4.6.10

Cerpen: Diari Seorang Aku

just for my fans..wahaha...(pasan tahap gaban)
enjoy~tp, xbest nih..ilham waktu exam.haha..

4 Jan 20xx, 2310
Hari ni hari kedua aku duduk kat asrama. Tiba-tiba rindu kat rumah. Huhu... Hah! Aku dorm aras 3, blok C. KD aku namanya, Kak Yana. Kawan sebelah katil aku, Shima. Dia baik sangat. Dia satu kelas dengan aku, kelas 1 Anggerik. Best sangat kawan dengan Shima. Dia rock giler!! Hehe.. Sampai sini dulu. Mata dah berat macam ada beban 25kg. Haha.. See~

12 Feb 20xx, 2104
Yeeha.. best sangat!! Tadi kumpulan aku buat pembentangan dengan Shima masa subjek PAI. Gempak!! Huhu.. Aku tak tahulah.. Aku suka sangat Shima. Dia baik sangat-sangat-sangat-sangat. Hahah.. Aku ni, layakkah kawan dengan dia?? Ah, sudah.. Touching lak malam-malam buta ni. Okaylah.. see~

23 Mac 20xx, 2346

Hehe.. aku baru berkenalan dengan kawan kelas sebelah. Aqilah dengan Laila. Tapi, panggil diorang Kay dan Lela. Best ar kawan dengan diorang~ Huhu.. Shima macam tak suka pulak aku kawan dengan diorang. Biar ar.. Berkawan biar beribu,kan??

15 Apr 20xx, 2216
Aku dah giler!! Aku ponteng kelas prep tadi! Dengan Kay dan Lela. Seronoklah pulak. Ahakz.. Tapi, Shima tak tahu. Aku tak bagitahu dia. Dia kan budak baik. Mesti dia marah nanti. Biarlah.. hidup aku.. Aku pun nak enjoy gak. Yeah!!

30 Okt 20xx, 0012
Bapak susah paper last tadi. Tak apalah. Asalkan aku dah buat yang terbaik,kan? Wawawa.. Malam ni kitorang nak gi CC. Dengan siapa? Kay dengan Lela ar.. siapa lagi? Takkan dengan Shima kot? Haha.. Aku nak release tension kejap je.. Sorrylah ye Shima.

31 Dis 20xx, 2336
Boringlah duduk rumah. Jadi, tadi aku keluar dengan Kay and Lela. Kitorang jalan-jalan kat Mid Valley. Best giler kot. Huhu... tapi, tengahari ayah dah tepon suro balik. Adoyai.. Pastu, petang tadi, aku online kejap. Aduss, Shima on lak. Dia tanya aku apa khabar? Berlakon alimla aku. Hahah.. “Alhamdulillah, aku baik je.” Geli giler kot bila teringat balik. Haha.. pastu, dia suruh aku belajar. Belajar?? Aku dah penat belajarlah. Result teruk aku masa exam last year tu masih boleh buat aku masuk u. Tak payah susah-susah study cam ko, Shima! Okeyh, banyak pulak aku menceceh..

15 Mac 20xy, 2258
Mencabar giler kot jadik dak form 2. Senior semua tak suka aku, weh. Ah, lantak ar. Tak effect aku pon. Aku ada Kay dengan Lela. Sekarang, kitorang ada ahli group baru, Min. Shima jadi pengawas. Alah, biasalah tu. Dia budak baik. Semua senior suka dia. Lantak kaulah. Hidup kau, kau, hidup aku, aku! Yang pasti aku dah tak satu dorm dengan dia so aku tak perlu dengar ceramah dia hari-hari.

23 Mei 20xy, 2300
Aku kat rumah ni. Aku kena tangkap dengan Cikgu Mahadi, cikgu disiplin giler tuh. Kerja Shima ar tuh. Si kaki report. Adoyai.. Orang tak pergi prep pun nak marah. Suka hati ar orang nak pegi ke tak. Belajar kan tak boleh paksa. Pastu, cikgu tepon abah. Tak cukup kena bebel kat sekolah. Kat rumah tambah-tambah ceramah mak. Aduih.. panas telinga aku.

30 Mei 20xy, 2345
Siapa sangka bebelan panjang mak tu sebenarnya yang terakhir? Aku sendiri tak pernah sangka. Mak, maafkan kakak. Kakak salah.. Kakak janji tak nak jadi jahat lagi. Kakaklah penyebab mak pergi dulu. Kakaklah jugak yang buat darah mak naik mendadak. Kan, mak? Ya Allah, hukumlah aku atas kesalahan aku ni. Aku bodoh! Aku pembunuh! Ampunkan aku! Jahatnya aku~ aku tahu semuanya dah terlambat. Abah pun pandang serong kat aku. Kay, Lela, Min pun dah jauhkan diri dari aku. Bukankah sepatutnya diorang yang kena naikkan semangat aku? Kenapa aku dibuang waktu aku kecewa teramat sangat ni? Berdosanya aku, Ya Allah.

15 Ogos 20xy, 2125
Aku bersyukur abah masih terima aku. Aku tak dapat bayangkan betapa peritnya hati ayah kehilangan orang tersayang disebabkan orang yang dia sayang. Semalam, waktu abah hantar aku balik asrama, abah cakap “ kakak, belajar betul-betul kat sekolah. Abah nak kakak berjaya. Abah tahu kakak anak yang baik. Jangan terpengaruh dengan kawan-kawan yang tak baik,ya? Kakak kena jadi contoh kat adik.” aku tak tahan dah. Aku nangis kat situ jugak. Aku teringat mana kawan-kawan yang r apat dengan aku? Kay, Lela, Min.. Aku salah pilih kawan kot. Sekarang seriously, aku rindu kat mak. Mak..ampunkan kakak. Aku janji aku akan bagi abah kejayaan!

10 Okt 20xy, 2315
Esok mula exam last year. Kali ni, aku yakin aku akan buat yang terbaik! Aku akan bagi abah result yang terbaik. Kay, Lela dengan Min dah lama tak 'bergerak' dengan aku. Biarlah. Aku dah tak nak terpengaruh dengan benda-benda tak baik lagi. Abah, tunggu result terbaik dari kakak tau! Doakan kakak banyak-banyak!!

20 Okt 20xy, 2145
Tadi, aku tepon abah. Abah tanya macam mana exam. Ehehe.. aku cakap oke je. Aku rasa, kali ni aku akan dapat result yang lebih baik daripada sebelum ni. Insya allah.. Huhu... Abah kata..kalau aku dapat result cemerlang, abah nak bagi hadiah. Aku tanya ape tapi abah tak jawab. Abah kata nanti, lepas dapat result. Tapi, kalau aku tak dapat result baik macam mana? Takpe.. yakinlah boleh!!

27 Okt 20xy, 2257
Huargh...nantok. Tapi, aku nak tulis jugak. Nak cerita...aku dapat nombor 3 dalam kelas!! Dalam form, aku dapat nombor 6. Peratusnya 84.6%. aku dah tepon abah tadi. Tapi, aku tak bagitahu lagi. Aku cakap abah tengoklah waktu hari abah datang nak ambik result. Tak sabar nak tengok muka hepi abah sebab result aku! Eheheh...ok2..nantok dah ni...


***

' Mana abah ni?' Aku tak sabar menanti abah. Abah kata nak datang pukul 10. Tapi, sekarang dah pukul 12. 'Kalau abah tak datang, macam mana aku nak balik akhir tahun?',hatiku bertanya lagi. Namun, ku tenangkan hati. Novel karya Aisya Sofea ku keluarkan dari beg. Tiba-tiba, pintu kelas diketuk. 'Cik Adah?' Aku melihat makcik aku, adik abah.

“ Cik Adah, kenapa datang ni?”
“ Acik wakil abah kamu. Macam mana keputusan kamu?”
“ Kat cikgu.” jawabku. Aku masih mamai.
“ Acik, mana abah?” Tapi, Cik Adah tak menjawab. Dia terus menuju ke meja cikgu untuk mengambil keputusanku. Kemudian, dia suruh aku mengambil barang-barang selepas mengucapkan tahniah. Aku hanya tersenyum dan terus bergerak pantas tanpa berkata apa-apa.

' Mungkin abah nak buat surprise kat aku, kot.. Abah..Abah...' bisikku. Aku hanya tersenyum panjang menantikan surprise dari abah. Tak sabar sungguh rasanya. Ku lihat Cik Adah tenang memandu. Tiba-tiba dia menyimpang ke simpang yang menuju ke hospital.

“ Kenapa lalu sini, Cik Adah?” Dia hanya diam membisu. ' Cik Adah ni, tak nak jawab pulak'
Aku hanya diam memikirkan kenapa..kenapa..dan kenapa dia menuju ke hospital.

Kami bergerak menuju ke tingkat 7. Aku nampak Hairil, adikku.
“ Eh, Aril. Kenapa ada kat sini?” Matanya nampak bengkak. Mungkin dia menangis. Dia menuding jari ke arah katil nombor 15.
“ ABAH!!!!” aku meluru ke katil tersebut.

“ Kenapa dengan abah, Cik Adah?”
“ Abah kamu kemalangan pagi tadi,”balas Cik Adah.
“ Kenapa Cik Adah tak ambil Rin awal-awal?!'
“ Abah kamu tak bagi. Dia cuma pesan suruh ambil kamu lepas pukul 11,”
“ Abah, bangunlah. Kakak nak tunjuk result kakak ni,” aku hanya menggenggam erat tangan abah. Tangan Hairi turut ku pegang sama. Erat..

Tiba-tiba, kulihat tangan abah bergerak.
“Abah! Cik adah, abah bergerak!” Cik Adah menuju ke katil abah. Dia terus menekan butang untuk memanggil doktor.
“ Kakak..”ujar abah lemah. Aku hanya tersenyum. Tanganku masih belum melepaskan tangan abah.cuma tangan Hairil ynag sudah ku lepaskan.
“ Ya, abah. Kakak ni,”
“ Macam mana keputusan? Cemerlang tak?” Aku hanya mengangguk. Slip keputusan aku keluarkan dari poket baju sekolah. Lantas, ku tunjukkan pada abah. Abah tersenyum.
“ Sori, bah. Dah keronyok-keronyok. Hehe..” Sesungguhnya aku terlalu gembira melihat senyuman abah.
“ Abah tahu kakak sebenarnya pandai, kakak je yang...” tiba-tiba nafas abah ditarik panjang. Aku cemas. Mujur waktu itu, doktor tiba. Aku cuba memberi ruang kepada doktor untuk memeriksa keadaan abah. Tapi, semakin erat pula tangan abah memegang tanganku. Aku menurut. Aku berdiri disebelah katil abah.

Aku berdoa panjang sambil memejamkan mata. Tak sanggup ku pandang keadaan abah sebegini. Sayup-sayup kudengar kalimah 'Allah'. Tiba-tiba, tanganku dilepaskan.
“Abah!!!” berjuraian air mataku jatuh. Hairil juga sama.

***

Aku mengemas bilik tidur abah dan mak. Tiba-tiba mataku terpandang akan sekeping kertas. Aku mengambil dan membacanya.
' PAKEJ PERCUTIAN KE LANGKAWI UNTUK 3 ORANG
30 OKTOBER 20XY'
Mutiara jernih mengalir lagi. Mujur aku sempat menunjukkan keputusanku kepada abah sebelum abah pergi. Terima kasih, abah..Maafkan kakak..

2 November 20xy, 2156

Aku tahu mungkin semua yang berlaku ni ujian dari Allah. Dari mula pemilihan kawan yang salah sehingga begini akhirnya. Aku tak salahkan kawan-kawan aku. Sebab, aku sedar aku yang salah. Tulah kau, Rin. Degil! Keras kepala! Susah sangat nak dengar benda baik. Shima.. mak dah cakap dari awal lagi kau kawan yang baik. Tapi, itulah yang aku lepaskan. Hurm.. nasi sudah jadi bubur, Rin. Sekarang aku tinggal dengan Cik Adah. Apa yang aku ada sekarang hanya Aril. Satu-satunya adik aku. Aku tekad akan berubah. Bantulah aku, Ya Allah...

2 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

nice story dear
btw..mcm mana mak die leh 'pergi' kerana dia

Nurul Husna said...

cantik rentetan story awak ..