28.1.13

Jatuh


Hidup tak pernah selalu tegak dan teguh. Ya. Tak percaya? Cuba berdiri sebelah kaki, kejap lagi jatuhlah tu...hihihi..

Jadi, jatuh apa ni? Macam-macam jatuh boleh dijelaskan dalam post kali ini. Ehem, tapi, kali ni Jiji berkenan untuk cerita tentang jatuh cinta. Ya, cinta.

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Disitu rindu bermula


Rindu? Rindu tu apa pulak?

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu


Lumrahlah semua tu. Cinta. Fitrah yang memang wujud dalam diri setiap individu. cumanya yang membezakannya mungkin apa yang dicintai itu. Sungguh, cinta bukan terbatas pada manusia je! Banyak yang boleh dicintai..

Pada budak sekitar 5-6 tahun, yang dicintainya lazimnya bermain bersama teman-teman.
Bagi pelajar sekolah atau universiti, yang dicintainya selalunya buku-buku dan ilmu. bagi yang dewasa mungkin sudah bercambah cabang cinta dan rindunya itu. Mungkin pada kerjaya, atau pasangan, mungkin juga waris?

Tapi, suka untuk Jiji ingatkan, kita perlu+harus+wajib mungkin, untuk menjadi seorang pencinta dan perindu yang tamak. Tamak? Yelah, tamak.

Tamak sekali sekala tak apa. (=
Tamaklah dalam mencintai dan merindui. Ok, buka minda dulu!
Mejadi kelaziman manusia meletakkan spesifikasi dalam sesuatu benda. Lebih teratur, ya. Dalam skop ini, tak apa kita ambil semuanya.

Jadilah pencinta ilmu selamanya.
Jadilah pencinta permainan selamanya.
Jadilah pencinta pasangan selamanya.
Jadilah pencinta kerjaya selamanya.
Jadilah pencinta Tuhan selamanya.
Jadilah pencinta tegar selamanya.
Cinta ilmu biar sampai ke liang lahad. Itu yang terbaik buat diri dan umat.
Cinta pasangan biar dari sekarang, agar kita tahu wasilah untuk menjaga si dia dari ditarik oleh kita ke lembah hina.
Cinta kerjaya biar dari kecil kerana semua perbuatan adalah kerja dan itu ialah kerjaya kita pada masa tersebut.
Cinta Tuhan jangan hanya terbatas ketika dalam lingkungan masjid atau surau semata. Kerana nikmat yang Dia beri bukan dalam binaan itu sahaja.

Bercintalah, berkasihlah, Allah suka. Jiji pun suka. Jomlah, bercinta. Supaya dapat saling mengingati. Supaya dapat sama-sama share manisnya syurga nanti. Supaya dapat menemui Rasul yang terlalu cinta kita umatnya. Supaya dapat menemui Ilahi, Yang Maha Esa.

p/s : Jiji <3 Kalian!

No comments: