Showing posts with label thank you allah. Show all posts
Showing posts with label thank you allah. Show all posts

17.10.12

Sebab Kita Muslim


Oh yeah.. Jgn bertanya kenapa tarikh ini Jiji mengpost tulisan hati.
Baru lepas baca belog sahabat tadi. Ya. Sebab kita muslim.
Menghadiri liqa Isnin lepas, buat hati rasa dibandingkan.
Saya tahu. Saya tak macam dia.
Saya tahu. Saya tak pandai macam dia.

Tapi, yalah, musuh-musuh itu saja mahu merendahkan hati ini.
sehingga melemahkan diri sendiri.
Benarlah. Dalam masa kita usaha, jangan lupa tawakkal.
Jangan lupa kebergantungan kita pada Dia.

Jiji tanya Kak Pah, akak liqa,
" Macam mana kalau tiba-tiba kita tak dapat capai target kita?"
Jawab beliau,
" Kalau betul iman kita dah mantap, kita akan teruskan perjalanan. Sebab kita tahu kejayaan kita untuk ummah."

Hati senyum. Ok, personifikasi.
Jiji teringat lagu lama UNIC.

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa BOLEH!!!


Kata nenek yang rumah tadi,
" Target sebelas ke dua belas terus. Sebab duduk asrama, kan? Kalau 5, 6 tu untuk orang duduk rumah."

Ehehe,,insya Allah,nek!

Mama, ayah. Semoga dipermudahkan permusafiran.
Jangan risaukan kami disini. Dia ada untuk jaga kami.

18.5.10

bercerita tentang maher zain

maher zain...nama tu sangat selalu disebut di aspuri. sejak tayangan di musolla putera hari itu, semua warga bestari asyik menyebut tentangnya. jujur, jiji turut histeria bila mana lagu beliau diperdengarkan. lagu-lagu beliau sangat best!!

jiji paling suka, OPEN YOUR EYES. pertama kali jiji dapat lagu ni dari blog seorang senior jiji yang sedang menyambung belajar di jordan. jiji sangat tertarik mendengar bait-bait lirik lagunya. sanagt menyentuh..

let's start question in ourselves
isn't this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside??
no..


beliau yang merupakan seorang muallaf boleh mengagumi kekuasaan Allah sebegitu sekali. tapi, kenapa jiji tak boleh? mesti adalah masalah kat hati.
semalam, jiji terbaca perkongsian dalam blog hilal asyraf tentang menghidupkan jiwa. tersentuh rasanya. hurm..

sekali lagi, jiji membicarakan tentang maher zain. lagu pertama beliau yang bermain di fikiran ialah THANK YOU ALLAH.. lagu ini disyorkan oleh seoang sahabat kepada jiji. jadi, setiap kali lagu maher zain dipasang, jiji pasti teringat dia. payah sunguh. dari blog hilal asyraf juga PERKONGSIAN:MENJAGA BUKAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN. dari situ jiji sedar.. allah memang suruh kita menjaga batasan antara lelaki dan perempuan tetapi dalam masa yang sama, Dia menyuruh kita menjaga ukhuwah.

suka untuk jiji kongsikan "hablum minallah wahablum minannas"

sini je dulu...(online kat sekolah..hehe..waktu KHB)