Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

4.11.13

Rumah Baru


Ini kisah tentang kami semua.
*credit to zinnirahatiqah, ninaazmi, hanz dan yang masih mengingati permulaan video asmak~ :P


Nama rumah ini ialah Bayt Layyin.
Dah kenapa Layyin? Lembut sangat ke ahli baytnye? *Ouch giler~
 Layyin bermakna lembut. Dan lembut sifat gadis seperti kami.
Hakikatnya, di sebalik perkataan layyin itu sendiri ada sebutan lion.
Dan begitu juga dengan sifat seorang gadis sepatutnya. Ada lion di sebalik layyin.
Bermaksud, punya ketegasan dalam kelembutan.

Ini rumah kami
Empat bilik empat ahlinya
Moga dilimpahi lindungan dariNya


Berikut senarai ahli bayt layyin :

Ahli bayt pertama
Nur Suraya

Ahli bayt kedua
Nurul Aiman Awanis

Ahli bayt ketiga
Neyli Zulaikha

Ahli bayt keempat
Siti Haziyah --> sape ni?

Ok fine, nama Jiji soranglah yang takde huruf N.
Perkenalan kami bermula hanya di FB.
Dari Malaysia ke Jordan.
So sweet.



Jiji mula kenal Neyli masa di daurah di Ulu Yam dulu-dulu.
Pada awalnya, Jiji mencelah dan terus mengambil tempat di sebelah Neyli.
Sebab Jiji terlewat sampai, dan majlis pembukaan sudah hampir dimulakan.
Dari situlah, Jiji memandang Neyli yang berada di kanan.

Nama dia Neyli dan dia Jamiah Mutah dan dia takhasus Bahasa Arab

Dan siapa tahu, rupanya memang kami berdua saja dari JAIS perempuan yang takhasus Bahasa Arab. So sweet Dia atur perkenalan kami. :)

Kak Suraya dengan Kak Awanis dulu satu sekolah. Masa awal perkenalan yang lebih mendalam kat rumah ni, dengan bangga mereka berdua menyanyi lagu sekolah.

SBPI Gombak cemerlang, geraknya terancang

Neyli pulak, SAMTTAJ yang memang dari dahulu kala bermusuhan dengan Bestari.

Tengku Ampuan Jemaah
Maahad kebanggaan kami

Hailah. Jiji pun ada lagu sekolah laa~

المعهد الديني الاسلامي بيستاري
اهدافه اخراج الداعي

Ok tamat pasal sekolah.

Pasal keluarga pula, sangat sweet Allah atur antara kami.
Kami semua anak ketiga! 

Kak Suraya dengan Jiji ada enam adik beradik.
Kak Awanis dengan Neyli pulak ada lima adik beradik.
Tapi, yang tak samanya, diorang semua ada abang -_-
Jiji sorang yang tak ada abang. Nak abang jugak!!!

Takpelah, Jiji tunggu abang sayang jelah nanti ye.
Ok, Jiji ada satu kat Malaysia. Nama dia Muhammad. Uhuk,, batuk pulak.
*gatal pulak, garu garu.

Lagi persamaan kami, kami semua Adabians. Masha allah! Duta adabi kah?
Heh, sorry banyak ye. Kami semua budak adab di Jamiah Mu'tah. :)
Doakan kejayaan kami semua ya!




Dan juga, semoga kami semua akan terus disatukan hati.
Agar dapat saling berpimpinan tangan ke syurga kelak.

Rumah ini rumah kita
Memang benar dik oi! :)

p/s : sape nak jadi ahli bayt rumah ni, boleh pm. ade sorang ahli bayt bakal bergelar mutazawwijah. ;P
ok tak lawak, bai~

 


Macam cantik je macam cantik je, macam comel je?

24.9.13

Jiji @ Jordan!



Tarikh 5 September 2013, saya berpijak di bumi Jordan. Eheh. Saya? Jiji okeh, hee~

 
muke bru bgun tido :3

Perjalanan ini tak seindah yang disangka. Ya. Indah khabar daripada rupa?
Hati Jiji terkjut melihatkan plastik plastik sampat bertebaran disana sini. Warna bangunan disini pun sama tiada berbeza. Coklat, krim, putih? Tu jelah kot.
Pemandangan? Pasir, debu dan batu. Ya. Dan pokok pokok hijau yg berdebu.



Tak seperti di Eropah. *kut. Jiji tak penah pon pegi Eropah. Tapi tgk gambar macam sangat cntik dan lawa kan? Di sana bersih dan kemas. Binaan teratur dan moden. Tiada bunyian hon merata-rata. Suasana juga berwarna warni di sana.

Namun, ada satu hakikat yg mampu mengkis semua keindahan dunia ini.
Di mana pun kita berada, semua yg kita pandang, ada hikmahnya. Di Malaysia ke, Jordan ke, Eropah ke, semuanya ciptaan Allah.
Pandanglah dengan mata hati. Nescaya kita dapat merasakan perasaan hebat.

Satu ekstra Jiji di Jordan. Lebih spesifik, Mu'tah, selain kos sara hidup rendah.
Ada roh para sahabat disini. Semangat para sahabat bertebaran di daerah ini. Tapak peperangan Mutah betul-betul berhampiran dengan Universiti Mu'tah. Bila Jiji jalan kaki je, naik coaster pergi uni, Jiji suka pandang tapak yg luas itu.



Masih teringat-ingat rasanya berjalan tadi dengan Ukhti Sarah, Ukhti Khaulah dan Neyli tersayang, berjalan sambil memikir keadaan peperangan itu berlaku. Jauh perjalanan antara uni dengan rumah pun tak terasa.
Masih teringat-ingat rasanya menghidu haruman dari makan antara tiga sahabat yg syahid dalam peperangan Mutah. Disitu, Jiji sebak.
Masih teringat-ingat rasanya kali perama melihat batu-batuan tebing antara rumah-rumah disini. Tiba-tiba terbayang gambar-gambar yg selalu tersiar di berita, batu-batu itu dilumuri darah-darah saudara kita. Sebak lagi.

Kadang, Jiji takut. Takut rasa tu sampai ketika awal-awal permusafiran ini semata.
Namun ada sahabat-sahabat hebat merangkap kekasih-kekasih hati disini. Yang selalu mengingatkan tatkala lupa. Yang sering mengetuk minda saat terleka. Ya. Itu juga ekstra Jiji di sini. :)

"Kita kena sentiasa tajdid niat. Ingat, tanah yg kita pijak ni, boleh jadi je tempat yg sahabat pijak suatu ketika dulu." -kak senja

"Kalau kita melihat dengan hati, kita pandang air yg berkocak pun mengingatkan kita pada hati kita yg tak pernah tetap." -kak tasya
Pandangan mata hati itu sentiasa merasakan segala ciptaan Tuhan itu menarik cantik, dan ada pengajarannya.
Di mana pun kita berada, kita dibawah langit yg sama sebenarnya. :)
Kita satu deen. Kita satu akidah.
Moga kita juga diberada di bawah lindunganNya bersama.


p/s: rasa nak nangis tulis blog ni. sumpah, ukhuwah ini manis terlalu! <3 br="">






24.12.12

Jamak


Satu

Buat kamu, meskipun nama kamu tiada pada blog Jiji, kamu tetap dalam hati Jiji. Jiji cuba mencintai apa yang kamu cinta. Sedarkah? Warna blog ini kesukaan kamu,kan..

Dua

Jiji hanya mengambil lesen cuti ini. Kerja?
Menjadi penulis pun kerja juga. Lalala..
Sayembara Menulis Anjuran itbm, Asuh, Anis.
Doakan kejayaan menyebelahi Jiji.

Tiga

Sahabat A12,,kucing Jiji pergi menemui Ilahi hari tu. Jiji jadi rindu kalian. Serius,,ingat kita kena marah samasama, main, makan, kasihankan makcik dm samasama..

Empat

Grup fityah Kem Fitrah. Trimas memori bermakna. Terus doakan Jiji tetap dalam dakwah. Kita samasamalah ye?

Lima

Kamu, trimas masih mengingati Jiji walau sudah lama tak bertemu. Ingatan kamu buat Jiji terharu. Semoga menjadi chef terkenal ya?

Ok, tulisan jamak ini berjaya dengan izinNya:-)

7.7.11

Kun Aliman Wa Mujahidan (KAWAN)

1-3 Julai 2011
Tarikh yang Jiji dah semat dalam diari, yang Jiji takkan pernah lupa!
Kun Aliman Wa Mujahidan @ KAWAN.
Kem terbaik yang Jiji pernah ikuti.

Panjang ceritanya..

1Julai.
Petang-mendaftar + briefing
Malam-pecah ais
-main ragbi

2Julai.
Pagi-larian 1Malaysia
Petang-slot uhibbuka fillah
-main perang2
Malam-mujadalah
-slot 2

3Julai.
Pagi-eksplorasi
-sayonara jahiliah
-perasmian penutup


Konklusinya, jiwa Jiji jadi setabil yang tahap octet duplet.. selepas peristiwa airmata waktu penutup.
Barulah Jiji rasa sebenarnya ada yang masih sayang Jiji kat sekolah tu. Dan baru Jiji tahu Jiji ada ramai kawan kat sekolah tu.

Buat sahabat2 yang masih segar di ingatan mereka peristiwa2 dalam kem..
Pasti anda tak lupa apa motif utama kem ini dilaksanakan.
UKHUWAH.
UKHUWAH itulah yang bakal menjadikan kita semua berpadu.
UKHUWAH itulah yang membuatkan kita kuat untuk membina semula biah solehah yang kian pudar di bumi bestari.

Jangan pernah lupa airmata kita yang menjadi saksi, sayangnya kita pada sahabat.
Jangan pernah lupa senyum tawa yang kita kongsi bersama.
Jangan pernah lupa jatuh bangun sakit terdera terasa.

"Suara abang seksi ke?"
"Boleh tak akak nak korang buat tepuk tenggiling?"
"Tepuk,tepuk tepuk, tepuk patrick star!"
"Betul2? Ho liou!!"
"Are u ready?Yezza!"


Jangan juga dilupa kenangan yang tercipta. Memori kita bersama.

Dan buat ahli kumpulan 2 (Gen x,ada segalanya)
Ain-Amnah-Azimah-Afifah-Nabilah-Intan-Hidayati-Eqwany-Syiffa
Ingat tak kite Kena ragging nan Abang 'Pengacau' aka syaitan?
Ingat tak kite same2 tolong wani dengan zima panjat pokok?
Ingat tak kite same2 kene makan bende pelik2?


Akhir bicara dari hati,, TERBAIKKKK!!

p/s:soey tade gmba.

Ahad malam???

29.5.10

hold my hand

I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you


harap kamu akan tetap di sisi jiji, sahabat...
jiji tak kisah kalau sahabat benci jiji..
tpi, JANGAN BENCI UKHUWAH KITA TAU~