7.4.12

Puas

6 April 2012
Sekali lagi bermalam di rumah sahabat.
Mama sebenarnya susah nak lepaskan Jiji duduk kat rumah orang.
Sekali,tahun ni dah dua kali. Kakaka~

Kali ni Jiji bermalam di rumah Ain Syafa bersama Hanis dan KJ.
Sempena? Supaya senang bergerak ke SMK Lembah Subang sempena MTQSS Peringkat Negeri.
Zahra pergi dengan kenderaan sendiri. Nadwah tidak hadir sebab dia bakal menyertai silat peringkat negeri minggu depan.



Jiji bukanlah peserta MTQ. Jiji cuma peserta jemputan aka pemenang Sayembara Jejak Penulis Muda.

Ya. Jiji sangat gembira dengan pencapaian ini. Kerana langkah pertama ini sangat-sangat membuka hati untuk terus bergiat aktif dalam bidang penulisan. Sungguh. Tak tipu.



Alhamdulillah, rezeki dariNya. Tapi kan, Jiji masih tak tahu karya yang mana menang tu. AAK ke AKA? Entah. Lalala~
Oraito. Semoga sukses koku, sukses akademik juga!

disaatakumahumelupakanakudiujisekalilagi

6.2.12

Terima kasih diucapkan kepada Guru-guru Jiji yang sangat banyak membantu dalam perjalanan kami menduduki peperiksaan SMA.
Tak lupa kepada mama dan ayah yang selalu bagi dorongan waktu Jiji down dan tak yakin.
Juga kepada sahabat2 yg setia memmbantu dan menemani dalam masa kita sama2 berjuang~

Yang paling penting, SYUKRAN ILALLAH~ atas nikmat yang tidak terduga ini. Penantian kami dari pagi Khamis 26 Januari 2012 terlerai pada Jumaat 27 Januari. Sungguh, penantian memang satu penyeksaan.

Terima kasih atas segala ucapan tahniah dari pelbagai pihak. Terima kasih sangat.
Semoga kita semua akan terus cemerlang dalam SPM 2012. Sama-sama, tentu bahagia.

Sangat terkilan, tak dapat bertemu dengan Husna Najihah waktu dia melawat kami di sekolah. Dalam kesibukan dia di bumi waqafan~
Terima kasih melawat. Lepas ni, datanglah lagi, kami belum sempat bertemu hari itu.
EasyMath~
Tak lupa, terima kasih kerana meninggalkan ilmu yang bermanfaat utk kami, Aspuri Bestari.

Salam semoga dalam redhaNya.
Semoga diri akan tetap mahu dalam tarbiahNya.
Kuatkanlah hati ini, Ya Allah~

1.1.12

Cuti Sekolah

Ya! Ini dia permulaan tahun baru.
Lama menanti masa untuk menulis di blog kesayangan, cuma baru kini masanya.
2012. Bakal menjadi sejarah penting dalam hidup Jiji. Tahun terakhir memakai seragam sekolah.
Semoga Jiji dan sahabat-sahabat sekalian akan terus mencuba untuk memajukan diri lantas terus cemerlang dalam kehidupan yang kian mencabar ini~

Oh ya, cerita cuti sekolah. Jiji menjadi suri rumah tangga sepenuh masa~
Awalmya sedih dan kecewa. Sebab tak dapat melibatkan diri dalam tuisyen cuti sekolah. Lebih-lebih lagi untuk subjek-subjek gemilang~ Waktu tu, Jiji sibuk membandingkan diri dengan orang lain. Orang lain pergi tuisyen. orang lain dah belajar subjek f5. Orang lain da revise subjek f4. Jiji je yang kena duduk rumah. Bangunpagi-masaksarapan-kemasrumah-sapusampah-masak-jagaadik.

"Ni pun latihan untuk kau jugak bila dah besar nanti. Takdelah terkial-kial baru nak belajar masak"


Jiji pegang kata-kata mama. Belajar nak jadi suri rumah mithali~ Haha,
Tapi, Jiji takdelah sepanjang masa berada dirumah. Awal cuti, parents bawak gi CH.



Tak cukup bersukaria di sana. Parents mengajak ke PD.



Aktiviti kat rumah pun takdelah sama-berulang tiap-tiap hari. Kadang-kadang, mama ajar buat kuih ni, kuih tu. Yang terbest, belajar bikin roti ma~



Ada jugak keluar pergi jumpa sahabat-sahabat, Madi, Kekna, Nadz, Farah, di PPAS.



Juga, manambah pengalaman menghantar saudara kahwin. masya allah..



Tak lupa, pengalaman menjaga nenek yang sakit di hospital. Berbunga hati tengok keliling ada doktor. Sangat segak dan bergaya doktor memakai jubah putih. Rasa macam nak pakai jugak. Tapi, Jiji takut darah!



Ada lagi! Maaflah, panjang sikit. Cuti ini juga, Jiji ada cuba membela ikan. Jiji dan adik tangkap sama-sama kat parit depan rumah~



Mungkin tak nampak sebab belum tukar air dan ikan-ikan tu masih kecik. Tapi sayang, ajal ikan-ikan tu tak lama. Jijilah yang tak reti tukar air. Rasa bersalah sangat kat ikan-ikan kcik tu~ Huhu,,

Dan begitulah. Tapi Jiji tak lupa wat homework taw. Dalam proses..hehe,,
Tak sedar, masa tu kejap je berlalu kan? Tadi baca blog Husna, rasa betul-betul mengubat resah, gelisah, duka, pilu untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar di sekolah.
Semoga Jiji akan terus mendapat dos dan sokongan dari sahabat-sahabat sekalian.
Jiji juga takkan lupa mendoakan semua sahabat Jiji!

p/s: result adik-adik f3 buat jiji resah utk menerima result sma.wish us luck!!