalan yang dia terima dari panel.

BAHASA ARAB

1. Makna nama sendiri
2. Ceritakan tentang keluarga
3. Baca teks tanpa baris
4. Ceritakan tentang tumbuhan di kampung
5. Pendapat tentang birr alwalidain ( bg hadith )
6. Kelebihan puasa

BAHASA MELAYU

1. Aktiviti kemasyarakatan yang disertai
2. Kenapa pilih Jordan
3. Berapa daerah di selangor dan sebutkan
4. Antara ulama' dengan umara', mana lebih aula
5. Kenapa majoriti pelajar yang belajar di negara arab, tak cakap arab bila balik Msia

Selesai! Dia pun keluar dari bilik temuduga dengan perasaan lega. Ya, walaupun kalut tak tentu hala.

Ada juga soalan lain-lain yang mungkin kedengaranya aneh~
- nama sultan selangor
- nama pengarah jais
- tempat tinggal sultan selangor
- dll

Jam tiga lebih, dia sudah berada di rumah. Sambung menonton SAW 7.
Seriously, psiko!!

Moga tulisan ini bermanfaat untuk junior ( bajetdorangbace ), yang menerima tawaran ini juga. :)
Do pray for me. 
 

5 comments:

ninazmi said...

saya nampak muka saya!! huhuhuhu

najihahusna said...

semoga selamat ke jordan :)

eh tapii,
apa makna haziyah eh ?

nk tau , nk tau . hehe ^^

g-jie said...

ninazmi - hang ke tu? tu miss A laa,, :P

najihahusna - yahtarimuu, ahakz,, macam salah je nahu bahasa arab tu, doakan saya ye? :)

rasyiqahainayusoff said...

hey hey ! saya rasyiqahaina cantik !

nak menyatakan . kite dapat bilik temuduga samaa . hahahah :P

*perlu tak dinyatakan sebenarnya ? hahaha *

GigaStrength7 said...

jazakillah atas perkongsian..doakan sye nk interview jgak ni