Dah lama rasanya tak update belog kesayangan ni ha.
Tentang Penulisan Jiji
Jiji dulu rajin sertai pertandingan penulisan. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri, Pertandingan Menulis dalam Tulisan Jawi.
Tapi, sebab sijil penyertaan tak sampai kat tangan Jiji, Jiji jadi putus asa. *sigh
Hujung tingkatan lima, cuti panjang tu, Jiji sertai Sayembara Penulisan kategori cerpen anjuran ITBM-BH-PENA.
Pun! Sijil penyertaan tak sampai kat tangan. lagilah putus asa.
Tapi, takpe. Jiji dah sambung asa balik. Lalu, Jiji mempersembahkan antara cerpen yang Jiji hantar untuk Sayembara Penulisan ITBM-BH-PENA. Rasa nak gelak dengan hasil tulisan tanga yang belum matang. Boleh bagi kritikan membina ya siapa-siapa, :)
***
Kasyi
memandang kalendar masihi. 23 Februari 2052. Sudah 18 tahun dia hidup di bumi
millenia ini rupanya. Langsung, dia bertapak menuju ke meja makan. Dia pasti,
baba dan mamanya sudah menanti di meja makan berserta hadiah sempena hari
lahirnya.
Senyuman
tak lekang dari bibirnya. Dia melihat wajah mama dan babanya begitu
berseri-seri. Di sisi mereka terdapat satu kotak besar setinggi dia.
“
Happy birthday, sayang!!” Mama dan baba mengucapkan selamat serentak. Dia
sangat gembira.
“
Marilah, kita sarapan dulu. Lepas tu, kita buka hadiah ni sama-sama, ya?” ujar
baba. Kasyi mengangguk laju. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk melihat isi
kotak gedabak itu. Bihun goreng Singapura yang selalu menjadi kesukaannya
seolah tidak mampu membuka seleranya untuk menambah pagi itu. Dia asyik
terfikirkan kandungan kotak besar yang berbalut kertas jalur hijau kuning. Di
atasnya ada reben merah. Matanya asyik menjeling pandang pada kotak itu.
“
Sayang, tambahlah. Makan dulu. Tak lari hadiah tu,” Mama menegur anaknya yang
sudah tak betah disuruh tunggu sedangkan hadiahnya sudah berada di depan mata.
Baba cuma senyum melihatkan tingkah dua beranak itu.
Pinggan
dan cawan sudah diangkat oleh Panika, pembantu rumah bahagian kekemasan dan
kebersihan. Kasyi senyum lebar. Kertas pembalut yang cantik itu dia buka
gelojoh. Melihatkan kotak yang terdapat gambar gajet itu, Kasyi bertambah
gembira. Dia mengoyak kotak itu pantas. Kini, di hadapannya berdiri seorang lelaki.
Bezanya lelaki dihadapannya robot dan dia manusia.
Menjadi
kelaziman semua keluarga menghadiahkan sebuah robot kepada anak mereka apabila
mencecah usia 18 tahun. Ini merupakan idea syarikat pemaju terbesar di negara
Fubotopia. Maklumlah, semua keluarga dalam negara ini mengamalkan perancangan
keluarga. Bagi mereka, mempunyai seorang anak sudah terlalu ramai kerana mereka
terlalu sibuk dengan urusan kerja dan hal-hal dunia.
Jadi,
ciptaan seorang pemikir dalam syarikat tersebut sangat laku. Lebih-lebih lagi,
apabila pakar kaunseling mengatakan peningkatan masalah jenayah dalam negara
maju itu adalah berpuncakan kesunyian anak-anak.
Mana
tidaknya. Kehidupan sekarang begitu canggih. Masing-masing sibuk hal sendiri.
Mereka tidak berminat dengan aktiviti kemasyarakatan. Mereka begitu memandang
remeh pada hubungan dengan manusia. Nah! Nyata, sejak tiga tahun yang lalu,
mulanya penjualan Robot Sahabat selepas tersebarluas penjualan Robot Pembantu Rumah,
masalah jenayah sudah menurun statistiknya.
“
Terima kasih, Baba! Terima kasih, Mama!” Kasyi memeluk kedua-dua ibu bapanya
dalam penuh kegembiraan. Mulai hari ini, dia tidak keseorangan lagi. Namun,
jauh di sudut hati Kasyi, terdapat kekosongan yang masih belum terisi. Dia
menghiraukan perasaan itu.
“
Mama, Baba, Kasyi naik dulu, ya?” Kasyi tersenyum. Dia memegang tangan Robot
Sahabatnya itu. Dia mahu menyusun atur setting robotnya sendiri.
Dia
menekan punat yang terdapat dibelakang tengkuk robotnya. Badan belakang robot
itu terbuka. Kasyi tidak terkejut melihat beribu-ribu mungkin punat yang begitu
halus seperti itu. Dia mengambil macrospec, satu-satunya ciptaan moden seorang
wanita. Dari sebalik cermin itu, dia boleh melihat punat-punat halus tadi
dengan jelas dan mudah. Hanya pakai seperti memakai cermin mata biasa.
Usai
berpuas hati dengan setting yang dilakukan pada robotnya, dia menutup kembali
belakang badan robot itu. Butang on ditolak ke atas.
“
Uish, sejuknya..” Robot itu bersuara. Kasyi terpegun. Dia tersenyum.
“
Jadi, awak nak nama awak apa?” Kasyi memberi kebebasan kepada robot itu memilih
namanya sendiri. Robot itu menggaru-garu kepalanya.
“
Tak kisahlah. Saya kan dicipta untuk hilangkan kebosanan dan kesunyian awak.
Terpulanglah awak nak bagi nama apa pada saya.” Robot itu tersenyum.
“
Well,well,well… Jadi, mulai saat ni, saya panggil awak Qu! Boleh?” Robot itu
mengangguk. Dia senyum panjang. Nampaknya, dia suka dengan nama itu.
“
Tapi, saya tak tahu nama awak siapa,” Robot itu menunduk. Kasyi tersengih
melihat tindakan robot itu. Takkanlah cuma tak tahu nama, dia perlu sedih
sebegitu rupa? Robot…
“
Saya Kasyi Karina. Panggil Kasyi je,” Qu kembali tersenyum.
“
Kasyi, saya sejuklah. Awak tak nak bagi saya baju?” Kasyi angkat kening
sebelah. Dia memandang Qu dari atas ke bawah berulang kali. Jari telunjuknya
diketuk-ketuk ke dahi, tanda dia sedang memikirkan sesuatu.
“
Lomie, oh Lomie!! Naik bilik Kasyi kejap!” Kasyi menjerit nama pembantu
rumahnya, yang juga robot, bahagian fesyen dan dandanan.
***
“ Jom!” Kasyi menarik tangan Qu menuju ke dalam Nutty itu. Nutty
adalah sejenis bilik kecil yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
hiburan seperti jakuzi, kolam renang, bilik karaoke dan sebagainya. Hampir
setiap rumah mempunyai bilik itu. Rumah Kasyi pun ada satu. Tapi, dia memilih
untuk menggunakan Nutty yang ada di bandar untuk kegunaan awam.
Dia hendak berduaan, menghabiskan masa dengan Qu.
Lagipun, apa guna ada kawan kan? Jika dahulu, dia sering terkurung di dalam rumah.
Mama dan babanya benar-benar berkeras tidak membenarkan dia keluar dari rumah
bersendirian. Malah, dia juga tak dibenarkan keluar walaupun bertemankan
pembantu rumah mereka dari bahagian riadah dan rekreasi.
Kasyi berperasaan aneh dengan arahan rigid mama dan
babanya. Dia jadi kebosanan di rumah. Mama dan babanya sibuk mengurus syarikat
mereka sendiri, syarikat kenderaan solar dan elektrik. Masa kini, petroleum
sudah tinggal cuma beberapa. Jadi, petrol tidak dapat digunakan lagi sebagai
bahan api dalam kenderaan.
“ Ah, panaslah!” Qu menegur. Takat suhu di bahunya sudah merah. Kasyi tersenyum.
“ Nama pun jakuzi, memanglah panas. Tak apa, lepas ni kita
terjun dalam kolam renang ya? Aku pun tak nak kau meletup kat sini. Nanti, tak
ada siapa-siapa yang boleh temankan aku jalan-jalan macam ni.” Senyum.
Usai berenang di dalam kolam renang, mereka menuju ke
Hydro Complex untuk membeli belah. Beratus-ratus kedai terdapat dalam kompleks
membeli belah ini. Mahu tahu rahsia di sebalik nama kompleks ini? Kompleks ini
adalah satu-satunya binaan yang nyaman suasananya dengan kesejukan semulajadi.
Lantai kompleks ini hanya dilapisi kaca nipis dan di bawahnya air sungai yang
mengalir dari kaki bukit.
Dindingnya pula menggunakan batu biru yang diperbuat
dalam takat suhu yang terlalu rendah. Maka, pegang dindingnya pun sudah terlalu
sejuk. Qu gelak-gelak melihat ragam manusia yang seolah-olah sedang membeli
belah di kutub selatan. Kasyi mencebik.
“ Kau gelakkan akulah ni, ya?” Qu mengusap lembut
belakang Kasyi.
“ Janganlah merajuk. Kau lain. Kau comel je dalam baju
tebal-tebal walaupun nampak macam beruang kutub.” Qu sudah berlari meninggalkan
Kasyi.
“ Qu!” mereka berkejaran sesama sendiri di ruang legar
kompleks itu. Mereka kemudiannya singgah di restoran francais Kubota. Restoran
yang pemiliknya berasal dari Jepun ini sering menjadi pilihan penduduk
Fubotopia. Restoran ini menyediakan makan yang sesuai dimakan oleh manusia dan
robot-robot sama ada robot sahabat, mahupun robot pembantu rumah dengan harga
yang berpatutan!
Berbeza dengan restoran lain, mereka mengasingkan menu
makanan robot dengan manusia. Jelas kelihatan jurang yang ada di situ. Tambahan
lagi, mereka terpaksa mengeluarkan 67Mk untuk satu hidangan. Harga sehidangan
makanan seperti itu cukup untuk membeli robot sahabat lagi satu.
“ Ha, nganga. Aku nak suap kau ni.” Qu nganga mengikut
suruhan Kasyi. Tapi, suapan itu beralih ke arah mulutnya sendiri pula.
“ Kau main tipu ya? Meh, aku sumbat mulut kau.” Qu
menyumbat seberapa banyak suapan ke dalam mulut Kasyi. Geram dipermainkan.
“ Ah, sudah..sudah. Bagilah aku kunyah dulu. Aku tak bawa
Nyame’s aku.” Kasyi berbicara dengan mulut yang penuh. Dia terlupa mambawa
mesin pengunyah makanan miliknya. Mesin itu selalu digunakan penduduk Negara
ini apabila berada dalam situasi kecemasan atau kesuntukan masa.
***
Kasyi baring di atas katil empuk berlapikkan cadar biru
laut. Dia memandang kosong pada siling itu. Lampu sudah di padamkan. Suasana
bilik jadi gelap. Adapun cahaya samar-samar yang masuk dari celah tingkap. Dia
mengiring ke kanan, memandang Qu yang sudah lena. Dia pun sedang di cas
tenaganya. Cahaya kelip-kelip keluar dari plag pengecas.
Kasyi mengeluh. Hatinya masih ada kolong kosong yang tak
terisi. Dia belajar bersyukur mempunyai teman sebaik dan selincah Qu, menemani
kehidupan dia. Tapi, dia sendiri tak dapat memenuhi ruang itu walaupun
kebanyakan masanya dihabiskan dengan Qu. Dia membelai rambut Qu yang terjuntai
ke muka.
“ Qu, aku sayang kau,” Kasyi berbisik sendiri. Dia buntu
dalam mencari sesuatu untuk diisi dalam kekosongan itu. Dia berdiri menghadap
halaman rumah di luar balkoni. Dia menghela nafas panjang.
“ Apa yang kosong sangat ni, sebenarnya?” Kasyi mengeluh
lagi. Tiba-tiba matanya tertarik pada bayangan putih yang dia nampak di balik
batang pokok besar di tepi jalan. Dia menjerit, menarik perhatian bayang itu.
Sujurus itu juga bayang itu terus hilang.
Begitulah yang berlaku selama beberapa hari. Bayang itu
hilang sebaik saja Kasyi memekik memanggil. Malam ini, Kasyi keluar dari rumah.
Dia mahu lihat bayang putih itu dari dekat. Dia tidak takut hantu. Zaman
milenia ini, mana ada lagi hantu seperti pada zaman nenek moyang dia.
Rahang Kasyi terbuka sedikit melihatkan seorang lelaki
kecil sedang menarik rumput di balik pokok besar itu. Perlahan, dia mendekati lelaki
itu.
“ Awak buat apa?” Lelaki
itu sedikit terperanjat mendengar teguran Kasyi. Mukanya
tampak takut-takut.
“ Eh, jangan takut! Saya bukan orang jahat.” Ketenangan
kembali menyimbah hati lelaki itu. Kasyi mulai perbualan antara mereka.
***
Bersambung. Nantikan seterusnya~
3 comments:
Setia menanti ;)
Allah yusahhil alaik
bile nk sambongghhh
huhuuuu
Ada je .sekali tu k.haziyah menang
Post a Comment