16.9.11

I must improve

Ya! Improvement starts with I.
Jiji tahu tu. Dan Jiji pun dah tahu apa yang Jiji patut ubah tentang diri Jiji.
Terima kasih kepada sahabat2 yang membantu~

Tapi kan,,
Sayang.
Kat rumah, Jiji sayang keluarga saya.
Kalau kat asrama, Jiji nak sayang kawan Jiji macam Jiji sayang keluarga Jiji.
Tapi, sayangnya.
Sedih jugak bila sayang tak dihargai.
Bukan tak dihargai.
Cumanya, sayang tu macam tak diperasankan.
Oh,,Jiji bertepuk sebelah tangan kot.

Pada siapa Jiji perlu salurkan sayang tu?
Ajnabi??
Heh, masanya dah lama berlalu.
Sayang ajnabi tu sangat bodoh.
Bukan diorang boleh buat apa2 untuk kite.
Sayang kawan2?
Macam nilah jadinya..Jiji yang sakit sendiri.

Haha..takpelah.
Kita memang takkan dapat cari pengganti keluarga kita..
Sampai bila2..pun..
Keluarga ialah insan yang terbaik.
Mama pernah kata, "Kawan tu yang baik, baik...sangat,,"

Betullah mama.
Sekarang bila Jiji dah sayang sangat kat dia,dia,dan dia.
Jiji rasa akibatnya.
Terima kasih mama,,

FRIEND
BOYFRIEND
GIRLFRIEND
end with ENDS...
but FAMILY,,
ends with ILY which means I LOVE YOU


p/s:untuk nabilah(kali ke berapa dah kite tulis name awak dalam post kite?)
trimas,,kite takkan panggil awak camtu. B)

31.8.11

Harga

Sebelum mula berbicara, Jiji mahu mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI JADI RAYA kepada 3 sahabat kita; Husna Najihah, Hanani dan Izzudin yang mana menyambut ulangtahun kelahiran dan syawal pertama serentak pada 30 Ogos yang lepas.
Moga kalian diberkati Allah~

Harga.
Menghargai. Bukanlah Jiji mahu bongkak bicara yang Jiji sangat menghargai kawan-kawan Jiji.
Kalau ya Jiji sangat menghargai, masakan ada yang terasa hati dengan Jiji, ya tak?
Cumanya, Jiji mahu berkongsi rasa.

Dihargai. Mengapa kadang hati ini terasa seperti tak dihargai?
Sebelum puasa baru ni, Jiji ada menulis sebuah lagu ciptaan Nur Nilam Bayu yang bertajuk KUKU DAN ISI dalam buku nota Kamili.
Asalnya lagu ini dicipta khas untuk seseorang. Tapi, sekarang Jiji dengan seseorang tu pun dah tak berapa rapat.

Izinkan Jiji menulis lagu tersebut di sini.

KUKU DAN ISI
By:nurnilambayu

Hembusan dingin bayu menerpa
Menerjah pemikiran sehela
Memori kita singgah menyapa
Oh teman mengapa ku diluka

Dimana janji yang kita bina
Ukhuwah sejati selamanya
Mungkinkah engkau sudah melupa
Ataupun engakau berpura-pura?

Wahai sahabatku
Aku merindukan dirimu
Pimpinlah kembali tanganku
berikan sinar baru

Merintih di sukma
Saat engkau pergi jauh sana
Kerna ku perlukan Dirimu
Oh sahabatku

Mari kita ukirkan kembali
Sebuah ikatan janji abadi
Semoga kita akan kembali
Bersatu seperti kuku dan isi


Hah. Itulah dia lagunya. Kamili respon.
"Lagu ni untuk **** eh?" (nama dirahsiakan) Jiji boleh dikatakan rapatlah dengan orang tu dulu. Tapi, entah dimana silapnya, dia seolah-olah melupakan Jiji dan sepertinya dia tak pernah mengenali Jiji. Mungkinkah sebab Jiji dah tak setaraf dengan dia?

Haha. Bersahabat kalau kerana Allah, mana pandang taraf, pangkat dan sebagainya..kan?
Mahu jadi pelindung Jiji konon. Huh!
Dan sekarang muka orang tu lah yang paling Jiji menyampah untuk dipandang.
Tiap kali dia muncul depan mata,
"Berapa kali aku nak cakap, jangan munculkan diri depan aku!" Jiji mengomel sendiri. Padahal bukan dia dengar pun.

Sudahlah, di hari mulia ni, kita harus bermaaf-maafan. Harap-harap orang tu terbaca post ni supaya dia tahu rasa hati Jiji.
Maaflah kalau Jiji tersalah sangka kepada orang tu.
Tapi, Jiji dah maafkan orang tu sebenarnya. Cuma luka, masih kekal parutnya. Haha.

Akhirnya, kepada KAK WADIHAH, KAMILI, CACA, SHAFIQAH ATIQAH, CACA, NABILAH, AZIMAH, HIKMAH, SHAFIKA..
Kalian sangat-sangatlah Jiji berterima kasih atas bantuan kalian selama ini.
Terima kasih yang sangat tak terhingga Jiji ucapkan.

30.7.11

sahabat selamanya


Chocolate Message
.
Sejak tahun lepas Jiji tak masuk kelas tyme pemberian CM ni.
Kenapa?
Takut. Takut Jiji takde kawan.

Tapi sungguh,,Jiji dihargai!!
Jiji gembira!!

Tapi...
Sejauh mana Jiji menghargai sahabat Jiji??
Kadang, rasa macam bertepuk sebelah tangan je.
Bile kite sayang dia sebagai sahabat.
Tapi, dia anggap kite kawan biasa je..

Macam mana pula bila dia anggap kita sahabat.
Tapi, kita anggap dia kawan biasa je?
Aduhai..

Walaupun begitu,,
Jiji tetap mahu ucap TERIMA KASIH!!!!
Kepada semua rakan,teman,kawan,sahabat Jiji.
Bila kita bertegur, itu tanda kita mengikat persahabatan!
Dan nabi tak suka orang yang memutuskan persahabatan!

So,,SAHABAT SELAMANYA!!


Ukhuwah fillah abadan abada~
EPI FRENSHIP DAY dan ta lupe.. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK~