2.5.13
Lagu
Air mata jatuh berlinangan
Hati diruntun kesedihan
Fikiran pula menggambar kenangan
Satu per satu diingatan
Waktu kita masih bersama
Segala kisah dikongsi berdua
Suka dan duka, tangis dan tawa
Bermain semuanya diminda
Bukan aku meletak tanda tanya
Pada takdir yang trtulis untuk kita
Aku hanya terlalu cinta
Ukhuwah yang terbina keranaNya
Doa kudus kupatri buatmu
Moga dijannah kita bertemu
Didunia terpisah sementara
Untuk diakhirat selamanya
Air mata mulai bergenangan
Segala kisah bermain diingatan
Satu per satu berlayar diminda
Sungguh teman engkau aku cinta
Fuh~
Itu lagu yang Jiji atur susun lirik dan melodinya buat sahabat-sahabat sekalian.
Ya. Kadang hati ini rindu. Mungkin Jiji sudah gila gamaknya~
Rindukan kalian tapi mencari pengganti yang lain. Uhuk,,
Dua perkara yang kita mahukan dari seseorang, hanya doa dan nasihat yang baik.
Namun, kalaupun nasihat diberi menggunung tinggi, hati masih belum mahu berubah, tiadalah berubah semuanya.
Ini pesan sahabat;
" Yang utama kalau nak berubah tu, HATI!"
Hati tenanglah. Di dunia terpisah sementara, untuk di akhirat selamanya.
Kerana ukhuwah itu, bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah,
Tuhan, jagakan dia. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment