24.12.12
Jamak
Satu
Buat kamu, meskipun nama kamu tiada pada blog Jiji, kamu tetap dalam hati Jiji. Jiji cuba mencintai apa yang kamu cinta. Sedarkah? Warna blog ini kesukaan kamu,kan..
Dua
Jiji hanya mengambil lesen cuti ini. Kerja?
Menjadi penulis pun kerja juga. Lalala..
Sayembara Menulis Anjuran itbm, Asuh, Anis.
Doakan kejayaan menyebelahi Jiji.
Tiga
Sahabat A12,,kucing Jiji pergi menemui Ilahi hari tu. Jiji jadi rindu kalian. Serius,,ingat kita kena marah samasama, main, makan, kasihankan makcik dm samasama..
Empat
Grup fityah Kem Fitrah. Trimas memori bermakna. Terus doakan Jiji tetap dalam dakwah. Kita samasamalah ye?
Lima
Kamu, trimas masih mengingati Jiji walau sudah lama tak bertemu. Ingatan kamu buat Jiji terharu. Semoga menjadi chef terkenal ya?
Ok, tulisan jamak ini berjaya dengan izinNya:-)
17.10.12
Sebab Kita Muslim
Oh yeah.. Jgn bertanya kenapa tarikh ini Jiji mengpost tulisan hati.
Baru lepas baca belog sahabat tadi. Ya. Sebab kita muslim.
Menghadiri liqa Isnin lepas, buat hati rasa dibandingkan.
Saya tahu. Saya tak macam dia.
Saya tahu. Saya tak pandai macam dia.
Tapi, yalah, musuh-musuh itu saja mahu merendahkan hati ini.
sehingga melemahkan diri sendiri.
Benarlah. Dalam masa kita usaha, jangan lupa tawakkal.
Jangan lupa kebergantungan kita pada Dia.
Jiji tanya Kak Pah, akak liqa,
" Macam mana kalau tiba-tiba kita tak dapat capai target kita?"
Jawab beliau,
" Kalau betul iman kita dah mantap, kita akan teruskan perjalanan. Sebab kita tahu kejayaan kita untuk ummah."
Hati senyum. Ok, personifikasi.
Jiji teringat lagu lama UNIC.
Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa BOLEH!!!
Kata nenek yang rumah tadi,
" Target sebelas ke dua belas terus. Sebab duduk asrama, kan? Kalau 5, 6 tu untuk orang duduk rumah."
Ehehe,,insya Allah,nek!
Mama, ayah. Semoga dipermudahkan permusafiran.
Jangan risaukan kami disini. Dia ada untuk jaga kami.
12.10.12
Menulis
Jiji pun tak tahu kenapa Blogger tak nak terlangkah bila Jiji dah post. Hmm,,,
Jadi cerita kali ni berkenaan dia.
Seminggu sebelum kelas intensif bermula.. Jiji rasa dah lama sangat tak jumpa dia.
Tak sangka duduk kat kelas intensif tu. Bersama dia. Mula-mula rasa sedih. Bila menjadi seorang daripada lima orang ahli kelas yang tercampak di kelas intensif kedua. Walhal 21 orang yang lain berada di kelas elit. Jiji rasa kecewa awalnya. Sehinggakan apabila berada di kelas wktu prep, Jiji rasa tak layak berada di kelas itu. Kelas yang sudah lima tahun Jiji pegang namanya.
Tapi, bukankah Allah lebih mengetahui segalanya? Dia aturkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Mungkin bila Jiji tidak berada di kelas elit, Jiji akan melipatkaligandakan usaha untuk mencapai sebelas eplas itu. Mungkin juga sebenarnya Allah mahu Jiji merapatkan hubungan dengan sahabat kelas-kelas lain. Yang selama ini memerlukan sokongan semua sahabat. :-)
Allah knows better. Dia letakkan dia disebelah saya sebagai penguat hati yang lara. Sebagai pengingat buat diri yang kadang terleka. Terima kasih, sahabat. Maaf atas kekuranganku.
Pembaca post Jiji sekalian, bersahabatlah kamu dengan orang. Namun, jangan sekali-kali ,menuntut orang bersahabat dengan kamu. Ok??
Jangan pernah lupa dua orang yang berkasih sayang keranaNya akan mendapat naungan diakhirat nanti. Sungguh, ukhuwah itu indah.
Buat dia, Jiji baca fb tadi. Barangsiapa yang mengasihi sahabatnya, hendaklah dia mengatakan kepada sahabatnya. Oleh itu, Jiji mahu katakan, JIJI SAYANG KAMU!!
Untuk dia lagi sorang, kalaupun dua hari yang mendatang akan menjarakkan kita. It doesn't means we're not friends anymore. Allah sedang uji ukhuwah kita sebenarnya, kan? Oleh itu, Jiji mahu katakan JIJI SAYANG KAMU JUGA!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
