3.3.13

Aku Kan Ada #1


Pembacaku!
Silalah menjenguk baca.
Ini tulisan Jiji edited versi Sayembara Menulis MTQSS 2012.
Ehem, alhamdulillah, Dia bagi izin menjadi johan. ^^
Sila baca ya?


“ Tak payahlah!!” ujar Iman Amelia. Merah mukanya menahan marah kepada Geng M.A.T 08. Dia tak tahu kenapa dia yang sering menjadi mangsa geng tersebut. Macamlah tiada orang lain di dunia ini untuk diganggu mereka.

            “ Eleh, jual mahal pulak..” kata Mursyidi, ketua Geng MAT08. M itu untuk Mursyidi. A pula adalah untuk Aizat. Tidak lupa T untuk Taufiq. Manakala 08 adalah simbolik tahun penubuhan geng itu. Oleh sebab itu, geng mereka dinamakan Geng MAT08. Iman Amelia menarik muka. Kemarahannya memuncak. 

            “ Eh, dia tarik mukalah. Comelnya, cik adik,” laung Aizat. Suaranya samar-samar kerana Iman Amelia telah jauh meninggalkan mereka. Dia ingin pulang cepat. Waktu maghrib kian hampir. Laluannya tiba-tiba dihalang.

            “ Tepilah! Orang nak balik cepat ni!” jerit Iman Amelia.

            “ Garangnya adik manis ni. Betul tak nak ikut kitorang malam ni?” Tanya Taufiq, cuba memancing Iman Amelia.

            “ Sudah! Jangan kacau dia lagi!” Kedengaran suara dari jauh. Meskipun jauh, ia tetap jelas kedengaran. Suara yang dibenci geng MAT08. Suara yang amat dikenali Iman Amelia. 

            “ Blahlah wei. Balak dia dah datang. “ kata Taufiq. Mereka terus memecut meninggalkan Iman Amelia dengan Haikal. Sekelip mata saja, mereka hilang. Dia memandang Haikal lalu tersenyum.

            “ Terima kasih, Kal. Kalau kau tak ada, sampai bila entah aku nak sampai rumah.”

            “ Alah, it’s a small matterlah. Kalau diorang kacau kau lagi, kau seru je nama aku. Nanti aku datang. Well, aku kan ada,”

            “ Iyalah tu, Haikal. Oklah, aku balik dulu, ya. Dah lambat ni. Terima kasih, tau!” Salam diucapkan sebelum langkah terus diatur pulang ke rumah. Haikal sengih. Salam Iman Amelia dijawab perlahan. Dia cuma memerhati Iman Amelia dari jauh, sehingga hilang dari pandangan matanya. Terleka, tidak sedar senja kian berlabuh.
***
            Iman Amelia melangkah ke dalam kawasan sekolah dengan penuh bersemangat. Hari ini dia mahu jadikan lebih baik daripada semalam. Tiba-tiba ada suara sumbang yang menegurnya.

            “ Iman, seorang sajakah? Mana kekasih hati kau,Haikal?” Iman Amelia menoleh kepada suara tersebut. Oh, Syahdina. Iman hanya melemparkan senyuman manis. Ini bukan kali pertama dia ditanya dengan soalan begitu. Entah ke berapa kali,tak terkira dengan jari. Iman Amelia dan Haikal bukanlah pasangan muda yang terlibat dalam percintaan antara monyet. 

            Iman Amelia sudah berkawan dengan Haikal sejak kecil lagi. Lumpur, selut dimasuki bersama. Sungai, cetek, dalam direnangi bersama. Padang bola yang kini menjadi tapak sekolah pondok dulu tempat kegemaran mereka bermain lumba lari. 

Cuma sekarang, masing-masing sudah besar. Sudah tahu mana yang betul, mana yang salah. Sudah kenal erti dosa dan pahala. Sudah terbit rasa malunya. Walau bagaimanapun,  mereka tetap berkawan seperti dulu. Bak kata orang teman sehidup semati. Mana mungkin teman sepermainan dahulu kala dilupakan begitu saja.

            Sudah lumrah alam, perkara yang benar akan dinafikan orang ramai. Begitulah juga yang berlaku antara dia dengan Haikal. Dia dan Haikal cuma sahabat dan tidak terdetik dalam hatinya untuk lebih daripada itu. Namun, mulut orang siapa bisa tutup?
            “ Diamkan aje, Iman. Penat diorang cakap, nanti diamlah tu,” Itulah pesan yang Haikal selalu katakan saat dia sebal mendengar  mulut orang yang asyik memfitnah hubungan dia dengan Haikal.
            “ Sampai bila aku kena sabar, Kal?” ujar Iman Amelia. kerusi ditarik perlahan. Dia duduk sopan. Tangannya menongkat dagu di atas meja.
            “ Kenapa pagi-pagi dah monyok ni?” suara Haikal. Iman Amelia menoleh. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. 

            “ Tadi aku macam dengar ada orang seru nama aku. Sebab tu aku datang. Just share, Iman. Aku kan ada.” Iman Amelia menelan liur. Hai, aku bisik slow kot, macam mana dia boleh dengar? 

            “ Aku dah lama kenal kau Iman. Agak-agaknya kalau muka kau tu masam mencuka, ada perkara manis yang berlaku ke? Tak payah tipu akulah, Iman. Syah cakap apa kat kau?” Iman Amelia memandang Haikal. 

            “ Sampai bila aku kena sabar, Kal?” Monolog dia sebentar tadi diluah kepada Haikal, pendengar setianya. 

            “ Sabar tu kan sebahagian daripada iman” Perkataan iman sengaja Haikal tekankan. Dia mahu Iman Amelia tahu harapan ibu bapanya yang dizahirkan melalui nama kepada dia.

            “ Ayah kau nak kau jadi kuat. Ayah kau nak kau sentiasa bersih dalaman dan luaran. Ayah kau nak kau jadi perempuan yang ada rasa malu sebagai perisai. Kau sedar tak?” Haikal memanjangkan percakapan. Iman Amelia angkat kening. Tak faham dengan kiasan Haikal. 

            “ Iman. Nama kau. Dari situlah nampak harapan mak ayah kau dari saat kau lahir lagi. Sabar, kan sebahagian daripada iman. Kebersihan, malu dan yang lain-lain. Besar harapan mak ayah kau pada kau, Iman. Selagi nama kau Iman Amelia, selagi itulah kau kena sabar. Yang paling penting, selagi kita bergelar muslim, selagi itulah kita kena sabar. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.” Haikal senyum manis. 

            Muka diangkat. Bibir yang dari tadi bak mengulum asam  boi, kini bagai disimbah larutan gula. Iman Amelia membuat ukiran di bibirnya. Manis. Bertambah serinya wajahnya dek lesung pipit di pipi kirinya.

            “ Good girl! Sudah. Belajar elok-elok. Aku nak masuk kelas dulu.” Haikal berlalu meninggalkan Iman di dalam kelas. Iman menoleh sekeliling kelas. Sudah penuh rupanya. Eh, kenapa semua tak turun berhimpun? 

Bebola matanya dilontar ke luar tingkap. Hujan rupanya. Boleh pula dia tak perasankan cuaca diluar. Iman Amelia sengih. Langit, janganlah sedih. Kita kena sabar dengan ujian yang Allah tulis untuk kita. Dia bermonolog lagi. Tiba-tiba frasa kegemaran Haikal bermain di fikiran Iman Amelia. Aku kan ada. Sengih lagi. Beruntunglah dia dikirimkan sahabat yang sangat memahami.
***
 To be continued...

Well, poyo je. Haha, bagi mereka yang sudah membaca kisah ini, baca jugak! *arahan. ^^
Sebab tulisan kali ini lebih kemas dan tersusun jalan ceritanya. Ok, poyo. 

p/s : don't ever forget, ALLAH KAN ADA  :)

No comments: