2.2.11

sudah

Izinkan hati berbicara seusai tidak beberapa ketika meluahkan.

Isnin, 31 Januari 2011
5 lagi pelajar tingkatan 4 pergi, mengorek ilmu di tempat berbeza, yang bukan SAMBEST.

FIQ - INTERGOM
NAJIHAH - KISAS
KAUTSAR - SBPI JEMPOL
ANA - MRSM JASIN
AZEE - SERI PUTERI KL


Kenangan bersama jangan dilupa eh?
Fiq, lepas ni, tade sape nak mengecohkan suasana lagi. Tade lagi indie. Hujan~
Najiha, bantuan, nasihat. Kadangkala, penguat semangat. tiada~
Kautsar, walaupun tak berapa rapat, kau tetap kawan aku. Kenangan time f1f2, jgn lupa taw!
Ana juga. terasa kosong, bila tak lengkap~
Azee,, tade lagi macik, nenek~ zeezot,, tade lagi pengejek aku pendek~

Jiji tak menghalang. Jiji mahu korang cari ynag terbaik untuk korang.
Semoga terus sukses walau di mana-mana pun kita semua berada.
Jangan pernah lupa Sambest.
Sambest tetap best!!

Trimas atas semua kenangan.
Suka duka yang dikongsi bersama.
Tawa ria, senda duka.

"jauh adalah ruang yang memisahkan
membuatkan dua jiwa terpisah
menjadikan hati resah
melahirkan rindu yang tak sudah
namun
jauh membuatkan persahabatan kita bertambah indah"

Tidak lupa juga, kawan-kawan yang terlebih dahulu melangkah kaki keluar dari sekolah tersayang,,
ASILAH-AIN ROSLI-WANI-QILA HASBI-MIDA-ZATUL LAILI-NAJWA

dengar sini kalian!!!
ukhuwah kita ukhuwah fillah!
DOA. DOA ADALAH PENGHUBUNG YANG PALING KUAT!

Salinglah kita mendoakan untuk kejayaan bersama~
Sukses selalu!!









26.12.10

Apakah??

Maaf~
Mood untuk kali ini adalah EMO~
Kenapa?
Adakah tentang result PMR?

Bukan. Jiji bukan nak bercerita tentang result.
Jiji mahu berkongsi rasa.
Yang selama ni Jiji pendam.

Baru sekejap tadi, Jiji menelefon Ustaz Zaidi.
Bertanyakan tentang surat perletakan jawatan.
Ya! Letak jawatan.
Jiji tekad. Insya allah ini keputusan terbaik Jiji.

Entahlah. Rasa hati Jiji membisikkan untuk melepaskan dulu amanah Allah yang berat tu.
Jiji terbaca dalam blog Rasyiqah,
SIFAT2 PEMIMPIN

Sungguh, Jiji belum cukup bersedia. Untuk ditarbiyah.
Untuk abang2 dan kakak2 kem Nurturing The Little Caliph,,
Jiji bukan tak mahu ditarbiyah.
Jiji cuma belum bersedia ditarbiyah.

Maaf..
Kawan2.. Jiji terpaksa meninggalkan kepimpinan pengawas dulu.
untuk kemaslahatan diri sendiri.
Dan orang lain.

Walaupun Jiji akan mengurangkan lagi jumlah kepimpinan tingkatan 4,
Jiji tahu. Tapi, Jiji terpaksa.

Sebenarnya, Jiji masih lagi terasa dengan tindakan yang cikgu ambil.
Pengawas tingkatan 4 hanya 17 orang??
Jiji bukan membantah. Tapi, tidakkah jumlah itu terlalu sikit daripada yang sebelum ini?
Pengawas tingkatan 5 pula 40 orang lelaki campur perempuan?
Bukankah itu terlampau?
Akhir tahun nanti, kepimpinan akan diserahkan kepada tingkatan 4 kan?
Macam mana kalau ada yang nak pindah?
Belum ditolak yang terpaksa keluar, kan?
Maaf, Jiji bukan gila kuasa. Bukan gila pangkat.
Jiji cuma terasa.


Adik2 tingkatan 2 dan tiga pula.
Cuma 16 pengawas tingkatan 2 dan tiga untuk menjaga pelajar menengah rendah?
Cukupkah?
Kuatkah mereka yang masih terlalu mentah itu?

Maaf Jiji pertikai.
Jiji tak tahu.
Cikgu2 memang tak suka form kami, ya?
Cikgu, jangan pernah membenci kami.
Kami pelajar yang mahu menuntut ilmu dari cikgu.
Kalau cikgu membenci, sampaikah ilmu itu kepada kami?

Macam tader kena-mengena,kan?
Biarlah. Walaupun mungkin Jiji sorang yang rasa.
Jiji tetap terasa.

Jiji tahu mesti ada senior yang membaca blog ini.(ade kot)
Pasti mereka akan menyangka yang bukan2 tentang Jiji.
Maaf sekali lagi, Jiji cuma meluahkan apa yang Jiji rasa.
Daripada Jiji terus berdendam, baik Jiji luahkan.

Jiji bukan terbaik untuk berkata tentang orang lain.
Jiji cuma mengharapkan yang terbaik dari orang lain.
Jiji belum bersedia.

Rasyiqah, Najihah, Alya, Kamili, Azimah, Khaulah, Azlin, Nabihah, Zahra.
Kamu semua janganlah pindah walaupun keputusan kamu bagus2.
Berbaktilah untuk sambest.
Bantulah kepimpinan tingkatan 5 tahun hadapan.
Cuma Jiji mahu undur diri.
Jiji belum bersedia.

Untuk Naji, yang bersungguh2 menghaap Jiji terus berjuang, maafkan Jiji.
Naji, aku masih terasa. Aku takut kalau aku masih menjadi pemimpin, aku akan menjadi pemberontak yang utama~ aku harap ko faham.

16.12.10

Ini Bukan Jiji

Mama..
jiji takut..23hb tarikhnya. Termaktub sudah.

Apa makna mimpi tu? Wahai hati, tenanglah..
Apa maksudnya bila dua kali sudah mimpi buruk itu terjadi?
Ah...fikiran sekarang kacau!

Hati, tenanglah..
Ini bukan Jiji yang dulu..yang kuat..salu wat lawak..bodoh2..kan?
Bukan...sape ni senanye..?? Hati yang sangat risau, pergilah dari aku.

Ayah kata, " Doa je banyak2. Insya Allah.."
Mama pula, " Insya allah, yakin je.."
Dia(1) kata, " Mimpi bukan realiti. Kalaupun tak bjye skrg, insya allah bjye mse akn dtg. kalau tak bjye pun tu sume ujian dr allah"
Dia(2) bicara, " Boleh, kite sume dah buat yang terbaik kan?"

Hati bicara, " Kalau Jiji tak dapat 9A, Jiji tak nak jadi Kp lagi!

Trimas kpd sahabat yg mendengar gusarnya hati masa sblum kita pergi Kem Nurturing The Little Caliph tu.. Rasyiqah, Najiha, Zahra.. Tenx a lot!

Tapi, hati ni tetap gusar. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Apa yang terbaik untukku.

Boleh ke kita jadikan alasan tak dapat 9A dengan tak nak jadi KP?
Jujur-sejujur-jujurnya,,,,
Jiji belum bersedia~

Maaf akak-akak yang bakal memimpin kalau-kalau Jiji terpaksa meninggalkan dunia kepimpinan. Maaf juga kepada teman-teman kalau-kalau Jiji terpaksa tidak menjadi sebahagian drpd kamu semua.

Semoga kamu semua tabah dan kuat menghadapi dugaanNya. Jiji..Nak undur diri, boleh?
Doakan yang terbaik untuk Jiji, eh?