16.5.13

Cerpen : Najmi, Bintangku




Bintang itu ialah dia. Najmi, bintangku.

***
< Kalau kau rindu aku, pandang langit. Cari bintang yang paling terang. Itulah aku. Najmi, bintangku.>

< Iyalah tu, Jemi oi.. Tak ada masa aku ak rindu kau. Haha..>

< Kau jangan.. Aku dah ada nanti, baru kau tahu. > Ada unsur-unsur merajuk dari mesej pemberian Najmi.

< Eleh, kau nak ke mana? Kau kan anak mak. Duduk bawah ketiak mak je lah kan?>

Tak ada balasan. Hazwani melihat jam pada telefon bimbitnya. 11.37 pm. Eh, takkan dah tidur? Tadi kata pergi farmasi? Takkan tidur atas motor kot? Biarlah. Hazwani meletak telefon di bawah bantal. Selimut ditarik. Mata ditutup. Tidur.

***
Tak mungkin! Malam tadi kan baru je dia mesej aku. Hazwani lelah. Nafasnya turun naik. Berita yang mama beritahu pagi tadi betul-betul mengejutkan dia. Najmi kemalangan! Hazwani berlari ke biliknya. Menangis. Jeni, jangan tinggalkan aku! 

Ibu Najmi menghampiri Hazwani sebaik saja dia dan keluarganya tiba di hospital.
 
“ Mak cik, takziah ya?” Dia mengesat air mata. Tiba-tiba Ibu Najmi menghulurkan telefon bimbit milik Najmi kepada Hazwani.

“ Cuba Wani baca mesej last yang Jemi nak bagi kat Wani.” Hazwani menurut.

< Mana ada aku manja. Aku biasa je dengan ibu. Wani, aku macam suka kau. Kau s >

Apa? Ayat itu tergantung. Tapi, ayat sebelum tu? Ayat ringkas, ‘aku suka kau’ sudah cukup membuat dia terpaku. Dia tertunduk. Lututnya longlai. Najmi!!! Sedinya hati ini. Hazwani menangis sendiri. Air mata mengalir tak tertahan lagi. 

Jemi, jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau. 

“ Wani, bangunlah, malu kat orang!” Mama menarik bahu Hazwani untuk bangun. Ibu Najmi turut memujuk sama.

“ Jemi dah tinggalkan Wani, ma. Wani sedih. Kenapa dia tak cakap dari dulu yang dia suka Wani?” Air matanya mengalir laju.

“ Sabarlah Wani. Kamu suka dia ke?” Tanya mama separuh berbisik. Hazwani angguk. Air mata dipipi dia seka.

“ Tapi, Jemi dah tak ada. Dia dah tinggalkan Wani.”

“ Bila masa Jemi tinggalkan Wani?” Hazwani jadi curiga sebentar. Dia kenal benar dengan suaru itu. Dia langsung mendongak. NAJMI!!!

***
Pipi Hazwani memerah. Betul juga. Mama cuma kata Najmi kemalangan, bukan mati. Aduhai~

“ Sekarang kau tak boleh lari dah. Sudah kantoi ma. Kau suka aku jugak kan?” Hazwani terus lari. Malunya!

“ Wani, tunggulah!” Najmi memanggil.

*** 

“ Sekarang, bintang kat langit tu, bintanglah! Bintang kat hati kau tu, ha, tu aku,” ujar Najmi tersenyum mesra. Hazwani angguk. Dia juga senyum. 

TAMAT

Marilah gelak bersama. Ini tulisan karya Jiji zaman tok kaduk dulu dulu. Jom jom, gelak! =D

1 comment:

Aini Mataku said...

Ahaha :) Bintangku !!!