4.5.13

Rabbatul Bait


Ape tu maksudnya? Entah, lalala~
Haha, maksudnya suri rumah, housewife. =P

Ini, post mengada-ngada untuk kesinambungan kununnya daripada post aini-mataku!

Ahah, ya! Ini cerita Jiji pulak.
Jiji anak perempuan ketiga dalam keluarga.
Dan, dua orang atas Jiji, adalah dua orang kakak. Jadi, sebagai anak ketiga, Jiji berbangga untuk mengatakan bahawa Jiji menjadi agak senang-lenang di rumah.
Disuruh masak? Along ada, dia lagi pandai masak deh~
Disuruh mengemas? Ira ada, dia lagi pandai susun atur ni~
Heh!!

So, takde bende nak cerita? Eh eh, ada ada, sila terus membaca.

Disebabkan dalam ic Jiji tertulis jantina perempuan, tugas-tugas rumah, tak lari dari kehidupan Jiji, lebih-lebih lagi Jiji yang punyai timbunan masa lapang di rumah.
Jadi, Jiji kena jugak menjadi chef tak bertauliah kat rumah.
Kena jugak jadi bibik mengemas membasuh kat rumah.
Kaya tau! Kaya pahala, harapnya, :)

Dan, menjadi suri rumah bukanlah tugasan yang mudah.
Seriously, tahap keselamatan suri rumah lagi rendah dari encik-encik suami yang bekerja kat dalam pejabat!
 Tak percaya?

Jiji pernah cuba mengalih rak buku yang agak kurang stabil.
Tak ada sape nak tolong kan..Jiji pun berusaha sedaya upaya yang boleh.
Malang tu, tidak berbau~
Pap! Rak itu hampir je nak hempap Jiji. Nanges.
Mujur Allah panjangkan umur, tapi, penatnye nak susun buku-buku tersebut satu per satu!

Next, Jiji sudah terbiasa menggunakan pisau tumpul kat rumah.
Hm, taklah tumpul sangat pun, cuma tak tajam sangatlah~
So, setiap kali lepas ayah asah pisau, uhh~~
Pisau itu merupakan alat terbaik untuk menjadikan semua orang dalam rumah tu menjadi raja bersiung!
Ini buktinya.

Ha, itu parut besar yang bakal menjatuhkan kadar mahar Jiji, sila ketawa. Haha.

Next, Jiji seorang yang sangat takut dengan minyak panas.
Duduk memasak dengan along kat dapur sellu menjadikan Jiji seorang pelakon yang palsu.
 Jiji cuba melawan ketakutan terkena minyak panas dengan mempamer reaksi yang berani. *kunun.
Tapi, along akan tahu jugak penipuan itu. 

Sampai sekarang Jiji masih gerun nak terbalikkan ikan goreng, dan telur dadar.
Tanyalah kenapa?
Sebab Jiji pernah berani-berani nak terbalikkan telur dadar dulu, masa darjah tiga.
Kan, malang tak berbau. Minyak panas kat dalam kuali tu saja je nak terbang-terbang kat orang. Huh!!
Sampai sekarang, Jiji masih trauma.
Dan, Jiji masih belum pandai nak buat telur dadar or telur mata. Lalala~
Gelaklah, gelak.

Tapi, masa berubah.
Senyum.



Ok, itu bajet saja.
Senang jelah masak benda alah ni. -pengat labu
Tapi, ini pun dengan bantuan Ira yang baik hati! :)

Ya, pembacaku sekalian, dalam labu, ada dakwah. *genQ isu 20
Kan, labu pun makanan kesukaan Rasulullah, :)
Jiji sangat suka labu!! <3 br="">
 
 

3 comments:

zinnirah said...

hahaha
tgh gelak bsr nie...
bab memasak kita mmg geng la...
aq pon smpi sekarang masih takut nak terbalik bnda2 yg bergoreng nie...
umi kata jgn takut sbb minyak tu tau org yg takut dgn dye...sbb tu dye meletup-letup...bole trima ke???
tp...bab mengemas kita x geng la...
aq lg sanggup kemas dr masak la...
pape pon itu la nmenya pengalmn kn...

akujie said...

ohoi, yeke minyak tau org yg takut dgn dye? haha, i will be warn after this, syukran!! :)

najihahusna said...

Nak pengat labu!

Ohoh ;)