3.4.13

Cermin


Cermin adalah sinonim dengan perempuan. :)
Dalam bilik Jiji pun ada cermin! Cermin yang selalu Jiji pandang lepas mandi, dan sebelum keluar rumah.
*mekaplahh tu, haha :D

Ok, itu cermin yang jelas dan hakiki, cermin mati. Ada satu lagi jenis cermin yang maknawi, cermin hidup. Yang bermaksud yang lagi satu. Iaitu, sahabat.

Sahabat adalah satu cermin diri kita. Ya. Jiji akui, sahabat banyak membantu mencermin peribadi Jiji yang sebenar macam mana. Sahabat yang mengingatkan saat lupa. Sahabat yang memberi semangat saat terluka. Sahabat yang menemani tika ketawa. Sahabat yang mengetuk iman dan minda.

Supaya terus kekal atas jalan yang lurus ini. Jalan yang kami sudah lalui bersama. Agar tidak terlencong ke jalan-jalan lain, yang menjadikan perjalanan menujuNya jauh dan berliku.

Sahabat - cermin Jiji

Tapi, sejak tak duduk bersama dengan cermin hidup nih, nampaknya tiada siapa dah yang bakal bertindak seperti itu. Jiji pun menjadi alpa. Uhuk,,
Ibadah sunat dicampak jauh. Mutabaah ibadah pun semput. Peribadi sopan pun entah ke mana. Tingkah pun sudah tak terjaga.

Aduhai, Jiji jadi semua-semua itu kerana siapa sebenarnya? Adakah hanya untuk dipandang manusia? Jika ya, maka, patut pun graf iman jatuh mendadak. Sebab dah tak ada siapa nak pandang dah~
Kalau kerana Allah, kan iman tu akan terkawal sentiasa. Kerana Allah sentiasa ada. Mungkin ada naik turunnya, tapi mungkin takkan mendadak sebegitu rupa, kan...

" Lepas ni kau tulis novel, tajuknya 'alimkah aku?' "

Ada sedikit sentap apabila ditegur secara tak langsung oleh seorang sahabat. Lantas, cermin mati kat bilik tu, Jiji tatap lama-lama.
*cantikjugakakuhaha

Sampai bila kita harus bergantung harap pada manusia untuk menjadikan diri sendiri lebih baik? Sampai bila kita perlu manusia untuk selalu mengingatkan? Tak cukupkah kita termotivasi dengan sifat Allah yang Maha Melihat?

Iman kita perlu lebih berani untuk menempuh kehidupan yang serba serbi mencabar ni. Kitalah yang perlu melatih iman itu. Tahan sikit mujahadah.
Walaupun pahit, kan syurga tu manis? :)

Tanggal baju sekolah bertitle agama, terserlahkah segala?

Sentap.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

tq . saya sentap !