5.3.13

Shhh...#1


Buat El, Fifi,
Maaf, tulisan tanpa hati..


Ibtisam separa sedar. Matanya separa terbuka. Fikirannya masih mamai. Dia pandang sekelilingnya. Ada juga ahkawat yang sudah tewas sepertinya. Ah, tidur dalam majlis ilmu pun pahala, kan? Dia memandang ustazah yang setia bicara di hadapan. Dia sengaja memilih tempat duduk di belakang, supaya tak terlihat sangat kengantukan mendengar tazkirah yang saban hari menjadi dendangan telinga.

Ibtisam menongkat dagu. Matanya terlihat pada Masyitah yang setia mendengar. Wah, fokusnya dia. Getus hatinya. Dia sudah menguap malas. Tangan kirinya diletak pada mulut yang menganga, menahan kuap. Jam di tangan dia pandang. Entah bila mahu tamat ni? 

“ Ha, mana pengawas? KuM? Pustakawan? AJK Agama? Ha,orang-orang yang berjawatan ni. Jawatan tu amanah tau. Macam Imam Ghazali pesan pada anak-anak muridnya, yang paling berat ialah?” bicara ustazah dibiar tergantung. Akhawat yang masih tekun mendengar menjawab. Amanah.
*** 

Tepukan gemuruh berkumandang satu dewan. Ada senyum tersungging pada bibir Ibtisam, sesuai dengan namanya sendiri, senyum. Dia sebenarnya sudah mampu menjangka keputusan itu. Latar belakang dirinya saja sudah terlebih hebat untuk memenangi hati pelajar yang mampu melonjakkan namanya memegang jawatan terbesar di Maahad Al Hikmah ini.

Ibtisam berdiri di tengah-tengah keramaian akhowat yang duduk bersila dalam barisan-barisan yang tersusun. Senyumnya masih belum pudar. Ada gembira di hati. Syaitan turut bersorak sama dengan perlantikannya hari itu. Ketua Akhowat Maahad Al Hikmah, KuM. Sengih lagi. Terbit rasa bangga di hatinya. Seraya melonjakkan tepukan syaitan yang sama bergembira meraikan kejayaan mereka menawan hati anak adam yang satu ini.

Tahkta itu sering menjadi rebutan pelajar akhowat. Pasti pelajar alumni akan terkejut ekstra dengan perlantikannya ini. Dia sudahlah baru saja mendaftar tahun lepas. Sedangkan, beratus-ratus lagi pelajar akhowat yang sudah terdidik dengan tarbiyah Maahad ini, yang juga layak memegang jawatan ini tersingkir jauh dengan undian yang dicapai Ibtisam.

Dia melangkah perlahan ke hadapan pentas. Wajah-wajah yang berada di hadapan semacam dia mahu tenung seoran demi seorang. Dia mahu rasakan feel itu. Feel menjadi seorang yang dipandang pabila berdiri. Dipandang teliti butir bicaranya. Dipandang hebat tingkahnya. Dipandang tinggi status studinya.

“ Tisam, tahniah atas perlantikan awak, semoga kuat memikul amanah ya?” ujar Masyitah.
“ Terima kasih, awak. Doakan ya?” ringkas Ibtisam membalas. Dia cuba membuat riak biasa. Agar tak terlihat terlalu teruja dengan jawatan yang baru saja dia perolehi itu.

Masyitah mengangguk mendengar balasan bicara dari Ibtisam. Dia sentiasa gembira dengan pencapaian sahabatnya itu. Masa dia untuk mencapai kejayaan seperti Ibtisam mungkin jauh lagi. Namun, dia tahu inilah ujian Tuhan, tanda cinta dan kasih padanya. Ibtisam yang dari tadi dia pandang sudah menjauh. Mahu berurusan dengan cikgu mungkin. Masyitah menghela nafas dalam-dalam.
*** 

“ Tak apalah, saya KuM tau. Kamu mesti selamat punyalah. Rahsia ini antara kita saja eh?” Kelengkeng jari sudah bertaut. Wajah ukht yang tadi nampak takut-takut sudah beransur tenang. Nampaknya, KuM mereka kali ini seorang yang sangat sporting! 

Ibtisam membelek kembali telefon bimbit yang berada di tangannya tadi. Sengaja mahu mendengar lagu-lagu yang dia sedia simpan dalam kad memori telefon bimbitnya. Ukht tadi pun sudah leka bermain permainan telefon. Tambahan lagi, dalam telefonnya, sudah dimuatkan pakej internet. Mudahlah dia mengakses laman sesawang facebook, twitter dan sebagainya.

Dia leka melayan kehendaknya sendiri. Sedang, dia tahu, membawa telefon bimbit dan barangan elektronik ke asrama merupakan salah satu kesalahan undang-undang asrama. Cuma, dia kan KuM? Maka, dia buat tak endah. Dia punya kuasa. Yang dia telah salahgunakan.
*** 

Bicara Ustazah bagai mengetuk mindanya pada tingkahnya yang dahulu. Mata yang tadi kuyu seakan terbeliak luas. Dia menunduk. Pamplet yang terdapat di tangannya dia belek. Oh, ‘Tips Cemerlang Dunia Akhirat’.

Ibtisam diserang rasa bersalah. Apa aku dah buat ni? Aku tak jaga amanah aku!
Telinganya masih teliti mendengar bicara ustazah. Dia sudah tak mahu melayan mata lagi. Ya, tazkirah ini sepertinya nampak jelas matlamatnya. Malahan, bicara sempoi ustazah pun mampu diterima baik oleh hati dan jiwa remaja sepertinya.

“ Itu satu, bab amanah. Yang ini pula, biasa, kita dengar, niat kerana Allah. Tapi, ada juga orang yang berbuat sesuatu kerana ibu bapa. Contohnya, aku nak cemerlang kerana nak ibu bapa aku gembira. Aku nak tengok air mata kegembiraan dari mata mereka, Ya Allah. Ha, ada kan orang macam tu?”
Sesetengah akhawat sudah tersipu-sipu apabila tekaan ustazah terkena batang hidung sendiri.

“ Tapi, ada juga orang yang buat sesuatu kerana title yang dia pegang. Menterilah, guru besarlah, pengawaslah. Contohnya, aku kena hebat dalam bidang ni supaya rakyat aku salut aku. Nampak? Kat sini pun ada slacknya. Jadi mana niat kerana Allah ni?”
Dush dush…

Satu per satu butir bicara ustazah seolah bagai peluru yang menusuk jantungnya. Ibtisam menarik nafas dalam-dalam. Semacam perit didadanya, bagai ada sesuatu yang tak terluah. Aduh.
*** 

To be continued...

p/s : sori tak best mana, sebab tak bubuh hati as perasa tambahan, ='(

No comments: