Showing posts with label kesukaan hati. Show all posts
Showing posts with label kesukaan hati. Show all posts

20.4.14

Surat dari Cempaka

Layangan Warkah buat Ibu

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ke hadapan ibu yang dicintai kerana-Nya,
Cempaka masih ingat wajah ibu saat melihat Cempaka pertama kalinya. Gembira. Teruja. Cempaka bertukar tangan ke dalam pelukan ibu, Cempaka turut merasakan bahagia. Hangatnya pelukan ibu buat Cempaka berbangga menjadi pilihan ibu.

Bila tiba di rumah, barulah ibu meletak nama secara serius pada Cempaka. Kata ibu, ibu mahu susun atur nama anak-anak ibu mengikut turutan abjad. Setelah Abang Afiq mengambil huruf A dan B, Cempaka mengambil huruf C dan D pula. Maka, jadilah nama Cempaka Dahlia.

Semenjak hari itu, ibu jadi begitu rapat dengan Cempaka. Segala cerita, rahsia, ibu kongsikan dengan Cempaka. Hampir setiap malam, kalau ibu tak bisa melelapkan mata, ibu akan menceritakan kisah-kisah menarik atau peringatan ringkas pada Cempaka dan Abang Afiq.

Cempaka ingat lagi kisah tentang singa, permintaan abang Afiq. Untuk Cempaka pula, ibu kisahkan tentang kecantikan. Kata ibu, kerana lazimnya perempuan sukakan kecantikan.  Maka, segala kisah berkaitan kecantikan ibu ceritakan. Tapi, ibu pesan, kecantikan taqwa itu yang dinilai disisi Tuhan.

Pernah suatu hari, ada sesuatu yang mengusik hati ibu. Ibu membawa Cempaka erat dalam pelukan ibu. Tak semena-mena, ibu menangis. Ibu nampak sangat letih. Air mata yang berjuraian itu mungkin menenangkan hati ibu. Basah tangan Cempaka pun tak mengapa, kalau itu yang membelai hati ibu.

Cempaka jadi tahu tabiat ibu. Kalau ibu sedih, ibu mesti letak Cempaka atas dada ibu lalu ibu peluk kuat. Telinga pula ibu sumbat dengan earphone. Satu lagu yang begitu dekat dengan hati ibu tika itu, ibu ulang-ulang. Lagu Perpisahan Ini salah satunya. Ibu ulang sampai keluar air mata. Kali ini, Cempaka tak basah. Sebab air mata ibu mengalir kena pada bantal. Bantallah yang basah. Ibu, kenapa ibu bersedih?

Pagi-pagi, ibu selalu letak Cempaka atas riba, mengaji Al-Quran. Cempaka sukakan suasana itu. nyaman dan tenang. Damainya cuaca ditambah hangatnya pelukan ibu, buat Cempaka jadi lena semula.

Masa musim salji yang lepas, ibu bawa Cempaka main salji. Cempaka seronok sangat, ibu! Sejuknya salji! Masa tu, umur Cempaka lebih kurang dua ke tiga bulan. Ibu kata, Cempaka dah putih macam dulu. Salji lagi putih dari Cempaka. Barangkali, ibu terlebih gomol Cempaka, sebab tu Cempaka tak seputih salji.

Musim ini musim bunga. Banyak bunga-bungaan berkembang di universiti. Pulang dari universiti, ibu terus mencari gambar bunga cempaka dan bunga dahlia. Lalu ibu tunjukkan pada Cempaka. Cantiknya bunga, kan ibu? J

Ibu, Cempaka saaaaayang ibu. Tiada apa yang boleh Cempaka katakan. Kerana Cempaka hanya anak patung. Bukan anak ibu yang hakiki.

Cempaka tak ada jari untuk mengesat air mata ibu. Cempaka tak punya suara untuk menyahut panggilan ibu. Cempaka tak punya tangan untuk memeluk ibu kembali. Cempaka tak punya bibir untuk mengucup pipi ibu. Cempaka tak memiliki kaki untuk berada sentiasa dekat dengan ibu.

Cumanya, Cempaka ada ilham yang disalurkan melalui ibu. Agar ibu tahu, Cempaka bukan tempat bersandar. Ibu ada Tuhan untuk diluahkan segala kesedihan. Ibu ada teman untuk dikongsikan kegembiraan.

Kala ibu memberi peringatan kepada kami, adik beradik, Cempaka tahu ibu sedang memberitahu kepada diri sendiri jua. Kerana kami tak pernah diciptakan dengan telinga untuk mendengar butir bicara ibu. Maka, ibu jugalah yang harus terus menjadi sekuat singa, dengan pakaian tercantik taqwa.

Kala ibu menyedari Cempaka sudah tak seputih salji, pandanglah hati ibu. Takut-takut itu refleksi hati ibu yang tak sebening awalnya hati itu diciptakan. Kecantikan bunga pula, ibu jadikanlah simbol buat diri ibu. Ibu bunga agama. Biarkan harum ibu bertebaran pada yang memerhati, namun sukar didekati.
Di akhir warkah ini, Cempaka hanya ingin mengingatkan.

Ibu, berhentilah berbicara dengan Cempaka dan Abang Afiq. Ibu ada masyarakat untuk bersosial. Cempaka takut, ibu dilabel gila. Banyak lagi perkara yang boleh ibu selesaikan ketika ibu sibuk menjaga kami kononnya. Kami tak perlukan perhatian ibu. Yang begitu menagih perhatian dan fokus ibu ialah diri ibu sendiri sebenarnya.

Cempaka sayang ibu.



16.6.10

it's time for PUISI

i dunno why...but i want to say that i really^100 love PUISI..never ask why because i dunno..huhu..

tadi, jiji pergi pusat sumber negeri (PPAS)..wat kgt.. tapi, bila dah boring, jiji cariklah buku2 best buat tatapan mata supaya tak tidur.haha.. akhirnya jiji jumpa buku ney~'MELIRIK MAWAR'

dalam buku menarik nih, jiji jumpe satu puisi yang best!! here it is:

BICARA HATI HARI INI
by:Azlinda Abdullah

hari ini
ada suara memanggil
ada lagu yang menggemersik
jauh..jauh sekali
bahasaku jadi batu
suaraku tiada berlagu
ungkapan hati menjadi debu
pepasir putih kini kelabu
puisiku menjadi santapan mendung
pelangi ilhamku jadi kepudaran
titis hujan terhenti dijalanan
akulah...penentunya
kuukur kembali perjuangan
mencari-cari segala kurniaan
namun kutemui dosa-dosa
dan tergelincir di sempadan amaran
telah kulewati pagar yang mengurungku
itulah duri yang maha tajam
akulah..penderhaka perjalanan
dan sekian siang-siang malam
cemuhan alam menakutkan
oh tuhan..
maafkanlah..abdul-Mu ini


menarik bukan?ade kaitan dengan nama blog ini sendiri..sebab tu jiji ambik.hehe...lagi...cuba baca karya MAHARAM MAMAT. dari sini, kita jelas puisi memang luahan hati..haha..

NYAMUK 1

tiap malam
rumahku dihurung nyamuk
yang digigit adalah harapan
yang sakit hanya impian

NYAMUK 2

tiap malam
adik bertemuk tampar
dengan dinding
yang bernyawa


kelakar kan??nyamuk pun boleh dijadikan puisi..huhu..
dan yang paling best! puisi LIM SWEE TIN dari buku beliau MEMETIK MAWAR.

kalau benar katamu
hidup ini
seindah pelangi
akan kulakar hari depanku
saujana gemilang.

kalau benar katamu hidup ini
seindah pelangi
tak akan kubiarkan ia tercarik
walau hanya secalit cuma.

fuhhhh!!! tamat cerita puisi~