30.10.10

Ini Tentang Adekku~

Jiji sangat bersyukur dikurniakan 6 adik-beradik. Ramai ke? Taklah..
Sekurang-kurangnya, ada teman bergaduh, bercanda, bermesra..Hahaha..

Yang satu ni, namanya Muhammad Iqbal. Tingkatan satu.. Sudah pandai berjiwang-karat-tahap-buat-aku-muntah.


Malam semalam, Jiji dan famili keluar makan kat Shah Alam. Dalam perjalanan, Jiji berceritalah tentang perkara yang berlaku kat asrama. Salah satunya, Jiji bercakap tentang roti. Jiji tiba-tiba diserang rasa ketagih makan roti. Ahaha.. dan berikut dialog adik Jiji..

"Bahaya! Tu tandanya ko dah kena virus KOROTIDOGOL. Virus tu buat ko rase nak makan roti setiap tiga saat. Tapi, kalau ko makan roti secara berlebihan, ia boleh membawa maut!"

Banyaklah ko punye virus korotidogol, Bal~ Ahahaha..

Next, tadi..
Mama suruh masak nasi goreng. Tapi, Jiji diserang kemalasan yang tahap giga!
Tapi, Jiji terpaksa buat.
(Eleh, nasi goreng je pun..apelah jiji ni en...)
Berikut adalah dialog adek Jiji.. Ketika dia turut membantu.

" Ni pun latihan untuk ko jugak. Nanti besar ko kena jugak buat untuk suami ko.."

Ok. Kate-kata dia sangat matang. Haha.. aku rasa macam adik dia lak~
Untuk menghilangkan bosan, Jiji nyanyi-nyanyi..Dan dia pun berkata~

" Jangan nyanyi kat dapur. Nanti, suami ko kena panggil ayah~"

Nak tunjukkan nanti Jiji dapat suami tualah tu.. Adek...Hahaha...
Ape kesimpulannya?
Rasa-rasanya, dia tu ok ke tak??
Ape jenis soalan ni?Haha.. Jiji dah tak tahu nak cakap apa.
Adios~

1 comment:

[husnanajihah] said...

heh~
lawak rr adek ko nih.
tp, ini tentang adek aku >

hari ni, 30 okt 2010. ari lahir dye yg ke 13!
sayang adek.

baru balek dr lawat dye kt skola. bersinar-snar mata dye nmpak kek yg dibawak. adek..adek..

p/s ~ adek ni kdg membahagiakn, kdg melelahkan. tapi, dia ttp bawa chaya yg menerangkan. <3