5.11.11

Mixed Feeling

Firstly, Jiji minta sangat maaf pada semua yang mencari dan ternanti post baru dari Jiji. Jiji cuma fokus untuk exam akhir tahun dan SMA. Jiji bukan MIA~
Alhamdulillah, gembira, suka, dan lega rasanya bila dah habis paper selama sebulan! Lama sungguh exam.
Syukur juga dapat dipertemkan dengan aidiladha lagi untuk tahun 1432H.
Semoga dapat merasa menyambut aidiladha di tanah haram.

Sekarang ni, Jiji betul-betul rasa macam tanak dah balik sekolah. Kenapa?
Sendiri. Rasa sendiri.
Dalam buku tulisan Pahrol Mohd Juoi, Di Mana Dia Dihatiku tertulis sebuah puisi yang bertajuk Bila Bersendiri.
Bila Jiji baca, Jiji rasa tenang sangat.
Ya! Jiji tahu, sebenarnya Jiji tak pernah keseorangan.
Jiji ada Dia. Walaupun Jiji tengah sorang-sorang.

Cumanya, tentu kekadang hati ini mahu seorang teman yang setia. Setia mendengar, membantu, memberi semangat.
Jiji tahu, telinga Jiji yang paling dekat dengan mulut Jiji tatkala tazkirah bertepuk sebelah tangan dalam persahabatan yang Jiji sampaikan kat musolla baru-baru ni.

"Jadilah sahabat kepada orang lain. Jangan pernah menuntut orang menjadi sahabat kita"


Tapi, Jiji cemburu. Jiji jealous sangat dengan mereka yang punya seseorang untuk menemani mereka ke mana pun mereka pergi. Sekurang-kurangnya, taklah jalan keseorangan. Jiji? Kalau ada yang sudi, adalah.

Hari tu, Jiji saja duduk lama-lama kat musolla waktu rehat. Sampai pukul 12, Jiji naik kelas untuk pepar terakhir, BAT1. Sesampainya Jiji kat kelas, tiada sorang pun yang menegur atau bertanya "Dari mana?"
Mungkin mereka sudah boleh agak kat mana Jiji duduk. Entahlah.

Cemburu waktu tengok orang tu sentiasa dengan orang ni. Yang sana pula, dengan orang sini. Tapi Jiji tetap sendiri.
Berkata sebegini bukanlah bermakna tiada siapa yang mengambil berat tentang Jiji. Ada. Malah Jiji sangat menghargai mereka.Thanks a lot to WKNS Co. Mereka yang jadikan hidup Jiji berwarna-warni kat asrama yang satu kaler je tu.

Jiji nak dia selalu kat sisi. Boleh ke?
W=Jauhtakmampudekatselalu.
K=Bezawatakkehidupanpelajar.
N=SeolahtaksukeJijije.
S=Adacumakadangterasadijadikantemanseparuhmasa.
C=Adakalanyabaikkadangkalaentah.

Pertama kali Jiji berahsia mengenai sahabat. Selalunya Jiji open je. Entahlah.
Jiji dah cakap dengan mama,
" Kat asrama ni, kalau kita takde kawan, memang sangat terasa" Yelah, macam melukut kat tepi gantang. Orang tak amek kisah pun kat kita.
"Tapi kalau kat rumah tak pernah rasa camtu" Jiji cakap lagi.

Mama pun membalas.
"Adik beradik kita. Keluarga kita. Memanglah. Kalau kita gaduh pun, muka jugak yang kita pandang hari-hari. Kalau kita bertekak pun, orang tu jugak yang kita cari." Betullah, airyang dicincang takkan putus. Dan Jiji memang takkan boleh samakan KELUARGA dengan KAWAN.

FAMILY ends with ILY which mean I LOVE YOU

Biar bersendiri berserta Ilahi dalam hati, jangan sunyi sendiri kosong sepi dalam diri

3 comments:

zinnirah said...

mmg mixed feeling la ko nie...

Anonymous said...

sedih pulak tetbe..T-T..

Anonymous said...

xpe2..ALLAH sntiasa dsisi..akk kt ad dlm hati..huhu~akk tau ssh..tpi itulah hakikatnya..uhibbuki fillah abadan abada ilal jannah..<3