Showing posts with label luahan hati.. Show all posts
Showing posts with label luahan hati.. Show all posts

28.2.13

Diam



Diam
Hatimu bukan hatiku
Hatiku bukan hatimu

Saat kau merasa kau mengerti
Ternyata kau tidak

Tika aku berlagak aku memahami
Sungguh aku tidak

Kerana hati kita tidak sehaluan
Aku tak rasa apa yang kau rasa
Kau tak rasa apa yang aku rasa

Maka jangan bermain hati
Gusar kau hanya berfantasi
Bimbang aku cuma bermimpi
Ya

Lupakan ketika ini
Agar tidak lagi berprasangka sendiri
Diam

Diamlah bila hati ini mahu bicara

26.12.10

Apakah??

Maaf~
Mood untuk kali ini adalah EMO~
Kenapa?
Adakah tentang result PMR?

Bukan. Jiji bukan nak bercerita tentang result.
Jiji mahu berkongsi rasa.
Yang selama ni Jiji pendam.

Baru sekejap tadi, Jiji menelefon Ustaz Zaidi.
Bertanyakan tentang surat perletakan jawatan.
Ya! Letak jawatan.
Jiji tekad. Insya allah ini keputusan terbaik Jiji.

Entahlah. Rasa hati Jiji membisikkan untuk melepaskan dulu amanah Allah yang berat tu.
Jiji terbaca dalam blog Rasyiqah,
SIFAT2 PEMIMPIN

Sungguh, Jiji belum cukup bersedia. Untuk ditarbiyah.
Untuk abang2 dan kakak2 kem Nurturing The Little Caliph,,
Jiji bukan tak mahu ditarbiyah.
Jiji cuma belum bersedia ditarbiyah.

Maaf..
Kawan2.. Jiji terpaksa meninggalkan kepimpinan pengawas dulu.
untuk kemaslahatan diri sendiri.
Dan orang lain.

Walaupun Jiji akan mengurangkan lagi jumlah kepimpinan tingkatan 4,
Jiji tahu. Tapi, Jiji terpaksa.

Sebenarnya, Jiji masih lagi terasa dengan tindakan yang cikgu ambil.
Pengawas tingkatan 4 hanya 17 orang??
Jiji bukan membantah. Tapi, tidakkah jumlah itu terlalu sikit daripada yang sebelum ini?
Pengawas tingkatan 5 pula 40 orang lelaki campur perempuan?
Bukankah itu terlampau?
Akhir tahun nanti, kepimpinan akan diserahkan kepada tingkatan 4 kan?
Macam mana kalau ada yang nak pindah?
Belum ditolak yang terpaksa keluar, kan?
Maaf, Jiji bukan gila kuasa. Bukan gila pangkat.
Jiji cuma terasa.


Adik2 tingkatan 2 dan tiga pula.
Cuma 16 pengawas tingkatan 2 dan tiga untuk menjaga pelajar menengah rendah?
Cukupkah?
Kuatkah mereka yang masih terlalu mentah itu?

Maaf Jiji pertikai.
Jiji tak tahu.
Cikgu2 memang tak suka form kami, ya?
Cikgu, jangan pernah membenci kami.
Kami pelajar yang mahu menuntut ilmu dari cikgu.
Kalau cikgu membenci, sampaikah ilmu itu kepada kami?

Macam tader kena-mengena,kan?
Biarlah. Walaupun mungkin Jiji sorang yang rasa.
Jiji tetap terasa.

Jiji tahu mesti ada senior yang membaca blog ini.(ade kot)
Pasti mereka akan menyangka yang bukan2 tentang Jiji.
Maaf sekali lagi, Jiji cuma meluahkan apa yang Jiji rasa.
Daripada Jiji terus berdendam, baik Jiji luahkan.

Jiji bukan terbaik untuk berkata tentang orang lain.
Jiji cuma mengharapkan yang terbaik dari orang lain.
Jiji belum bersedia.

Rasyiqah, Najihah, Alya, Kamili, Azimah, Khaulah, Azlin, Nabihah, Zahra.
Kamu semua janganlah pindah walaupun keputusan kamu bagus2.
Berbaktilah untuk sambest.
Bantulah kepimpinan tingkatan 5 tahun hadapan.
Cuma Jiji mahu undur diri.
Jiji belum bersedia.

Untuk Naji, yang bersungguh2 menghaap Jiji terus berjuang, maafkan Jiji.
Naji, aku masih terasa. Aku takut kalau aku masih menjadi pemimpin, aku akan menjadi pemberontak yang utama~ aku harap ko faham.

16.6.10

it's time for PUISI

i dunno why...but i want to say that i really^100 love PUISI..never ask why because i dunno..huhu..

tadi, jiji pergi pusat sumber negeri (PPAS)..wat kgt.. tapi, bila dah boring, jiji cariklah buku2 best buat tatapan mata supaya tak tidur.haha.. akhirnya jiji jumpa buku ney~'MELIRIK MAWAR'

dalam buku menarik nih, jiji jumpe satu puisi yang best!! here it is:

BICARA HATI HARI INI
by:Azlinda Abdullah

hari ini
ada suara memanggil
ada lagu yang menggemersik
jauh..jauh sekali
bahasaku jadi batu
suaraku tiada berlagu
ungkapan hati menjadi debu
pepasir putih kini kelabu
puisiku menjadi santapan mendung
pelangi ilhamku jadi kepudaran
titis hujan terhenti dijalanan
akulah...penentunya
kuukur kembali perjuangan
mencari-cari segala kurniaan
namun kutemui dosa-dosa
dan tergelincir di sempadan amaran
telah kulewati pagar yang mengurungku
itulah duri yang maha tajam
akulah..penderhaka perjalanan
dan sekian siang-siang malam
cemuhan alam menakutkan
oh tuhan..
maafkanlah..abdul-Mu ini


menarik bukan?ade kaitan dengan nama blog ini sendiri..sebab tu jiji ambik.hehe...lagi...cuba baca karya MAHARAM MAMAT. dari sini, kita jelas puisi memang luahan hati..haha..

NYAMUK 1

tiap malam
rumahku dihurung nyamuk
yang digigit adalah harapan
yang sakit hanya impian

NYAMUK 2

tiap malam
adik bertemuk tampar
dengan dinding
yang bernyawa


kelakar kan??nyamuk pun boleh dijadikan puisi..huhu..
dan yang paling best! puisi LIM SWEE TIN dari buku beliau MEMETIK MAWAR.

kalau benar katamu
hidup ini
seindah pelangi
akan kulakar hari depanku
saujana gemilang.

kalau benar katamu hidup ini
seindah pelangi
tak akan kubiarkan ia tercarik
walau hanya secalit cuma.

fuhhhh!!! tamat cerita puisi~