5.3.13

Shhh...#2


Nahlah,, baca terus. Sorry El, buat awak tertanya. =P


Buku-buku berselerak di atas meja belajarnya. Buku nota yang dia pegang dia tatap. Butiran penting dibaca berulang kali. Kadangkala, matanya merujuk pada nota kecil yang ditampal pada muka depan buku itu. Tajuk-tajuk yang diramal keluar untuk ujian kali ini.

Masyitah menutup buku dihadapannya. Jam sudah dekat pukul 11. Lagi sepuluh minit saja, dewan makan akan ditutup. Dia menoleh ke arah Ibtisam sebelum mendekatinya.

“ Tisam, jom supper sama-sama?”
Ibtisam mengangkat muka, memandang arah suara yang sangat dikenalinya itu. Masyitah. Dia senyum.
“ Tak apalah. Saya banyak lagi nak ulang ni. Takut tak dapat jawab pula esok.”

Ibtisam kemudiannya meneruskan pembacaannya yang terganggu. Masyitah menghela nafas panjang. Nyata, dia jadi kecewa ditolak pelawaannya. Namun, Ibtisam berpura seolah tak nampak perubahan pada sahabatnya itu. Dia langsung membaca bukunya.

Dia harus berusaha lebih kuat. Dia perlu cemerlang hebat. Dia tak mahu gagal. Dia tak nak dikalahkan oleh Masyitah lagi sekali. Dia mahu jadi yang pertama. 

Dia enggan dilabel KuM lemah nanti. Kerana KuM sebelum-sebelum ini, semuanya punya akademik mantap! Selain kepimpinan yang hebat. Jadi, dia perlu mengekalkan pandangan baik semua orang pada KuM.
*** 

Ibtisam senyum bangga. Masuk kali ini namanya sudah tiga kali disebut oleh pengerusi majlis yang ditugas untuk mengurus penyampaian hadiah. Dia berjalan segak menuju ke atas pentas. Hadiah kecil yang memberinya seribu makna di tangan ketua guru bidang sains dia capai sopan.

“ Tahniah, Tisam. Semoga kamu terus cemerlang ya? Boleh jadi contoh pada kawan-kawan dan adik-adik,”
“ Terima kasih, cikgu.”

Ibtisam senyum lagi. Hatinya subur disiram air yang menyegahkan lagi bunga-bungaan di taman hatinya. Dia membawa hadiah kecil-bermakna itu ke tempat duduknya kembali. Dalam perjalanannya, dia disapa junior yang mengagumi dia.

“ Kak Tisam, doakan Aida jadi macam akak eh? Aida pun jadi pandai macam akak. Dahlah ada jawatan KuM pula tu,”
“ Ukht, tahniah! Pandai ukht bahagi masa untuk study masa sambil pegang jawatan besar kan?”

Teguran-teguran sebegitu sering menjadi kegemaran Ibtisam utuk didengari telinga. Biarlah sampai cair tahi telinga dia semanya, dia tetap gemar mendengarkan itu. Senyum lagi. 

Pagi itu cerah. Matahari sudah memancar sinar terang. Seceria hatinya juga. Ibtisam bagai beburung yang terbang berkicauan. Dia juga bagai pepohon yang riang disimbah mentari pagi, melaksana fotosintesis sendiri. Tak pula dia sedar, ada makhluk lain yang turut sama tersenyum.
*** 

Sekali lagi Ibtisam berasa terpukul dengan bicara ustazah. Apa ni? Memang aku bahan semua ni ke? Kenapa semua kena kat aku? Ibtisam sudah berlari meninggalkan surau. Masyitah yang duduk berhampiran dengannya berasa pelik melihatkan tingkah Ibtisam. Dia mengejar Ibtisam dari belakang.
Tandas nombor dua dia ketuk perlahan. Dia nampak, di situlah Ibtisam masuk tadi.

“ Tisam? Oohh, Tisam? Masyi ni,” Senyap. Tiada jawapan dari dalam. Perlahan-lahan, Masyitah menolak daun pintu tandas itu. Ibtisam!

Tubuh Masyitah tiba-tiba dipeluk erat oleh Ibtisam sebaik saja pintu tandas terbuka. Lama, barulah Masyitah membalas pelukan itu. Pening juga otaknya mahu memikir kepelikan tingkah Ibtisam tika ini.
“ Tisam ok tak ni?”
Wajah Ibtisam dipandang lama. Wajah itu sudah merah, air mata, hingus sudah pun bercampur-baur. Dia geleng.
“ Saya jahat kan Masyi?” Masyitah mengangkat kening.

Tanpa segan silu, dia menceritakan segala-galanya yang tersasar dari landasan hidup mukmin hakikatnya. Dia sudah tak malu membuka pekung didada. Dia sudah tak kisah dianggap tak hebat dalam mengurus diri. Biarlah. Biar semua orang tahu, KuM mereka sebenarnya gilakan jawatan. KuM mereka sebenarnya hanya mengejar pujian makhluk!

Masyitah setia mendengar luahan hati sahabatnya itu. Dia pun tak sangka banyak beza diri Ibtisam dengan apa yang dia sangkakan. Selingan itu, ada bicara masihat dan kata-kata penguat semangat Masyitah hulur. Dia tak mahu sahabatnya sedih.

“ Masyi, saat ini jugalah, saya macam mengguna-gunakan awak je kan? Masa awak minta tolong saya, saya buat tak tahu je. Waktu saya susah baru saya cari awak,” ada sedu di setiap bicaranya. Masyitah tak terus membalas. Dia memilih untuk diam. Hatinya berkecamuk saat ini. Dia rasa mahu marah. Ya, dia banyak kali terasa dengan perilaku Ibtisam.
Tapi…

“ Tisam, kalau awak nak tahu inilah fungsi sahabat.” Eh? Ibtisam nampak tertanya-tanya.
“ Ya. Menjadi sahabat pada yang lain itu tanggungjawab sendiri,awak. Layanan balik kita pada orang itu bukan urusan yang perlu kita ambil tahu pun. Sebab kita dah takkan ditanya di akhirat nanti.”
Masyitah menerangkan pernyataannya. Ibtisam nampak sayu.
“ Sahabat yang baik tak pernah berkira dengan sahabatnya. Dia sentiasa ada menemani di waktu susah dan senang.”

Wajah Ibtisam tertunduk. Nampak sangat dia langsung tak ambil kisah dengan sahabat-sahabat disekelilingnya selama ini. Dia terlalu leka dengan dunia sendiri. Title KuM. Cemerlang sendiri. Sehingga rakan taulan dibuat tak peduli.

“ Masyi, saya mungkin bukan sahabat yang baik. Tapi,kalau masih sempat, saya nak rasa ithar uh, boleh tak?”

Ibtisam memandang Masyitah penuh pengharapan. Mahu lihat jika masih ada sinar harapan baginya untuk berubah menjadi sahabat yang setia. Seperti Abu Bakar pada Rasulullah.

“ Dengan saya? Boleh! Awak belanja saya makan semua makanan kat kantin ye? Awak kena,, melebihkan sahabat lebih dari diri sendiri!” Masyitah menyengih.

Ibtisam pun sudah membiaskan makna namanya sendiri. Senyum. air mata tadi sudah dia kesat dengan tisu yang selalu ada dalam poket baju. Cuma, hidung merahnya belum pudar lagi.

“ Tapi, awak lupa. Program kita kat suraulah! Cepat, cepat!”
Ibtisam menarik tangan Masyitah lalu berlari menuju kembali ke surau. Suka. Sakit di dada tadi dah hilang. Semacam terbang dibawa angin lalu saja. Jangan kembali lagi ya? Biarkan aku tahu makna sebenar niat kerana Allah.

 KuM yang ku sandang kuniatkan kerana Allah. Kerana jawatan itu cuma kecil jika dibandingkan dengan jawatan terbesar kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kecemerlangan yang ku kejar, mahu ku gapai sama-sama dengan teman-teman yang lain. Aku sudah tak mahu menjadi penjual ikan! Eh? Selfish…
Dan, aku baru mengerti indahnya berkasih sayang dengan sahabat. Sedangkan selama ini aku hanya menggunakan mereka sebagai batu loncatanku semata.

Tuhan, terima kasih Kau masih mengizinkan hidayah menyusupi masuk ke dalam hati ini. Terima kasih Kau utuskan sahabat yang memahami. Terima kasih Kau memberi cintaMu hingga aku masih bernyawa di bumi ini. Untuk aku merasa perubahan ini.
Ibtisam menarik tangan Masyitah yang sudah meletak kasut di atas rak.

“ Eh awak,”

Masyitah mengangkat badan, berdiri berhadapan dengan Ibtisam. Ibtisam yang sebenar. bukan Ibtisam yang selama ini hanya hidup sebagai boneka yang diperalatkan syaitan semata.

“ Yang saya cerita kat awak tadi tu, rahsiakan ya? Segan pulak,” sengih. Masyitah pun sama menyengih.
“ Ok, shhh..rahsia.” Mereka sama tersenyum. ^^

The end,

Maaf again. 

No comments: