17.3.13

Sudahlah~


Jiji tak tahulah kenapa. Perasaan ni sebok sebok menyemak dalam jiwa raga.
Kurang ibadah mungkin. Kurang mendekatkan diri pada Dia. Sebab tu Dia beri ketidaktenangan hati.
Agar Jiji kembali mencari Dia, menjadikan Dia teman sejati.

Wahai perasaan aneh,
Jangan lagi memunculkan diri dalam hati ini.
Pergilah engkau jauh jauh dari hidupku.

Ei, tapi kan, wujudnya aku dalam dirimu itu tanda kau menyayangi?

Sudahlah, perasaan. Kau ada dalam hati ini ya, mungkin bukti aku menyayangi dan aku mencintai,
Namun, wujudnya perasaan itu mendominasi fikiran dan tingkah. Jiji jadi seolah tak waras. Hanya mahu memikir jalan mengexpose diri untuk diperhati. Mencari wacana untuk menayang diri, memberitahu dunia aku mahu publisiti.

Apa tu?
Itu bukti sayang dengan wujudnya engkau, perasaan?
Mungkin ini masanya untuk menyembunyikan diri sebentar.

Jiji perlu melatih perasaan itu, agar berperasaan seperti seorang muslimah sebenar.
Jiji perlu mengubah dasar perasaan itu muncul.
Biar perasaan itu ada berpaksikan iman dan cinta yang utuh padaNya.
Agar perasaan itu tak tergoda dengan bisikan syaitan durjana, lalu bermaharajalela, menjadi kepala dalam diri Jiji.

Ya Allah, campakkanlah sakinah dalam hati ini. 


No comments: