Showing posts with label kawan.. Show all posts
Showing posts with label kawan.. Show all posts

7.11.14

Cerpen : Qu, Sahabat! ( Bahagian 1 )


Dah lama rasanya tak update belog kesayangan ni ha.

Tentang Penulisan Jiji
Jiji dulu rajin sertai pertandingan penulisan. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri, Pertandingan Menulis dalam Tulisan Jawi.
Tapi, sebab sijil penyertaan tak sampai kat tangan Jiji, Jiji jadi putus asa. *sigh

Hujung tingkatan lima, cuti panjang tu, Jiji sertai Sayembara Penulisan kategori cerpen anjuran ITBM-BH-PENA.
Pun! Sijil penyertaan tak sampai kat tangan. lagilah putus asa.

Tapi, takpe. Jiji dah sambung asa balik. Lalu, Jiji mempersembahkan antara cerpen yang Jiji hantar untuk Sayembara Penulisan ITBM-BH-PENA. Rasa nak gelak dengan hasil tulisan tanga yang belum matang. Boleh bagi kritikan membina ya siapa-siapa, :)

***


Kasyi memandang kalendar masihi. 23 Februari 2052. Sudah 18 tahun dia hidup di bumi millenia ini rupanya. Langsung, dia bertapak menuju ke meja makan. Dia pasti, baba dan mamanya sudah menanti di meja makan berserta hadiah sempena hari lahirnya.
Senyuman tak lekang dari bibirnya. Dia melihat wajah mama dan babanya begitu berseri-seri. Di sisi mereka terdapat satu kotak besar setinggi dia.
“ Happy birthday, sayang!!” Mama dan baba mengucapkan selamat serentak. Dia sangat gembira.
“ Marilah, kita sarapan dulu. Lepas tu, kita buka hadiah ni sama-sama, ya?” ujar baba. Kasyi mengangguk laju. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk melihat isi kotak gedabak itu. Bihun goreng Singapura yang selalu menjadi kesukaannya seolah tidak mampu membuka seleranya untuk menambah pagi itu. Dia asyik terfikirkan kandungan kotak besar yang berbalut kertas jalur hijau kuning. Di atasnya ada reben merah. Matanya asyik menjeling pandang pada kotak itu.
“ Sayang, tambahlah. Makan dulu. Tak lari hadiah tu,” Mama menegur anaknya yang sudah tak betah disuruh tunggu sedangkan hadiahnya sudah berada di depan mata. Baba cuma senyum melihatkan tingkah dua beranak itu.
Pinggan dan cawan sudah diangkat oleh Panika, pembantu rumah bahagian kekemasan dan kebersihan. Kasyi senyum lebar. Kertas pembalut yang cantik itu dia buka gelojoh. Melihatkan kotak yang terdapat gambar gajet itu, Kasyi bertambah gembira. Dia mengoyak kotak itu pantas. Kini, di hadapannya berdiri seorang lelaki. Bezanya lelaki dihadapannya robot dan dia manusia.
Menjadi kelaziman semua keluarga menghadiahkan sebuah robot kepada anak mereka apabila mencecah usia 18 tahun. Ini merupakan idea syarikat pemaju terbesar di negara Fubotopia. Maklumlah, semua keluarga dalam negara ini mengamalkan perancangan keluarga. Bagi mereka, mempunyai seorang anak sudah terlalu ramai kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja dan hal-hal dunia.
Jadi, ciptaan seorang pemikir dalam syarikat tersebut sangat laku. Lebih-lebih lagi, apabila pakar kaunseling mengatakan peningkatan masalah jenayah dalam negara maju itu adalah berpuncakan kesunyian anak-anak.
Mana tidaknya. Kehidupan sekarang begitu canggih. Masing-masing sibuk hal sendiri. Mereka tidak berminat dengan aktiviti kemasyarakatan. Mereka begitu memandang remeh pada hubungan dengan manusia. Nah! Nyata, sejak tiga tahun yang lalu, mulanya penjualan Robot Sahabat selepas tersebarluas penjualan Robot Pembantu Rumah, masalah jenayah sudah menurun statistiknya.
“ Terima kasih, Baba! Terima kasih, Mama!” Kasyi memeluk kedua-dua ibu bapanya dalam penuh kegembiraan. Mulai hari ini, dia tidak keseorangan lagi. Namun, jauh di sudut hati Kasyi, terdapat kekosongan yang masih belum terisi. Dia menghiraukan perasaan itu.
“ Mama, Baba, Kasyi naik dulu, ya?” Kasyi tersenyum. Dia memegang tangan Robot Sahabatnya itu. Dia mahu menyusun atur setting robotnya sendiri.
Dia menekan punat yang terdapat dibelakang tengkuk robotnya. Badan belakang robot itu terbuka. Kasyi tidak terkejut melihat beribu-ribu mungkin punat yang begitu halus seperti itu. Dia mengambil macrospec, satu-satunya ciptaan moden seorang wanita. Dari sebalik cermin itu, dia boleh melihat punat-punat halus tadi dengan jelas dan mudah. Hanya pakai seperti memakai cermin mata biasa.
Usai berpuas hati dengan setting yang dilakukan pada robotnya, dia menutup kembali belakang badan robot itu. Butang on ditolak ke atas.
“ Uish, sejuknya..” Robot itu bersuara. Kasyi terpegun. Dia tersenyum.
“ Jadi, awak nak nama awak apa?” Kasyi memberi kebebasan kepada robot itu memilih namanya sendiri. Robot itu menggaru-garu kepalanya.
“ Tak kisahlah. Saya kan dicipta untuk hilangkan kebosanan dan kesunyian awak. Terpulanglah awak nak bagi nama apa pada saya.” Robot itu tersenyum.
“ Well,well,well… Jadi, mulai saat ni, saya panggil awak Qu! Boleh?” Robot itu mengangguk. Dia senyum panjang. Nampaknya, dia suka dengan nama itu.
“ Tapi, saya tak tahu nama awak siapa,” Robot itu menunduk. Kasyi tersengih melihat tindakan robot itu. Takkanlah cuma tak tahu nama, dia perlu sedih sebegitu rupa? Robot…
“ Saya Kasyi Karina. Panggil Kasyi je,” Qu kembali tersenyum.
“ Kasyi, saya sejuklah. Awak tak nak bagi saya baju?” Kasyi angkat kening sebelah. Dia memandang Qu dari atas ke bawah berulang kali. Jari telunjuknya diketuk-ketuk ke dahi, tanda dia sedang memikirkan sesuatu.
“ Lomie, oh Lomie!! Naik bilik Kasyi kejap!” Kasyi menjerit nama pembantu rumahnya, yang juga robot, bahagian fesyen dan dandanan.
***
            “ Jom!” Kasyi menarik  tangan Qu menuju ke dalam Nutty itu. Nutty adalah sejenis bilik kecil yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan hiburan seperti jakuzi, kolam renang, bilik karaoke dan sebagainya. Hampir setiap rumah mempunyai bilik itu. Rumah Kasyi pun ada satu. Tapi, dia memilih untuk menggunakan Nutty yang ada di bandar untuk kegunaan awam.
            Dia hendak berduaan, menghabiskan masa dengan Qu. Lagipun, apa guna ada kawan kan? Jika dahulu, dia sering terkurung di dalam rumah. Mama dan babanya benar-benar berkeras tidak membenarkan dia keluar dari rumah bersendirian. Malah, dia juga tak dibenarkan keluar walaupun bertemankan pembantu rumah mereka dari bahagian riadah dan rekreasi.
            Kasyi berperasaan aneh dengan arahan rigid mama dan babanya. Dia jadi kebosanan di rumah. Mama dan babanya sibuk mengurus syarikat mereka sendiri, syarikat kenderaan solar dan elektrik. Masa kini, petroleum sudah tinggal cuma beberapa. Jadi, petrol tidak dapat digunakan lagi sebagai bahan api dalam kenderaan.
            “ Ah, panaslah!” Qu menegur. Takat suhu  di bahunya sudah merah. Kasyi tersenyum.
            “ Nama pun jakuzi, memanglah panas. Tak apa, lepas ni kita terjun dalam kolam renang ya? Aku pun tak nak kau meletup kat sini. Nanti, tak ada siapa-siapa yang boleh temankan aku jalan-jalan macam ni.” Senyum.
            Usai berenang di dalam kolam renang, mereka menuju ke Hydro Complex untuk membeli belah. Beratus-ratus kedai terdapat dalam kompleks membeli belah ini. Mahu tahu rahsia di sebalik nama kompleks ini? Kompleks ini adalah satu-satunya binaan yang nyaman suasananya dengan kesejukan semulajadi. Lantai kompleks ini hanya dilapisi kaca nipis dan di bawahnya air sungai yang mengalir dari kaki bukit.
            Dindingnya pula menggunakan batu biru yang diperbuat dalam takat suhu yang terlalu rendah. Maka, pegang dindingnya pun sudah terlalu sejuk. Qu gelak-gelak melihat ragam manusia yang seolah-olah sedang membeli belah di kutub selatan. Kasyi mencebik.
            “ Kau gelakkan akulah ni, ya?” Qu mengusap lembut belakang Kasyi.
            “ Janganlah merajuk. Kau lain. Kau comel je dalam baju tebal-tebal walaupun nampak macam beruang kutub.” Qu sudah berlari meninggalkan Kasyi.
            “ Qu!” mereka berkejaran sesama sendiri di ruang legar kompleks itu. Mereka kemudiannya singgah di restoran francais Kubota. Restoran yang pemiliknya berasal dari Jepun ini sering menjadi pilihan penduduk Fubotopia. Restoran ini menyediakan makan yang sesuai dimakan oleh manusia dan robot-robot sama ada robot sahabat, mahupun robot pembantu rumah dengan harga yang berpatutan!
            Berbeza dengan restoran lain, mereka mengasingkan menu makanan robot dengan manusia. Jelas kelihatan jurang yang ada di situ. Tambahan lagi, mereka terpaksa mengeluarkan 67Mk untuk satu hidangan. Harga sehidangan makanan seperti itu cukup untuk membeli robot sahabat lagi satu.
            “ Ha, nganga. Aku nak suap kau ni.” Qu nganga mengikut suruhan Kasyi. Tapi, suapan itu beralih ke arah mulutnya sendiri pula.
            “ Kau main tipu ya? Meh, aku sumbat mulut kau.” Qu menyumbat seberapa banyak suapan ke dalam mulut Kasyi. Geram dipermainkan.
            “ Ah, sudah..sudah. Bagilah aku kunyah dulu. Aku tak bawa Nyame’s aku.” Kasyi berbicara dengan mulut yang penuh. Dia terlupa mambawa mesin pengunyah makanan miliknya. Mesin itu selalu digunakan penduduk Negara ini apabila berada dalam situasi kecemasan atau kesuntukan masa.
***
            Kasyi baring di atas katil empuk berlapikkan cadar biru laut. Dia memandang kosong pada siling itu. Lampu sudah di padamkan. Suasana bilik jadi gelap. Adapun cahaya samar-samar yang masuk dari celah tingkap. Dia mengiring ke kanan, memandang Qu yang sudah lena. Dia pun sedang di cas tenaganya. Cahaya kelip-kelip keluar dari plag pengecas.
            Kasyi mengeluh. Hatinya masih ada kolong kosong yang tak terisi. Dia belajar bersyukur mempunyai teman sebaik dan selincah Qu, menemani kehidupan dia. Tapi, dia sendiri tak dapat memenuhi ruang itu walaupun kebanyakan masanya dihabiskan dengan Qu. Dia membelai rambut Qu yang terjuntai ke muka.
            “ Qu, aku sayang kau,” Kasyi berbisik sendiri. Dia buntu dalam mencari sesuatu untuk diisi dalam kekosongan itu. Dia berdiri menghadap halaman rumah di luar balkoni. Dia menghela nafas panjang.
            “ Apa yang kosong sangat ni, sebenarnya?” Kasyi mengeluh lagi. Tiba-tiba matanya tertarik pada bayangan putih yang dia nampak di balik batang pokok besar di tepi jalan. Dia menjerit, menarik perhatian bayang itu. Sujurus itu juga bayang itu terus hilang.
            Begitulah yang berlaku selama beberapa hari. Bayang itu hilang sebaik saja Kasyi memekik memanggil. Malam ini, Kasyi keluar dari rumah. Dia mahu lihat bayang putih itu dari dekat. Dia tidak takut hantu. Zaman milenia ini, mana ada lagi hantu seperti pada zaman nenek moyang dia.
            Rahang Kasyi terbuka sedikit melihatkan seorang lelaki kecil sedang menarik rumput di balik pokok besar itu. Perlahan, dia mendekati lelaki itu.
            “  Awak buat apa?” Lelaki itu sedikit terperanjat mendengar teguran Kasyi. Mukanya tampak takut-takut.
            “ Eh, jangan takut! Saya bukan orang jahat.” Ketenangan kembali menyimbah hati lelaki itu. Kasyi mulai perbualan antara mereka.

*** 

Bersambung. Nantikan seterusnya~

25.10.13

Tong sampah


Tong sampah dari segi istilah adalah tepat untuk membuang sampah. Ye tak?
Lazimnya, orang geli dengan tong sampah kerana ia kotor dan menggelikan.
Tapi, Jiji suka tong sampah yang satu ini.

Tak semua tong sampah itu menggelikan dan menyesakkan hidung.
Tong sampah yang ini menyenangkan.
Tong sampah yang ini menenangkan.

Saat Jiji terluka, dia mengubatkan.
Tika Jiji terbeban, dia meringankan.
Kala Jiji buntu, dia menunjukkan.

Terima kasih Allah. Menjadikan dia tong sampah Jiji.
Ahah, dia pernah cakap, " Kau umpamakan aku dengan tong sampah?!"
:)

Teman, sungguh kau tong sampah aku.
Tempat aku membuang semua rasa yang menyesakkan.
Tempat aku membuang semua rasa yang membebankan.
Malah, kau tong sampah bernyawa.
Membalas Jiji sebaiknya.
Jiji beri kau sampah, kau balas dengan hadiah.

Terima kasih Allah.




Jiji cuma nak share kebaikan dia. Ya. Jiji sedang canang kebaikan dia.
Terima kasih, tong sampah.



Sahabat, kau sesungguhnya
Temanku, dikala suka dan lara
Tika kubuntu diselebungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman :)

Jadikan perkenalan aku dengannya kebih mendekatkan aku denganMu, Rabb

Lastly, YOU!
A friend is a garbage to his friend.
Kbye.

9.7.13

Kisah Kita


In the name of Allah I begin

Ok, ma ajmala tuyur~ ^^
Seronoknya menaip, dah lama tak buat kerja nih. *angkatkening

Salam Ramadhan semua!!
Semoga berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan baik dan mumtaz! :)

Ini kisah kami.
Well, a picture paints of thousand words~


Ini kami yg terdiri daripada Syafiqah, Atikah Husna, Ukhti Atiqah dan Jiji~ <3 p="">Tanpa Hidayu.

ahli ghurfah B 04



Musyrif kami, Ustaz Siddiq Ahmed Siddiq.
Baskawit arabiy beliau yang terhebat~
Jiji jadi terkenal sebab biskut arab tuh, duhai..

Sebenarnya ada kisah hebat di sebalik biskut arab tu.
Tapi, biarlah kisah itu tersimpan dalam kenangan Jiji sendiri, dengan Abror mungkin~ Haha..
Dan rahsia itu sebenarnya diketahui Hanis tanpa sedar.



Majmuah sibawayh yg sentiasa dikenang. Eceh..
Jiji ingat lagi masa mula-mula taaruf tu. Dahlah kalut tak reti ngomong arab, dah tu Jiji pulak yg kena start kenalkan diri. Tahapehape, :P

majmuah sibawayh~

Ini sebahagian dari gadis-gadis sibawayh yang terjun ke sungai. Takde sape-sape tau, kami-kami je. Seronok~ ^^
Batak(kaumorgasli) sungai macam tulah,, :D

sungai selepas hujan

Ini lagi satu peristiwa. Kami dah chop sungai hari tu. Tambahan lagi, hari tu sepatutnya turn akhowat pergi sungai. Kami dah get ready bawak semua makanan nak rehlah.

Tiba tiba murakibah, ukhti Maryam habaq, ikhwah nak pergi sungai.
Memandangkan kami golongan yg sedikit, kami terpaksa naik, dan rehlah di tepi lungkang saja.
Haila encik ikhwah~ 

rehlah faqat2


Ini wakil kumpulan kami untuk musabaqah khutbah (syarahan). Nama beliau Akmal. Ok, dia abang Hanis.Sebab nama ayah mereka sama. ^^

Dari dia, Jiji belajar satu perkara.
" Kau jangan senang sangat percaya orang,"
Itu kata-kata dia yang paling sentap sekali. Yup, walaupun perilaku dan peribadi seseorang tu nampak 'macam' baik, janganlah kita senang-senang nak percaya dia kan?
Syukranlah encik Akmal. :)



akmal

Ha, kalau Hanis ada akh. Jiji ada abi~ ^^
Tu, encik sebelah tu, nama dia Hatta, sama macam ayah Jiji!
Ok mengada je. Haha.
Ni latihan musabaqah akhbar, pesertanya Shafiyah dan Hatta. Ehem, dua dua pergi muktah tau!
Tengoklah mereka tu, bagai pinang dibelah-belah kan? *sediakenatumbuk

shafiyah dan hatta

Ini musabaqah debat!
Pertandingan yang tergempak sekali. Masa inilah Jiji tahu, oh..sebenarnya dia hebat ni dan ni..
Ini pusingan yang ketiga. Tajuknya : Kehidupan dibandar lebih baik.
Malangnya, kami di pihak kerajaan tewas. La baks, fihi khair~

Tepuk tangan untuk majmuah ibn aqil yang takda rehat langsung tapi berjaya membolot takhta juara! *clapclap.
Tapi, pendebat terbaik dari grup kami, lalala~
 #sori falihah, tak masukkan gambar jaulah awwal~ hewhew..

Credit to : jurukamera, Mr A

abror azimah hairi

tu majmuah kami~
munazoroh jaulah ketiga

Ini muka-muka pembaca syair untuk musabaqah tersebut.
Tahniah kepada mereka, mereka buad yang termantap sekali kot, tapi, ya, Jiji masih belum menemukan punca kepada kami selalu tak dapat markah banyak. 

Ana..lan a3isya musyarada~ hewhew..

hanis sarah rasyiqah


Ini jamuan antara kami. Kami makan KFC, pizza hut dan tu jela~
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan musykilah yang terbit hingga kami menunda jamuan kami pada waktu makan tengahari hari sabtu.

Hal ini kerana *ayatskema, dikatakan makanan di dewan makan tengahari itu adalah punca keracunan makanan yang berlaku.
Hamdan lillah~

haflah si hero

kad utk ustaz

Bagi kami, inilah malam yang dinanti, malam penutupan. Jiji happy sangat malam tu.
Rupanya, di sebalik kegembiraan tu, Jiji tak tahu ada yang sakit-sakit perut~
Termasuklah encik emcee malam tu.
Mujur cik emcee kuat dan tabah! ^^

Tapi, over all, majlis itu hebat dan mantap! Tepuk tangan untuk AJK Majlis Penutup :)



Habis sebulan di daurah di Ulu Yam, kami meneruskan perjuangan di ILDAS.
Mula-mula tengok tentatif tu rasa macam nak menangis.
Ceramah, ceramah dan ceramah. Rasa bersyukur sangat duduk kat daurah, at least petag boleh tido. Hehe.

Tapi, takdelah syadid mana pun. Semua ok~
Kami main basikal sama-sama. *walaupun tayar pancit~
Kami masuk sauna sama-sama.
Kami pergi musolla sama-sama.
Kami tidoq dalam audi sama-sama. ^^
Eh, syok tau kat sana~ Along pun jeles, haha.

ILDAS menjemput~

Ini yang hebat sekali, kisah rahsia kami tersemat dalam hati sentiasa~
Walaupun jelas asobiyah sedikit disitu.

Miss A dengan kisah terhebat sekali, hehe.
Cik Nado dan Hanis.
Rahsia kita pagi tu, ;)


ahli ghurfah di ILDAS *dgn pendatang ^^

Lastly, kenangan untuk disimpan dan bukan dilupakan.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan kekal sampai ke syurga.
Maafkan atas kesilapan yang tak disengajakan.
Atau yang disengajakan.



kami

Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu Jiji dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa arab. *nitakmamputulisarablagi~
Semoga kita sama-sama cemerlang dan mumtaz di sana nanti!

 p/s : maaf tiada gambar masa jerebu, video musabaqah tamsil dan musamarah sebab ade musykilah yang tak dapat dielakkan.

Ehem, Selamat Menjalani Ibadah Puasa! :)


6.10.12

Entah

Langit di luar sana sudah mulai bergenang. Menunggu masa pecah empangannya. Seolah mengerti hati dan perasaan ini. Kalau saja blog ini bisa bicara, pasti dia akan bilang : "tolong Jiji, jangan cerita yg sedih-sedih," Tapi, nak buat macam mana, hati mahu bicara juga yg sedih itu. Baru saja tadi,Jiji usai mengusha markah percubaan SPM 2012 secara online. Kepada sahabat yg Jiji punya nombor icnya, maaf, Jiji sudah melihat keputusan kalian. Tahniah! Keseluruhan markah kalian majoritinya meningkat. :-) Apa motif sebenar post kali ini sebenarnya? Entah, Jiji pun tak pasti. Sebenarnya berat memegang title budak biruni. Huh, akhirnya terluah juga. Keluar saja result, pasti ada bibir yg mengucapkan, "budak biruni mestilah hebat,kan?" Ameen.. supaya senyap mulut tersebut dari terus membandingkan. Bukankah kita semua kat dunia ni sama? Yang membezakan kita, TAQWA. kan? Jiji salah ke? Maaf, teremosi kerana Jiji bukanlah golongan top dlm biruni itu. Saya tertinggal dibelakang. Mungkin kurang usaha. Atau Dia belum mengizinkannya. Hati, belajarlah mensyukuri nikmat yg sedikit. Daripada tak menerima apa-apa.. Kalau mahu belajar bersyukur, pandanglah mereka yg berada di bawah kita. Kalau dibanding dgn golongan atas kita, sampai ke sudah rasa syukur tak datang, rasa dengki bertandang. Tiba-tiba langit kat luar sudah menangis. Ditambah sedu sedan yg menjentik hati ini. Rasanya tercapai niat utk meluah. Sudahlah. Masa yg berbaki perlu dimanfaatkan. Hati, segeralah pulih. Janganlah diri ini menjadi fitnah pd agama dan dakwah kerana status pendidikan ini. Mohon doa restu dari kalian. "Takapalah tak cemerlang 11A. Yang pentingkan akhirat."-mama -->tapi, sape tanak buat mereka senyum lihat result kite??

16.12.10

Ini Bukan Jiji

Mama..
jiji takut..23hb tarikhnya. Termaktub sudah.

Apa makna mimpi tu? Wahai hati, tenanglah..
Apa maksudnya bila dua kali sudah mimpi buruk itu terjadi?
Ah...fikiran sekarang kacau!

Hati, tenanglah..
Ini bukan Jiji yang dulu..yang kuat..salu wat lawak..bodoh2..kan?
Bukan...sape ni senanye..?? Hati yang sangat risau, pergilah dari aku.

Ayah kata, " Doa je banyak2. Insya Allah.."
Mama pula, " Insya allah, yakin je.."
Dia(1) kata, " Mimpi bukan realiti. Kalaupun tak bjye skrg, insya allah bjye mse akn dtg. kalau tak bjye pun tu sume ujian dr allah"
Dia(2) bicara, " Boleh, kite sume dah buat yang terbaik kan?"

Hati bicara, " Kalau Jiji tak dapat 9A, Jiji tak nak jadi Kp lagi!

Trimas kpd sahabat yg mendengar gusarnya hati masa sblum kita pergi Kem Nurturing The Little Caliph tu.. Rasyiqah, Najiha, Zahra.. Tenx a lot!

Tapi, hati ni tetap gusar. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Apa yang terbaik untukku.

Boleh ke kita jadikan alasan tak dapat 9A dengan tak nak jadi KP?
Jujur-sejujur-jujurnya,,,,
Jiji belum bersedia~

Maaf akak-akak yang bakal memimpin kalau-kalau Jiji terpaksa meninggalkan dunia kepimpinan. Maaf juga kepada teman-teman kalau-kalau Jiji terpaksa tidak menjadi sebahagian drpd kamu semua.

Semoga kamu semua tabah dan kuat menghadapi dugaanNya. Jiji..Nak undur diri, boleh?
Doakan yang terbaik untuk Jiji, eh?