27.5.10

oh sahabat~

teringat lagi zaman form 1 dulu..
segala kegembiraan, kegelisahan..dikongsi bersama..
tapi tidak sekarang..

adakah aku penyebabnya? akukah yang berubah?? akukah jiji yang terkena tempias kemuncak kehidupan remaja?? akukah??
sehingga kau menjauhkan diri dariku, sahabat??

maafkan aku..

AKU SALAH

mungkin memang jiji yang salah. maafkan jiji, sahabat. jiji mengaku jiji salah. tapi, tolonglah..jangan buat jiji macam ni. kadang-kadang jiji terasa tengok sahabat dengan dia. sentiasa bersama kemana-mana. tapi, jiji faham. sahabat bukan milik jiji. jiji yang terlalu cemburu.

sahabat pun ada hak nak berkawan dengan orang lain, kan? tapi kan sahabat, jiji terasa sangat bila sahabat pandang jiji macam tu. dari situ, jiji dapat tafsirkan sebenarnya sahabat tak suka jiji. maafkan jiji buat sahabat merana selama berkawan dengan jiji. dan maafkan jiji kerana perilaku jiji yang membosankan sahabat. banyak sangat cerita-cerita lagha yang jiji dah cerita kat sahabat.

kesian sahabat terpaksa dengar..jiji janji tak kacau sahabat lepas ni. tapi, satu yang jiji harap.. sahabat tak benci ukhuwwah kita. biarlah sahabat benci jiji tapi jangan sekali-kali bencikan ukhuwwah yang terjalin. jiji harap macam tulah, dan harap juga agar sahabat tak menyesal kenal jiji.

AKU REDHA

bila jiji pandang snowiz, jiji mesti rasa nak menangis. terkenangkan sahabat. mesti sahabat marah sangat kan kat jiji sampai pandang jiji macam tu. takpelah, jiji faham.. jiji redha. tu semua salah jiji. tapi, sahabat tolong jangan marah jiji lagi tau sebab redha sahabat sangat penting dalam hidup jiji. jiji mohon sangat redha sahabat.



terima kasih atas segalanya...

"YA ALLAH, jika kehidupanku membuatkan dia merana, matikanlah aku. Matikanlah aku. Mungkin itu akan memberi ketenangan buatnya. Matikanlah aku kerana aku tak sanggup membuat dia menderita keranaku. Aku tak sanggup melukai hatinya lagi. Matikanlah aku, Ya Allah."

1 comment:

Anonymous said...

saba ye..mesti ade hikmahnya..