19.4.13

Dijsam


Siapa bijak pasti tahu maksud tajuk itu. =P
Ok, saja jeh. Ini post tentang MASJID.

Masjid di kampung Jiji bernama Masjid Jamiul Hasaniah. Okeh, semua orang akan kata masjid tu tempat yang sewajarnya dikunjungi oleh para muslimin. Ya, iu benar. Sebagaimana harapan yang Jiji sampaikan kepada seluruh jemaah muslimin di luar sana melalui penerima hadiah di jamuan akhir tahun tingkatan lima yang lalu. Tapi, tak salah kan, Jiji pegi?

Oh yeah, ini ada kisah menarik untuk dikongsi. Faqih, Jiji punya adik bongsu. Dia ni agak 'hot'lahh jugak kat sekolah. Ada seorang gadis ni, dia mungkin senang dengan adik Jiji. Jadi, dia bertindak menjadikan Faqih as her bestfriend. Dia cerita most of her problem kat adik Jiji yang sorang tu.

Satu hari, dia berkongsi masalah yang dia hadapi.
" Tak tahulah. Saya masih rasa kurang pahala. Walaupun saya dah solat kat surau hari-hari."

Lebih kurang macam tulah. Dan mungkin, ada lagi yang dia cakap.

 Heh, tak solat kat surau pun boleh tambah pahalalah!

Ok, fine~ Terpulang pada diri masing-masinglah nak cakap apa kan. =)
Ini kisah adik Jiji keyh? Then, nak dikhabarkan betapa tersentapnya adik Jiji tu, pagi Subuh esoknya (weekends) dia bangun awal! Dan, dia kejutkan ayah, untuk gerak ke masjid bersama-sama.
Tepuk tangan.

Oh, buat sebab perempuan, tak ikhlas tu~

At least, kerana gadis itu, dia berubah menjadi yang lebih baik kan??
So, kebaikan ke masjid, dapat mengubah hati-hati manusia melalui perbuatan dengan izinNya.

Next, ini kisah yang sudah saya ceritakan kat seorang sahabat terlebih dahulu.
Satu hari, kami sekeluarga tiba awal di masjid. Sedang Jiji dan Ira duduk menunggu bilal iqamat, tiba-tiba datang tiga orang kanak-kanak kecil. Dengan ramahnya, Jiji menegur.

Adik itu kata nama dia Aisyah. Dia baru darjah tiga. Part klimaks muncul bila Jiji tanya nama adik dia.

" Nama adik awak siapa?"
" Anggerik."

Eh? Jiji tanya lagi untuk kepastian.

" Apa nama adik?"
" Anggerik."

Oh, ada kekekan kecil di situ. Maaf ye. Adik lagi sorang pulak.

" Yang tu?"
" Yang tu Anggun."

Jiji pun menghela nafas. Ok, tahan gelak sebenarnya. Ampunkan aku!
Mungkin dia anak-anak pak cik indon yang datang berhijrah~ Hihi..

Dan, ramai jugaklah yang Jiji dapat kenal kat masjid tu. Ada Mimi dengan Ain-adik beradik, ada Naimah, ada Kak Aisyah-yang ni lain dr adik beradik anggunanggerikaisyah tu dan ramai lagi. Tapi, kebanyakannya budak keciklah.
Dan, ini kebaikan seterusnya ke masjid, dapat menambah kenalan!

dari kiri tu aisyah, anggerik, makciksesat dan anggun

Next! Ok, dah takde cerita dah.
Tapi, Jiji jumpa banyak kelebihan ke masjid ni. Jiji dapat tambah ilmu dengan pengajian tafsir ustaz halem. Jiji dapat solat awal waktu. Jiji dapat belajar mengusha! =P
Hey hey, mengusha ayah je, nak ajak balik. Kihkih...
Ehm, mungkin boleh cari bakal suami. utkakak~
Dan banyak lagilah!

At least kerinduan kat asrama dapat diubati. Rindu sesak sesak dalam musolla. Rindu pening pening fikir program antara maghrib isyak. Rindu mengada ngada cari alasan tak nak pergi musolla putera. Rindu tolak tolak untuk telefon ustazah nafizah.

Ohoi, manusia~ Itulah dia, tak reti bersyukur masa ada. Masa tak ada barulah terhegeh-hegeh meminta ada. Nanges.

Btw, ini surat chenta dariNya - 9:108
Didalamnya ada orang-orang yang menyucikan diri.
Moga-moga kita tergolongan dalam golongan yang disukai Allah
Senyum pulak.




No comments: