12.10.12

Menulis


Jiji pun tak tahu kenapa Blogger tak nak terlangkah bila Jiji dah post. Hmm,,,
Jadi cerita kali ni berkenaan dia.

Seminggu sebelum kelas intensif bermula.. Jiji rasa dah lama sangat tak jumpa dia.
Tak sangka duduk kat kelas intensif tu. Bersama dia. Mula-mula rasa sedih. Bila menjadi seorang daripada lima orang ahli kelas yang tercampak di kelas intensif kedua. Walhal 21 orang yang lain berada di kelas elit. Jiji rasa kecewa awalnya. Sehinggakan apabila berada di kelas wktu prep, Jiji rasa tak layak berada di kelas itu. Kelas yang sudah lima tahun Jiji pegang namanya.


Tapi, bukankah Allah lebih mengetahui segalanya? Dia aturkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Mungkin bila Jiji tidak berada di kelas elit, Jiji akan melipatkaligandakan usaha untuk mencapai sebelas eplas itu. Mungkin juga sebenarnya Allah mahu Jiji merapatkan hubungan dengan sahabat kelas-kelas lain. Yang selama ini memerlukan sokongan semua sahabat. :-)


Allah knows better. Dia letakkan dia disebelah saya sebagai penguat hati yang lara. Sebagai pengingat buat diri yang kadang terleka. Terima kasih, sahabat. Maaf atas kekuranganku.


Pembaca post Jiji sekalian, bersahabatlah kamu dengan orang. Namun, jangan sekali-kali ,menuntut orang bersahabat dengan kamu. Ok??
Jangan pernah lupa dua orang yang berkasih sayang keranaNya akan mendapat naungan diakhirat nanti. Sungguh, ukhuwah itu indah.


Buat dia, Jiji baca fb tadi. Barangsiapa yang mengasihi sahabatnya, hendaklah dia mengatakan kepada sahabatnya. Oleh itu, Jiji mahu katakan, JIJI SAYANG KAMU!!


Untuk dia lagi sorang, kalaupun dua hari yang mendatang akan menjarakkan kita. It doesn't means we're not friends anymore. Allah sedang uji ukhuwah kita sebenarnya, kan? Oleh itu, Jiji mahu katakan JIJI SAYANG KAMU JUGA!!




No comments: