6.10.12

Entah

Langit di luar sana sudah mulai bergenang. Menunggu masa pecah empangannya. Seolah mengerti hati dan perasaan ini. Kalau saja blog ini bisa bicara, pasti dia akan bilang : "tolong Jiji, jangan cerita yg sedih-sedih," Tapi, nak buat macam mana, hati mahu bicara juga yg sedih itu. Baru saja tadi,Jiji usai mengusha markah percubaan SPM 2012 secara online. Kepada sahabat yg Jiji punya nombor icnya, maaf, Jiji sudah melihat keputusan kalian. Tahniah! Keseluruhan markah kalian majoritinya meningkat. :-) Apa motif sebenar post kali ini sebenarnya? Entah, Jiji pun tak pasti. Sebenarnya berat memegang title budak biruni. Huh, akhirnya terluah juga. Keluar saja result, pasti ada bibir yg mengucapkan, "budak biruni mestilah hebat,kan?" Ameen.. supaya senyap mulut tersebut dari terus membandingkan. Bukankah kita semua kat dunia ni sama? Yang membezakan kita, TAQWA. kan? Jiji salah ke? Maaf, teremosi kerana Jiji bukanlah golongan top dlm biruni itu. Saya tertinggal dibelakang. Mungkin kurang usaha. Atau Dia belum mengizinkannya. Hati, belajarlah mensyukuri nikmat yg sedikit. Daripada tak menerima apa-apa.. Kalau mahu belajar bersyukur, pandanglah mereka yg berada di bawah kita. Kalau dibanding dgn golongan atas kita, sampai ke sudah rasa syukur tak datang, rasa dengki bertandang. Tiba-tiba langit kat luar sudah menangis. Ditambah sedu sedan yg menjentik hati ini. Rasanya tercapai niat utk meluah. Sudahlah. Masa yg berbaki perlu dimanfaatkan. Hati, segeralah pulih. Janganlah diri ini menjadi fitnah pd agama dan dakwah kerana status pendidikan ini. Mohon doa restu dari kalian. "Takapalah tak cemerlang 11A. Yang pentingkan akhirat."-mama -->tapi, sape tanak buat mereka senyum lihat result kite??

19.8.12

X Ketua Kelas Saya

Sedar tak dah hari raya.. Jiji bizilah,maaf tak sempat nak update belog kesayangan. Ini Jiji mahu kisahkan kisah menarik masa Ramadan. Dua hari sebelum tamat Ramadan di sekolah..kami kelas 4Biruni 2011 merancang untuk berbuka bersama. kununnya mahu menghabiskan baki duit kelas tahun lepas. Malangnya,kebanyakan ahli kelas kami terlibat dengan jamuan berbuka puasa di Shah Alam. Yang Jiji mahu highlightkan mengenai ketua kelas yang sangatlah berkaliber. Apa yang dia lakukan biarlah, kami saja yang tak terlibat dgn jamuan tu yg simpan. Tapi yg tak boleh belah tu..surat chenta yg dia kirim buat kami. Ini balasan surat kamu. Ketua kelas, Jiji tak pernah kisah kalau kamu mahu turut serta dgn jamuan tu. Tapi tak patutlah kamu membiarkan Jiji menunggu-nunggu kamu. Ketua kelas,sesungguhnya masa tidak dapt dibeli dgn duit. Walaupun beriburibu yg kamu beri..masa tetap terbazir begitu saja. Tamatlah melalutlalut Jiji. Act,Jiji terasa sikitlah dgn ketua. Tapi Fifi dah arahkan Jiji maafkan kamu. Jadi Jiji maafkanlah. Lagipun di bulan mulia ni..ampun maaf dipintalah ya. Lastly, hepi becoming beday ketua kelas. Semoga kepandaian ketua tu pas sikit kat Jiji. Ahakz..orait. ps:post ini ditulis ketika beraya di sg lang banting

30.6.12

Kalah

Kalah bukan bererti gagal. Kalah maksudnya belum berjaya. Kalah itu titik permulaan kejayaan. sakit. Bila hampakan orang yang berharap. Perit. Bila terpaksa mengahadapi orang yang kita hampakan. Maaf. Jiji tak berniat buat kalian jadi kalah. Mungkin belum masa untuk menang. Percubaan pelajar ting 5 semakin hampir. Jiji mohon doa kalian agar angka sebelas jadi milik Jiji. Percubaan sbg muslimah juga datangnya seiring. Jiji mohon doa kalian agar tabah menghadapinya. Semoga dalam redaNya.