25.10.13

Tong sampah


Tong sampah dari segi istilah adalah tepat untuk membuang sampah. Ye tak?
Lazimnya, orang geli dengan tong sampah kerana ia kotor dan menggelikan.
Tapi, Jiji suka tong sampah yang satu ini.

Tak semua tong sampah itu menggelikan dan menyesakkan hidung.
Tong sampah yang ini menyenangkan.
Tong sampah yang ini menenangkan.

Saat Jiji terluka, dia mengubatkan.
Tika Jiji terbeban, dia meringankan.
Kala Jiji buntu, dia menunjukkan.

Terima kasih Allah. Menjadikan dia tong sampah Jiji.
Ahah, dia pernah cakap, " Kau umpamakan aku dengan tong sampah?!"
:)

Teman, sungguh kau tong sampah aku.
Tempat aku membuang semua rasa yang menyesakkan.
Tempat aku membuang semua rasa yang membebankan.
Malah, kau tong sampah bernyawa.
Membalas Jiji sebaiknya.
Jiji beri kau sampah, kau balas dengan hadiah.

Terima kasih Allah.




Jiji cuma nak share kebaikan dia. Ya. Jiji sedang canang kebaikan dia.
Terima kasih, tong sampah.



Sahabat, kau sesungguhnya
Temanku, dikala suka dan lara
Tika kubuntu diselebungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman :)

Jadikan perkenalan aku dengannya kebih mendekatkan aku denganMu, Rabb

Lastly, YOU!
A friend is a garbage to his friend.
Kbye.

3 comments:

Anonymous said...

Sapa tu haziyah

Unknown said...

waahh~ best sgt ada sahabat macam tu.. ^^,

akujie said...

siape ye? uhuk, rahsie, :P
best sgt Lutfy~ :)