21.12.13

Cerpen : Winter ( Part 3 )


Kadang, jarak itu perlu.
Untuk menambah rindu.

Ya, gaduh perlu juga.
Sebagai penambah perasa.
Dan penyedar, nikmat bercinta.

Eceh, karat.
Okok, sila sila. Terus membaca.

 ***



“ Min, makan!” Laungan Kak Anis membuatkan aku tersentak.

“ Yup! Coming!” Aku membiarkan komputer riba terbuka tak ditutup. Selepas makan nanti, aku mahu menghabiskan tulisan kali ini. Tak sabar-sabar aku hendak mengepos di blog untuk dibaca oleh sahabat-sahabat yang menanti lagi. Walaupun aku tahu, tiada siapa membaca blog itu sebenarnya.

Aku melihat dulang yang dilapik plastik itu sudah berasap-asap dengan nasi panas yang terhidang. Zulaikha dan Kak Syu sudah duduk mengambil tempat di keliling dulang.

“ Masak apa hari ni, kak?” Aku bertanya lalu duduk menyertai mereka. Makan bersama-sama sering menjadi kebiasaan kami serumah. Ya, selain mengeratkan ukhuwah, ia juga menjimatkan tenaga untuk mengemas pinggan mangkuk selepas makan nanti. Jimat air juga! Ini satu bonus yang membanggakan!

“ Akak masak Min goreng tepung bercili.” Kak Anis jawab dengan muka tak beriak. Aku pandang pelik tanpa bersuara.

“ Macam sedap je. Uuu,,” Kak Syu merespon. Giliran dia mendapat pandangan pelik dari aku.

“ Dah sudah, makan aje deh. Tak payah pandang pelik sangatlah. Aku lapar ni. Boleh makan Min dengan Kak Syu sekali.” Zulaikha bersuara lalu mengundang pandang pelik dari aku dan Kak Syu serentak.

“ Dah, semua pelik. Makan, makan! Makan, anak-anak.” Kak Anis bertindak menyamankan suasana yang hangat walaupun suhu tak mencapai 2 darjah celcius di luar.

“ Bismillahirrahmanirrahim..” Kami membaca doa makan bersama-sama. Bagai kanak-kanak di tadika PASTI lagaknya. Ya. Kadang-kadang, makan adalah satu medan yang menyatukan kita. Mulut-mulut yang bising berkata sia-sia pun boleh jadi senyap apabila disumbat makanan ke dalam mulutnya. Heheh.

Usai makan bersama, aku kembali memasuki bilik yang sudah kuhangatkan dengan pemanas. Tangan aku lap pada tuala. Tak sanggup rasanya kubiar dia mengering dengan bantuan udara-udara yang ada di sekeliling. Sejuk!

Duduk. Tumpuanku kembali hadir.

*** 

 “ Tahniah, Asna. Penerima dekan kita hari ini.” Zulaikha tersenyum memandang Asna. Asna tampak comel dalam baju kurung merah jambu dan selendang hitam. Padan dengan jubah biru gelap bercorak merah jambu sebagai tanda dia penerima dekan.

“ Syukran jazilan, kau juga yang banyak tolong aku, Zu. Tahniah untuk kau jugak.” Mereka berbalas senyum. 

Ini harinya. Senyum. Zulaikha sudah bercantik-cantik sejak dari pagi. Majlis istiadat konvokesyen akan bermula sebentar lagi. Dia memandang cermin buat kali terakhir, untuk memastikan awning tudungnya sentiasa kemas. Cermin itu dilipat lalu disimpan dalam tas tangan. Dia melangkah kedalam dewan Anjung Setia bersama Asna dan rakan-rakannya yang lain.

Semua nampak cantik hari ini. Lelaki-lelaki juga tampak kemas dan bergaya. Hatinya begitu berbunga hari ini. Mak dan abah sudah dia ketemu sebelum masuk ke dalam dewan. Ada titisan air mata kegembiraan pada mata abah. Cuma mak nampak tenang tak beriak. Hanya senyum kebanggaan terukir dibibirnya.

Majlis raptai penuh yang diadakan semalam masih belum cukup menghilangkan gemuruh yang berdetak dalam hati. Ambil anugerah saja, bukan apa pun. Naik pentas, ambil sijil, ucap terima kasih, jeda pandang kamera dan turun. Step mudah yang sudah mereka latih dalam majlis raptai beberapa hari ini pun belum lekat dalam ingatannya. 

Dia mengambil tempat yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan. Ucapan dekan sedang berlangsung tatkala telefon bimbitnya bergetar. Dan seperti biasa.

+ Tahniah, Zu. Lepas ni aku akan merindu.

Gila. Zulaikha buat tak endah pada mesej yang datang dari lelaki gila itu. Jangan ditanya siapa. Jangan hilangkan mood baik aku hari ini.

Zulaikha menyalami mak dan abah usai majlis itu tamat. Sesi bergambar!
Telefon bimbit dia hulur pada Asna untuk membantu mengambil gambar kenang-kenangan bersama mak dan abah. Abah memegang jambak bunga , sedangkan mak memegang jambangan coklat yang adiknya berikan sebagai tanda tahniah. Zulaikha berdiri di posisi tengah sambil memegang sijil yang baru diterima.
Senyum!

Seterusnya, kami ahli kelas bergambar bersama-sama. Tak lupa, ahli kumpulan lakon layar. Ehm, ya. Lakon layar. Asna, Khalif, Azman dan Adam. Cuma sekeping gambar. Lalu dia terus mahu cepat-cepat meninggalkan mereka.

Zulaikha dan adiknya sudah mendahului ke hadapan. Dia menoleh. Dah kenapa mak dengan abah tak follow tu?

“ Terima kasih, makcik.” Dia lihat Adam menyalami tangan abah cermat. Aduhai.

“ Zuzu tak kenalkan Adam kat mak pun? Baik si Adam ni, “ Zulaikha mati bicara.

“ Oh, err.. mak dah kenal tu, kan? Dahlah mak, abah, jom kita balik, nak?” Zulaikha menarik tangan mak pantas. Adam memerhati hingga hilang mereka dari pandangannya.

“ Susah tackle kau, Zuzu.” Sengih. 

***

Bersambung.
Jiji baca balik semula, ini dah macam kisah cinta, apa kena mengena dengan Winter?
Ya, nantikan episod seterusnya! :)
 

20.12.13

Cerpen : Winter (Part 2)


Ya. Bergurau jangan sampai menipu.
Ehem, tumbuk diri sendiri. Tampar berulang kali.

Allah sudah balas in advance juga.
Saat Jiji memalukan diri sendiri menelefon murokib untuk keluar malam.
Haih. tutup muka. Baling selipar.

Maaf, semua. Jiji cuma nak merasa hari lahir banyak kali. Hikhik.
Jadi, ni sambungannya.
Moga terus bermanfaat.

***



Ah, lenguh badan aku. Jari jemariku terasa kebas, menaip sambil ditiup angin musim sejuk, walaupun tingkap tak terbuka. Aku meletakkan kedua-dua tanganku dihadapan pemanas. Mengelakkan tanganku membengkak kerana terlalu sejuk. Sesekali aku menggenggam dan membukanya berulang kali. Senaman ringkas untuk mengalirkan darah.

“ Min, buat apa tu? “ Aku menyengih. 

“ Adalah. Surprise ni. Nanti kau tengok kat blog, ok?” Dia menjuihkan bibir sambil memandangku dengan pandangan sinis.  Buku nota kesayangannya dia bawa sekali sebelum keluar dari bilik.

“ Eh eh, kau nak belajar ke? Janganlah belajar, aku pun tak belajar hari ni,” Aku memprovok. Tiada semangat setiakawan yang membangkitkan semangat langsung! 

“ Ha, kau buatlah surprise tu. Aku nak belajar. Aku baru nak start belajar hari ni. “ 

“ Ok mam!” Aku sengih. Giliran kaki, aku letak dihadapan pemanas. Ah, lega. Mataku kembali tertumpu pada skrin komputer riba. Penulisanku disambung semula.

*** 

Mukanya terasa panas. Seluruh darah menyimbah ke muka. Tangan kaki semuanya sejuk pucat kerana gemuruh berada di atas pentas tadi. Giginya menggigit bibir. Geram betul!

“ Apa Adam buat tu?!” Hatinya memberontak. Mujurlah itu babak terakhir dia bawa. Kalau tidak, pasti saja dia sudah tiada mood untuk meneruskan wataknya. Asna mengusap belakangnya perlahan-lahan.

“ Sabar, Zu. Dia saja nak tarik perhatian audiens kot tu.” Asna bertindak meredakan keadaan.

“ Nak tarik perhatian ke, peduli apa aku. Masa latihan dia ok je. Ish, geram betul!”  Zulaikha menghamburkan seluruh kemarahannya pada Asna yang tidak bersalah.

“ Sabar, Zu.”  Asna  mati akal untuk meredakan kemarahan Zulaikha. Yalah, kalau aku yang berada di tempat dia pun aku akan marah gila-gila punya. Siapa suka bila orang buat benda yang kita tak suka? Dan kita sudah bagi amaran bahawa kita tidak menyukai benda tersebut awal-awal lagi. Adam pun satu hal, bertindak tak ikut otak. Asna bebel panjang dalam hati.

زوزو, حبيبتي. لا تتركنيBicara Adam terngiang-ngiang ditelinga Zulaikha. Dia kesal sungguh dengan tindakan Adam. Dia sendiri tak pasti dari mana Adam tahu nama manja yang selalu dia guna di rumah. Tiada siapa yang menggunakan gelaran itu selain ahli keluarga terdekatnya. Siapa dia?! Sekarang, seluruh pelajar kuliah Adab tahu nama rahsia dia. Zulaikha menggenggam buku lima. Zuzu. Marahnya memuncak lagi.

Tepat jam 10 malam, lakonlayar itu tamat. Zulaikha terus pulang ke bilik. Dia tidak mahu mengikuti sesi muhasabah bersama ahli kelasnya yang lain. Mana dia hendak letak muka ini? Tawa satu dewan masih terngiang-ngiang ditelinganya.

Pintu bilik dia katup rapat. Pin yang dia semat dibahu dia buka lalu diletak dalam bekas keronsang di atas meja. Selendang yang menutupi auratnya dia buka perlahan lalu menyangkut pada penyangkt di belakang pintu bilik. Tas tangan dia letak di atas kerusi. Lalu, dia menghempaskan badannya di atas katil. Keluhan berat terbit dari ujung nafasnya.

Tiba tiba dia merasakan getaran dari poket seluarnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang tadi dia tukar ke mode getar, untuk tidak mengganggu lakon layar.

+ Zu, kau tak datang post mortem ke? 

Asna. Zulaikha mendengus keras. 

+ Tak. Malaslah aku. Nanti kau inform jelah kat aku. Sorry weh.

Sent. Dia terus mencampak telefon bimbit di sebelah bantal. Bintang glow in the dark yang dia tampal pada dinding sebagai hiasan dia tatap lama-lama. Matanya baru saja hendak tertutup sebelum tersedar kerana telefonnya bergetar lagi.

“ Apa lagi kau nak, Asna?” Dia merungut. Dia kemudiannya membuka pesanan ringkas yang tiba itu.

+ Zu, aku mintak maaf. Aku cuma nak suatu kelainan. –Adam

Rahangnya terbuka sedikit. Lagi satu hal. Apa ni? Kelainan sangatlah kan? Marahnya kian membuak-buak.

+ Aku tak tahu dari mana kau dengar nama aku yang itu, yg kau dah sebar kat semua kawan-kawan kita. Dan aku tak tahu mana kau dapat nombor aku. Dan aku tak pasti sama ada aku boleh maafkan kau ke tak ke? Dan aku cuma nak kau jangan kacau aku.

Sent. Telefon itu terus dia offkan. Malas melayan Adam. Lelaki itu gila. Sungguh, meroyan gamaknya!

*** 

Yayy! Bersambung lagi. Nantikan apa kesudahan cerita ini.
Follow me on Facebook. 
Ok, malunya~!

19.12.13

Cerpen : Winter (Part 1)


Lama Jiji menyepi. Membeku dengan suasana disini.

"Nak tanye sekarang masih ada buat cerpen lagi x?"

Soalan itu datang dari seseorang, yang menyuntik kembali semangat menulis. Jiji semacam tak percaya ada yang menanti penulisan ini. Sengih lebar.

Bajetlah kau, Jiji.

Ok, hentikan bicara sendiri. Dan selamat membaca. Moga bermanfaat. <3 nbsp="" span="">

*** 


Suhu pagi tadi aku semak. -4 darjah celcius. Ya. Tak sejuk pun. Cuma membeku saja. Aku mengeluarkan komputer riba dari beg galas yang selalu ku bawa ke universiti. Tiba-tiba tanganku yang memegang komputer itu terlanggar kunci beg. 

“ Ouch!” Aku meletakkan komputer itu di atas katil disisi. Kulit jariku terkoyak sedikit. Darah mulai memenuhi bekas tempat kulit yang terkoyak itu. Aku lantas membuka drawer kedua dari atas lalu mengambil minyak geliga, bekalan dari negara tercinta, Malaysia.

Bersungguh aku menonggengkan botol kecil berwarna kuning itu. Beku! Aku melepaskan nafas panjang. Bau minyak geliga itu aku sedut kemudiannya. Boleh juga melegakan kelukaan ini. Walaupun luka itu kecil, di musim sejuk ini, platlet-platlet semuanya berhibernasi, lalu melambatkan proses penyembuhan.

Aku duduk disisi katil. Komputer riba tadi dibuka. Gambar mama dan ayah terpapar sebagai profile picture. Aku jadi  senyum. Rindu. Semalam, aku  sudah menghubungi mereka, melepas rindu dendam pada keluarga, rumah dan kucing semua. Tapi kini, aku merindu lagi. Sengih. 

Ikon dokumen aku tekan dua kali. Window Microsoft Word terbuka. Aku menyambung tulis cerpen yang aku ingin letak di blog nanti. Sejak ditegur bekas ketua kelasku, aku disimbahi idea yang melimpah setelah ideaku beku seperti bekunya suasana ini. Sekilas, aku  membaca hasil tulisanku agar aku tidak tersasar dari plot yang telah kukarang.

*** 

Adam mengukir senyum. Wajah gadis dihadapannya dia curi pandang. Gadis itu lebih menarik perhatian daripada apa yang dia katakan.

 “ Faham tak? Ke ada idea lain yang better?” Zulaikha bertanya pada semua kawan-kawan kumpulannya.  Ustazah Khadijah menugaskan membuat satu  lakon layar berlatarbelakangkan keluarga sebagai tugasan akhir semester ini. 

Mereka sebenarnya lebih memilih untuk menukar lirik lagu dan menyanyikannya daripada berlakon bersama-sama. Tetapi, kata Ustazah Khadijah, diskriminasi akan berlaku. Tugasan menukar lirik ke dalam bahasa arab akan membebani pelajar perempuan manakala tugasan menyanyi akan diserahlaku kepada pelajar lelaki. Seterusnya, objektif untuk mengaplikasikan bahasa arab dalam kehidupan harian akan tidak tercapai.

Lalu, ustazah telah mengusulkan idea baru untuk melaksana lakonlayar dalam bahasa arab. Katanya, tambahan lagi dengan tema keluarga, ia lebih dekat dengan kehidupan pelajar. Dan mangsanya, kami!

“ Aku rasa ok je kot. Aku pun tak ada idea, “ ujar Azman. Dialah tukang angguk setia. Mujur ada dia dalam kumpulan. Dia pasti akan menurut apa saja yang kami bincangkan. Dan, sudah tentu! Dialah yang bakal menjadi pelakon utama kumpulan kami. Sengih.

“ Tapi, Zu. Kita berlima. Dalam cerita kau tu ada watak ayah, adik, abang dengan kawan abang je. Kita berlima. Lagi seorang nak pegang watak apa?” Terus berkerut wajah Zulaikha mendengar pertanyaan Asna.

“ Aku tak payah terlibatlah. Aku dah lontar idea. Susah kot nak korek idea.” Zulaikha cuba berdalih. Dia sememangnya tidak suka terlibat dalam aktiviti yang perlu dipersembahkan kepada umum seperti ini.

“ Eh eh, senang kau bercakap. Kan ustazah pesan semua kena terlibat. Kau tak nak markah final ke kak oi?” Khalif membidas dalih Zulaikha. Zulaikha lantas mencebik. Tudungnya terus dia kelepek dari atas, tanda protes. 

“ Tambahlah watak mak. Pastu buat mak dia mati kat tengah cerita, barulah dia insaf. Ok what?” Asna melontar idea. Zulaikha tunduk memerhati buku nota yang dia lakar segala turutan cerita.

“ Siapa nak jadi mak?” Zulaikha tanya berbasa basi.

“ Kaulah!” Mereka bicara serentak, merujuk kepada Zulaikha yang masih belum memegang apa-apa watak. Kecuali Adam.

“ Oi Adam, kau tak setuju ke Zu jadi mak?” tanya Azman. Adam menyengih. Dia kemudian mengangguk berulang kali.

“ Aku nak jadi ayah!” Adam senyum lalu menampakkan barisan giginya yang putih. Nganga. Cuma seorang yang memandang sinis.

*** 

Bersambung.

Sila komen respon anda dan sambungan yang anda mahukan. 
Jangan lupa like page Jiji di Facebook. 
Ok, stop bajeting.