Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

14.12.11

MukaBuku

Oh no! Bukan Facebook. Bukulah! Buku betul punyer. Pagi tadi, Jiji dan adik yang kalau tak dibawa, tinggal keseorangan di rumah, Jikah pergi ke PPAS yang sudah bertukar tempat di Kelab Golf SAAS. Memanglah,,Jiji pun tak faham kenapa pihak PPAS nak tuka lokasi perpustakaan tu yang pada asalnya Jiji rasa sangat strategik. Tapi, view kat situ memang sangat...TERBAIKKK!!

Pagi tadi, Jiji bukan pergi main-main tau! Ada misi. Belajar AddMath dengan GuruMuda!! Plus bayar duit gambar pada dia. Tekalah siapa...Madihah! Yeah~ Bersama Nadzirah, Kekna dan Zafirah. Sangat teruja saat Jiji melangkah masuk perpustakaan yang gedabak itu.

Malunya,,Jiji sesat sikitlah..(tempatbaru,,hihi) Dan satu lagi kisah geli hati. Adik Jiji ni dah 11 tahun. Tapi, orang akan anggap dia macam budak darah 2 atau 3. Sebab kakak dia dah serap nutrient dia. Kaka~ Hah, jadi nak dijadikan cerita..banyak kali pengawal tu tegur.

"Adik, nak naik atas(bahagian remaja) kena 11tahun ke atas je."
"Pakcik, adik saya ni dah darjah 5~"
"Betul ni? Tak main-main?"
"Betul."
"Tak tipu? Kalau camtu, tengok IC"
"Pakcik, IC buat mase darjah 6~"


Haha..macam-macam.. Tulah,Jikah,,aku cakap makan banyak-banyak biar cepat lebar..haha~ Dan yang buat Jiji jakun. Eskalator dia..sensor..TERBAIKK!!! Memang macam rusa masuk kampung.

The main thing is:
Jiji berada di tengah-tengah lautan ilmu. Sunggu tak termampu untuk Jiji kaut. Maha Besar ilmuNya. Ilmu manusia senoktah cuma~










30.7.11

sahabat selamanya


Chocolate Message
.
Sejak tahun lepas Jiji tak masuk kelas tyme pemberian CM ni.
Kenapa?
Takut. Takut Jiji takde kawan.

Tapi sungguh,,Jiji dihargai!!
Jiji gembira!!

Tapi...
Sejauh mana Jiji menghargai sahabat Jiji??
Kadang, rasa macam bertepuk sebelah tangan je.
Bile kite sayang dia sebagai sahabat.
Tapi, dia anggap kite kawan biasa je..

Macam mana pula bila dia anggap kita sahabat.
Tapi, kita anggap dia kawan biasa je?
Aduhai..

Walaupun begitu,,
Jiji tetap mahu ucap TERIMA KASIH!!!!
Kepada semua rakan,teman,kawan,sahabat Jiji.
Bila kita bertegur, itu tanda kita mengikat persahabatan!
Dan nabi tak suka orang yang memutuskan persahabatan!

So,,SAHABAT SELAMANYA!!


Ukhuwah fillah abadan abada~
EPI FRENSHIP DAY dan ta lupe.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~

7.7.11

Kun Aliman Wa Mujahidan (KAWAN)

1-3 Julai 2011
Tarikh yang Jiji dah semat dalam diari, yang Jiji takkan pernah lupa!
Kun Aliman Wa Mujahidan @ KAWAN.
Kem terbaik yang Jiji pernah ikuti.

Panjang ceritanya..

1Julai.
Petang-mendaftar + briefing
Malam-pecah ais
-main ragbi

2Julai.
Pagi-larian 1Malaysia
Petang-slot uhibbuka fillah
-main perang2
Malam-mujadalah
-slot 2

3Julai.
Pagi-eksplorasi
-sayonara jahiliah
-perasmian penutup


Konklusinya, jiwa Jiji jadi setabil yang tahap octet duplet.. selepas peristiwa airmata waktu penutup.
Barulah Jiji rasa sebenarnya ada yang masih sayang Jiji kat sekolah tu. Dan baru Jiji tahu Jiji ada ramai kawan kat sekolah tu.

Buat sahabat2 yang masih segar di ingatan mereka peristiwa2 dalam kem..
Pasti anda tak lupa apa motif utama kem ini dilaksanakan.
UKHUWAH.
UKHUWAH itulah yang bakal menjadikan kita semua berpadu.
UKHUWAH itulah yang membuatkan kita kuat untuk membina semula biah solehah yang kian pudar di bumi bestari.

Jangan pernah lupa airmata kita yang menjadi saksi, sayangnya kita pada sahabat.
Jangan pernah lupa senyum tawa yang kita kongsi bersama.
Jangan pernah lupa jatuh bangun sakit terdera terasa.

"Suara abang seksi ke?"
"Boleh tak akak nak korang buat tepuk tenggiling?"
"Tepuk,tepuk tepuk, tepuk patrick star!"
"Betul2? Ho liou!!"
"Are u ready?Yezza!"


Jangan juga dilupa kenangan yang tercipta. Memori kita bersama.

Dan buat ahli kumpulan 2 (Gen x,ada segalanya)
Ain-Amnah-Azimah-Afifah-Nabilah-Intan-Hidayati-Eqwany-Syiffa
Ingat tak kite Kena ragging nan Abang 'Pengacau' aka syaitan?
Ingat tak kite same2 tolong wani dengan zima panjat pokok?
Ingat tak kite same2 kene makan bende pelik2?


Akhir bicara dari hati,, TERBAIKKKK!!

p/s:soey tade gmba.

Ahad malam???

2.2.11

sudah

Izinkan hati berbicara seusai tidak beberapa ketika meluahkan.

Isnin, 31 Januari 2011
5 lagi pelajar tingkatan 4 pergi, mengorek ilmu di tempat berbeza, yang bukan SAMBEST.

FIQ - INTERGOM
NAJIHAH - KISAS
KAUTSAR - SBPI JEMPOL
ANA - MRSM JASIN
AZEE - SERI PUTERI KL


Kenangan bersama jangan dilupa eh?
Fiq, lepas ni, tade sape nak mengecohkan suasana lagi. Tade lagi indie. Hujan~
Najiha, bantuan, nasihat. Kadangkala, penguat semangat. tiada~
Kautsar, walaupun tak berapa rapat, kau tetap kawan aku. Kenangan time f1f2, jgn lupa taw!
Ana juga. terasa kosong, bila tak lengkap~
Azee,, tade lagi macik, nenek~ zeezot,, tade lagi pengejek aku pendek~

Jiji tak menghalang. Jiji mahu korang cari ynag terbaik untuk korang.
Semoga terus sukses walau di mana-mana pun kita semua berada.
Jangan pernah lupa Sambest.
Sambest tetap best!!

Trimas atas semua kenangan.
Suka duka yang dikongsi bersama.
Tawa ria, senda duka.

"jauh adalah ruang yang memisahkan
membuatkan dua jiwa terpisah
menjadikan hati resah
melahirkan rindu yang tak sudah
namun
jauh membuatkan persahabatan kita bertambah indah"

Tidak lupa juga, kawan-kawan yang terlebih dahulu melangkah kaki keluar dari sekolah tersayang,,
ASILAH-AIN ROSLI-WANI-QILA HASBI-MIDA-ZATUL LAILI-NAJWA

dengar sini kalian!!!
ukhuwah kita ukhuwah fillah!
DOA. DOA ADALAH PENGHUBUNG YANG PALING KUAT!

Salinglah kita mendoakan untuk kejayaan bersama~
Sukses selalu!!









27.5.10

oh sahabat~

teringat lagi zaman form 1 dulu..
segala kegembiraan, kegelisahan..dikongsi bersama..
tapi tidak sekarang..

adakah aku penyebabnya? akukah yang berubah?? akukah jiji yang terkena tempias kemuncak kehidupan remaja?? akukah??
sehingga kau menjauhkan diri dariku, sahabat??

maafkan aku..

AKU SALAH

mungkin memang jiji yang salah. maafkan jiji, sahabat. jiji mengaku jiji salah. tapi, tolonglah..jangan buat jiji macam ni. kadang-kadang jiji terasa tengok sahabat dengan dia. sentiasa bersama kemana-mana. tapi, jiji faham. sahabat bukan milik jiji. jiji yang terlalu cemburu.

sahabat pun ada hak nak berkawan dengan orang lain, kan? tapi kan sahabat, jiji terasa sangat bila sahabat pandang jiji macam tu. dari situ, jiji dapat tafsirkan sebenarnya sahabat tak suka jiji. maafkan jiji buat sahabat merana selama berkawan dengan jiji. dan maafkan jiji kerana perilaku jiji yang membosankan sahabat. banyak sangat cerita-cerita lagha yang jiji dah cerita kat sahabat.

kesian sahabat terpaksa dengar..jiji janji tak kacau sahabat lepas ni. tapi, satu yang jiji harap.. sahabat tak benci ukhuwwah kita. biarlah sahabat benci jiji tapi jangan sekali-kali bencikan ukhuwwah yang terjalin. jiji harap macam tulah, dan harap juga agar sahabat tak menyesal kenal jiji.

AKU REDHA

bila jiji pandang snowiz, jiji mesti rasa nak menangis. terkenangkan sahabat. mesti sahabat marah sangat kan kat jiji sampai pandang jiji macam tu. takpelah, jiji faham.. jiji redha. tu semua salah jiji. tapi, sahabat tolong jangan marah jiji lagi tau sebab redha sahabat sangat penting dalam hidup jiji. jiji mohon sangat redha sahabat.



terima kasih atas segalanya...

"YA ALLAH, jika kehidupanku membuatkan dia merana, matikanlah aku. Matikanlah aku. Mungkin itu akan memberi ketenangan buatnya. Matikanlah aku kerana aku tak sanggup membuat dia menderita keranaku. Aku tak sanggup melukai hatinya lagi. Matikanlah aku, Ya Allah."

25.2.10

PIBG~BIRTHDAY

Pada hari Ahad yang lepas, tanggal 21 Februari 2010 merupakan ulangtahun Jiji yang ke-15. Hari tu merupakan Hari Mesyuarat Agung PIBG. Kami, pelajar tingkatan tiga telah mengadakan jualan. Alhamdulillah untung...

Yang paling Jiji terkejut ialah kehadiran mama, ayah dan adik-beradik yang lain. Sebetulnya, hari Sabtu mereka sudah hadir dan kami keluar bandar bersama. Jiji tak sangka Mereka datang lagi. Dan...mereka membawa kek harijadi!! sungguh, Jiji sangat-sangat gembira menyambut Hari Lahir bersama dua orang kembar Jiji yang lain iaitu Aminah dan Ain. Bersyukur sangat rasanya apabila ada yang menghargai kita.

Malam 21 Februari tu, Jiji tidur awal. Lagipun, malas nak stay up sebab aras 1 dan 4 black out. Dan Jiji tidur dalam kepanasan selama 3 hari 2 malam. Tak tahan.. Ingat bila da tidur tu tader orang akan mengganggu. Sangat-sangat tak sangka, adik-adik dorm berkomplot dengan KD dan PKD untuk mengejutkan Jiji dan menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' Dalam keadaan mamai, Jiji tersenyum. Rasa sangat-sangat terharu dengan pemberian mereka.

Lepas tu, Jiji sambung tidur. Tak lama.. kawan-kawan Jiji pulak datang wish. Terharu. Kemudian, sambung tidur. Tak lama.. ex kakak dorm pulak. Lepas tu, barulah Jiji dapat tidur dengan tenang sampai Subuh. haha..

Mahu juga diceritakan, dalam majoriti ucapan yang dilafazkan.. pasti ada ucapan "semoga dapat suami yang soleh" Sudah sampai masanya Jiji untuk berfikir tentang itu?? Hurm...

Sebagai intihanya, Jiji sangat bersyukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang sangat caring. Sahabat-sahabat yang sangat mengerti hati dan perasaan Jiji. Semoga Allah memberkati hubungan kita semua.


hadiah hari lahir