Showing posts with label dakwah dan tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label dakwah dan tarbiyah. Show all posts

19.12.13

Cerpen : Winter (Part 1)


Lama Jiji menyepi. Membeku dengan suasana disini.

"Nak tanye sekarang masih ada buat cerpen lagi x?"

Soalan itu datang dari seseorang, yang menyuntik kembali semangat menulis. Jiji semacam tak percaya ada yang menanti penulisan ini. Sengih lebar.

Bajetlah kau, Jiji.

Ok, hentikan bicara sendiri. Dan selamat membaca. Moga bermanfaat. <3 nbsp="" span="">

*** 


Suhu pagi tadi aku semak. -4 darjah celcius. Ya. Tak sejuk pun. Cuma membeku saja. Aku mengeluarkan komputer riba dari beg galas yang selalu ku bawa ke universiti. Tiba-tiba tanganku yang memegang komputer itu terlanggar kunci beg. 

“ Ouch!” Aku meletakkan komputer itu di atas katil disisi. Kulit jariku terkoyak sedikit. Darah mulai memenuhi bekas tempat kulit yang terkoyak itu. Aku lantas membuka drawer kedua dari atas lalu mengambil minyak geliga, bekalan dari negara tercinta, Malaysia.

Bersungguh aku menonggengkan botol kecil berwarna kuning itu. Beku! Aku melepaskan nafas panjang. Bau minyak geliga itu aku sedut kemudiannya. Boleh juga melegakan kelukaan ini. Walaupun luka itu kecil, di musim sejuk ini, platlet-platlet semuanya berhibernasi, lalu melambatkan proses penyembuhan.

Aku duduk disisi katil. Komputer riba tadi dibuka. Gambar mama dan ayah terpapar sebagai profile picture. Aku jadi  senyum. Rindu. Semalam, aku  sudah menghubungi mereka, melepas rindu dendam pada keluarga, rumah dan kucing semua. Tapi kini, aku merindu lagi. Sengih. 

Ikon dokumen aku tekan dua kali. Window Microsoft Word terbuka. Aku menyambung tulis cerpen yang aku ingin letak di blog nanti. Sejak ditegur bekas ketua kelasku, aku disimbahi idea yang melimpah setelah ideaku beku seperti bekunya suasana ini. Sekilas, aku  membaca hasil tulisanku agar aku tidak tersasar dari plot yang telah kukarang.

*** 

Adam mengukir senyum. Wajah gadis dihadapannya dia curi pandang. Gadis itu lebih menarik perhatian daripada apa yang dia katakan.

 “ Faham tak? Ke ada idea lain yang better?” Zulaikha bertanya pada semua kawan-kawan kumpulannya.  Ustazah Khadijah menugaskan membuat satu  lakon layar berlatarbelakangkan keluarga sebagai tugasan akhir semester ini. 

Mereka sebenarnya lebih memilih untuk menukar lirik lagu dan menyanyikannya daripada berlakon bersama-sama. Tetapi, kata Ustazah Khadijah, diskriminasi akan berlaku. Tugasan menukar lirik ke dalam bahasa arab akan membebani pelajar perempuan manakala tugasan menyanyi akan diserahlaku kepada pelajar lelaki. Seterusnya, objektif untuk mengaplikasikan bahasa arab dalam kehidupan harian akan tidak tercapai.

Lalu, ustazah telah mengusulkan idea baru untuk melaksana lakonlayar dalam bahasa arab. Katanya, tambahan lagi dengan tema keluarga, ia lebih dekat dengan kehidupan pelajar. Dan mangsanya, kami!

“ Aku rasa ok je kot. Aku pun tak ada idea, “ ujar Azman. Dialah tukang angguk setia. Mujur ada dia dalam kumpulan. Dia pasti akan menurut apa saja yang kami bincangkan. Dan, sudah tentu! Dialah yang bakal menjadi pelakon utama kumpulan kami. Sengih.

“ Tapi, Zu. Kita berlima. Dalam cerita kau tu ada watak ayah, adik, abang dengan kawan abang je. Kita berlima. Lagi seorang nak pegang watak apa?” Terus berkerut wajah Zulaikha mendengar pertanyaan Asna.

“ Aku tak payah terlibatlah. Aku dah lontar idea. Susah kot nak korek idea.” Zulaikha cuba berdalih. Dia sememangnya tidak suka terlibat dalam aktiviti yang perlu dipersembahkan kepada umum seperti ini.

“ Eh eh, senang kau bercakap. Kan ustazah pesan semua kena terlibat. Kau tak nak markah final ke kak oi?” Khalif membidas dalih Zulaikha. Zulaikha lantas mencebik. Tudungnya terus dia kelepek dari atas, tanda protes. 

“ Tambahlah watak mak. Pastu buat mak dia mati kat tengah cerita, barulah dia insaf. Ok what?” Asna melontar idea. Zulaikha tunduk memerhati buku nota yang dia lakar segala turutan cerita.

“ Siapa nak jadi mak?” Zulaikha tanya berbasa basi.

“ Kaulah!” Mereka bicara serentak, merujuk kepada Zulaikha yang masih belum memegang apa-apa watak. Kecuali Adam.

“ Oi Adam, kau tak setuju ke Zu jadi mak?” tanya Azman. Adam menyengih. Dia kemudian mengangguk berulang kali.

“ Aku nak jadi ayah!” Adam senyum lalu menampakkan barisan giginya yang putih. Nganga. Cuma seorang yang memandang sinis.

*** 

Bersambung.

Sila komen respon anda dan sambungan yang anda mahukan. 
Jangan lupa like page Jiji di Facebook. 
Ok, stop bajeting.

10.9.13

Lamaran dan pilihan


Bismillah.
Summa alhamduillah.

Seolah baru kelmarin mendapat dua lamaran itu. Ya, lamaran.
Dan, hari ini Jiji telah menerima salah satu daripada dua lamaran itu.

Antara Aussie dan Urdun.

Jiji tahu ramai yang kesal mendengar penolakan Jiji pada tawaran sesebuah institusi tersebut.
Jiji tahu ramai yang bertanya kenapa Jiji menolak bidang yang Jiji minat itu.
Jiji tahu ramai yang lebih teruja mendengar Jiji mendapat tawaran ke negara orang putih berbanding negara arab.
Jiji pun teruja dengan sahabat yang ke eropah.

Jadi kenapa Jiji pilih jalan ini?

Kadang-kadang, apa yang kita mahu bukan apa yang kita perlu.
Dan Jiji percaya, Allah jualah yang meletakkan Jiji dibumi ini.
Bumi anbiya. Urdun.
Yang dahulunya salah satu daripada Tanah Syam.

Turun saja tapak kaki ini di Queen Alia International airport, Jiji rasa berdebar. Tepuk pipi masih rasa tak percaya.
Menjengah mantiqah Muktah, Jiji makin tertanya-tanya. Inikah daerah yang bakal aku duduki selama empat tahun?

Walaupun jauh dari famili. Jiji ada kekasih hati di sini.
Ramai! ^^
Yang tolong kejutkan Jiji dari mimpi yang panjang. Untuk terus bangkit berjuang.
Jadi, Jiji mohon doa dari semua.
Tembaklah Jiji dengan doa doa kalian.
Semoga doa tersebut dapat menjadikan Jiji lebih tabah di negara orang ni.

Serap semangat sahabat-sahabat.
Mari, singgah ke Mu'tah!!! :)

p/s: gambar boleh tengok fb la ye~ Jiji on guna lp kekasih hati ni, ;P





28.7.13

Cintanya Allah Padamu







Sahabat

Cintanya Allah padamu saat Dia mengambil cinta hatinya darimu
Dalam bulan kecintaanNya jua

Air mata yang mengalir itu bukti kau tabah teman
Kekuatan luar biasa yang Dia beri terbukti
Saat kau tersenyum menahan duka

Aku disini mendoakan kekuatan itu kekal
Agar kau terus tabah
Akan datang lebih bnyak dugaan
Yang bakal menimpa kita
Kerana itu pasti
Yang meningkatkan darjatmu disisiNya

 A problem always leads to a new opporturnity
- Tao Kei Noi

8.1.13

Belajarlah


Minggu lalu, 1 Januari 2013, Jiji ikut mama dan ayah menghantar adik yang bakal meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di SAMTH Kampung Jawa. Tahniah, adik! Menjadi nostalgia kerana itu merupakan sekolah along lebih lima tahun dulu.

Malulah Jiji menjadi hamba yang tak reti bersyukur. Ya, mungkin banyak perbezaan antara SAMTH Kg Jawa dengan SAM Bestari. Tapi, hailah...ji..

" Mana aci, sekolah aku iron ada hari tertentu...korang harihari boleh iron??"
" Tak adillah..sekolah aku satu dorm 20 lebih tau..ni korang 16 je??"
" Selambanya korang, jumpa parents boleh pakai tshirt..kitorang dulu wajib baju kurung kot.."
" Untungla rumah dekat, mama jenguk harihari.."


Dan macammacam lagilah bicara yang tak memuaskan hati kononnya. Tak disedari, Jiji sedang meluahkan ketidaksyukuran pada yang Allah beri.

" Ha, tengok tu, tak reda!" kata adik bongsu yang bakal keboringan ditinggalkan sendiri di rumah. Teguran dari Allah secara tak langsung.


Sebenarnya, Allah dah bagi macam macam sepanjang Jiji berada di SAM Bestari. Cuma, bila dah tidak berada di sekolah, Jiji baru mahu menyedarkan semua itu. Ratarata pun kurang nilai syukurnya. Bersepah post kat fb, merindui saat berada di sekolah, kan? Dalam masa kita seolah tak percaya umur yang meningkat, masa yang berlalu menyebabkan kita tak teikat dengan peraturan sekolah lagi, rupanya kita sedang tidak bersyukur dengan pemberian Dia. Sedang, apabila kaki sudah melangkah ke luar sekolah, mata sudah menjengah keserlahan warna sebenar dunia, masyarakat meronta-ronta meminta bantuan kita.

Baru tadi, ada mesej dari sahabat yang menyatakan dia bakal mendaftar ke Darul Quran esok. Esok juga, ada sesetengah sahabat bakal meneruskan pelajaran dalam STAM. Mungkin ada sahabat yang sedang bekerja, menimba pengalaman mencari rezeki. Atau mungkin ada yang sudah melangkah ke tahap seterusnya, menyediakan diri untuk membina baitul muslim, haha..

Apa pun yang kita lakukan, sentiasalah bersyukur,, kerana Dia masih izinkan kita untuk berbuat sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Bersyukurlah dengan tarbiyah yang dimiliki sejak sekolah lagi. Lalu, buktikan kesyukuran itu dengan istiqamah dalam tarbiyah. Bicara ini sungguh, ujian untuk Jiji juga.

Jiji pun, sedang bertungkus lumus menyudahkan sepuluh cerpen untuk dihantar ke Institut Terjemahan Buku Malaysia. Ada juga mengintai blog Hilal Asyraf, disitu pun ada peluang menghantar karya. Lagi, Jiji masih dalam proses melakar anganangan untuk cerpen bagi Asuh dan Anis.

Sesungguhnya kita merancang, Allah pun merancang. Dalam ketepatan dan ketelitian kita merancang kehidupan, Allah lebih tahu apa yang trbaik buat kita. :-)
Jangan berhenti bersyukur kerana nikmatNya pada kitabtak pernah berhenti walau sedetik pun,

ps:jgn nak buat tak tahu, jantung yg berdegup itu pun nikmat tau!!

21.8.10

okey, sangat ngeri!

rase macam nak mangis.
T_T

jiji tak nak cerita ape yang dah berlaku. tapi, bagi jiji.. pengalaman yang jiji dapat waktu jam 1 pagi lebih tadi, membuatkan jiji berfikir di luar kotak. jiji ade buat perkara yang tak sepatutnya jiji buat ke? hurm..mengeluh lagi. jiji rasa..mesti ade hikmah ynag tersembunyi.

kalau baru ujian macam tu jiji tak dapat tahan,, macam mana nak hadapi dunia luar nanti. yang lagi penuh dengan pancaroba. kita tak tahu..

semalam, jiji tnaya mama.
"ma, kalau jiji tak dapat 9a macam mana?"
"balik klang."


balik klang, ma?? macam mana jiji nak sesuaikan diri dalam suasana baru? jiji takut sangat menghadapi ujian pagi tadi uh..

rupanya, macam tu erk dunia luar? ramainya kawan2 yang jiji patut bantu. tapi, macam mana nak bantu orang kalau diri sendiri pun tak terbantu??

mendengar kisah tentang pengalaman belajar di jordan dari kakak sepupu semalam dah cukup buat jiji membayangkan dunia kat luar tu macam mana..

kesimpulannya, mungkin ujian yang allah bagi tu mengajar jiji untuk bersyukur sebab dapat menjadi sebahagian drpd warga sambest. walaupun sambest taklah sehebat kisas.. jiji tetap bersyukur sebab jiji masih berda dalam lingkungan tarbiyah, pagar dakwah..

harapnya, jiji dapat rasakan dinding tarbiyah dan dakwah tu kat mana2 je..biar jiji tak buat bende pelik2,en??

p/s: nak post gambar bilik baru kemas. insya allah kalau ada kesempatan waktu,,